Ahad, 18 Januari 2026

BENTUK PERLAWAN YANG LEBIH AMPOH




“Ini rizab Melayu, kami tidak pernah setuju tanah diambil”

SEMENYIH – Seramai 48 pemilik lot tanah di Kampung Sungai Pening di sini sangat marah selepas mendakwa Kerajaan Negeri Selangor mahu mengambil tanah mereka bagi membina jalan pintasan menuju ke Lebuhraya SILK.

Cadangan projek itu didakwa memintas kampung melalui tanah perkuburan dan ia terletak di kawasan mereka.


Majoriti mereka mendakwa setakat ini  tidak ada sebarang notis makluman mahupun surat menyurat diberikan oleh pihak bertanggungjawab.

Mereka hanya mengetahui perkara ini berdasarkan pelan yang mengatakan tanah mereka terlibat dengan projek yang dirancang itu.

Lebih mengejutkan lagi apabila mereka mendakwa kononnya telah ada persetujuan daripada pemilik-pemilik tanah sedangkan mereka sendiri tidak tahu pun berkenaan perkara tersebut.

MalaysiaGazette difahamkan, penduduk kampung berkenaan pernah membuat bantahan pada tahun 2018 selepas digembar-gemburkan terdapat projek pembangunan jalan akan dibuat ditempat mereka membabitkan rizab tanah bumiputera.

Seorang pemilik lot tanah terlibat, Borhan Mat Saad, 60, berkata, dia terkejut setelah diberitahu oleh rakannya bahawa tanah miliknya terlibat dengan projek lebuh raya berkenaan.

Katanya, ia dibuktikan menerusi sebuah pelan yang ditunjukkan kepadanya sedangkan dia sendiri tidak tahu pun berkenaan perkara itu.

“Kami tak tahu pun projek untuk buat jalan ini akan bermula. Seminggu dua ini baru kami diberitahu itupun, ada kawan yang hantar pelan tuan-tuan tanah ini terlibat dengan pengambilan tanah untuk projek buat jalan.

“Yang jadi masalahnya, sampai sekarang tiada seorang pun yang datang untuk bertemu dengan tuan tanah yang terlbat ni…tetapi, kami dengar cerita dah ada persetujuan daripada pemilik-pemilik tanah ini.

“Demi Allah, kami langsung tak tahu siapa punya cerita, siapa buat persetujuan saya pun tak tahu…itulah maklumat yang kami dapat,” kata pesara itu ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau menambah, persetujuan yang dikatakan oleh pihak terbabit hanyalah cakap-cakap mulut sahaja tanpa dibuktikan dengan sebarang dokumen sokongan bagi membuktikan pemilik-pemilik tanah yang terlibat bersetuju agar projek pintasan jalan itu dilaksanakan.

Tambah beliau, mereka tidak pernah bersetuju untuk projek itu dilaksanakan bukan kerana mahu menolak pembangunan sebaliknya, tidak mahu tanah yang menjadi rizab Melayu diambil dengan begitu mudah.

“Memang kami bantah projek nak buat jalan pintasan ini…kalau nak buat pun buatlah di tempat lain, kenapa nak diambil hak kami.

“Meskipun pada dasarnya ia melibatkan 48 pemilik lot tetapi di lot-lot itu ada banyak nama dan ramai pemilik tanah yang sebenarnya terlibat,” ujarnya yang turut memberitahu hampir separuh tanah miliknya akan terlibat berdasarkan pelan yang ditunjukkan kepadanya.

Sitam Ali, 63, pula berkata, dia sedih mendengar pemberitahuan itu yang hanya dikhabar menerusi orang perseorangan dan bukannya daripada pihak bertanggungjawab.

Menurutnya, tanah dusun yang diusahakankan selepas bersara sebagai penjawat awam banyak meninggalkan kenangan buat dirinya, dan kini dia sukar untuk tidur malam mengenangkan apa yang akan berlaku.

“Saya sangat berharap, kalau boleh alihkanlah laluan itu (jalan pintasan). Janganlah sampai diambil tanah orang Melayu, rizab Melayu ini. Apa yang tinggal lagi kalau semua tanah orang Melayu ini mereka nak ambil buat jalan.

“Dulu pernah berlaku sekitar tahun 70-an hingga 80-an apabila tanah Melayu di sini diambil untuk buat jalan. Nah, kini nak berlaku lagi.

“Saya minta kerajaan Selangor jangan teruskanlah projek jalan ini demi menjaga masyarakat dan orang Melayu di kampung ini,” katanya.

Seorang pemilik tanah Abu Husin Yahya, 59, juga sangat marah selepas mendapat tahu lebih tiga ekar tanah dusun miliknya akan terlibat dengan projek tersebut.

Jelasnya, dia sendiri tidak pernah mendengar ada projek membuat jalan baharu di kampung itu sebelum ini apatah lagi akan melibatkan tanah dusun miliknya.

“Saya buka pelan yang dibawa oleh kawan, saya tengok tanah saya kena..sepatutnya kena ada surat beritahu kita tapi ini tiada pula.

“Saya macam nampak bila berlaku begini ia seperti satu paksaan daripada pihak kerajaan untuk ambil tanah kami. Ini rizab tanah Melayu kekal,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Negeri (ADN) Semenyih, Nusi Mahfodz menegaskan, pihaknya baru menerima maklumat berhubung perkara itu pada minggu lepas.

Beliau menjelaskan, beliau dimaklumkan satu projek membina jalan pintasa di kampung berkenaan akan dibina menuju ke Lebuhraya SILK.

Katanya, pemilik tanah sebenarnya risau apa sebenarnya akan berlaku pada tanah mereka jika dibuat jalan sedangkan ada lagi jalan-jalan lain yang boleh dinaiktaraf untuk dijadikan pintasan ke lebuh raya itu.

“Sekarang ini pemilik tanah teraba-raba apa sebenarnya hujung pangkal projek yang akan dilansungkan ini.

“Kita telah buat satu jawatankuasa bertindak yang akan melaksanakan beberapa tindakan dan perancangan supaya perkara ini dapa diselesaikan dengan seharmoni mungkin.

“Kami juga dapat maklumat  pada 22 Januari ini, 48 pemilik lot tanah dijemput ke Pejabat Penghulu Mukim Semenyih untuk mendapatkan taklimat berkenaan perkara ini.

“Saya percaya pemilik-pemilik tanah ini ada pandangan yang boleh dikongsikan supaya masing-masing dapat hak mereka sebab tanah itu diwarisi dari datuk nenek mereka dan diharapkan perkara ini dapa diselesaikan dengan sebaik mungkin,” tambahnya. – MalaysiaGazette

JIKA TANAH

TERUS DI RAMPAS

AMIN

BERITA DI MEDIA

DI INTERNET 

TAK CUKUP

AMIN

WAJIB SUSUN

PERLAWANAN

YANG LEBIH AMPOH

LEBIH RAMAI

LEBIH MEMBERI

KESAN

AMIN

Tiada ulasan: