Selasa, 27 Januari 2026

CERITA MUHYIDIN LETAK JAWATAN MEMBOSANKAN -



𝗧𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗞𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗧𝗲𝗻𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘁𝗶 𝗦𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗟𝗲𝘁𝗮𝗸 𝗝𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 – 𝗖𝗲𝗻𝗱𝗲𝗸𝗶𝗮𝘄𝗮𝗻
KUALA LUMPUR | 27 Jan 26 — Seseorang individu yang telah meletakkan jawatan tidak lagi mempunyai sebarang autoriti untuk menentukan atau menguruskan pengganti, sekali gus menolak dakwaan kononnya masih wujud isu berbangkit dalam kepimpinan Perikatan Nasional (PN).
Prof Madya Dr Khairudin Md Isa, Timbalan Pengerusi Cendekiawan Negara, berkata penjelasan yang diberikan Takiyuddin Hassan sebelum ini sudah cukup jelas dan sepatutnya menutup sepenuhnya polemik yang cuba dimainkan pihak tertentu.
Menurut beliau, dari sudut logik dan tatakelola organisasi, peranan seseorang pemimpin berakhir sebaik sahaja jawatan dilepaskan, dan sebarang urusan pelantikan selepas itu terletak di bawah bidang kuasa pihak yang mempunyai autoriti sah.
“Tak ada isu berbangkit pun sebenarnya sebab bila dia dah letakkan jawatan, katanya.
Beliau berpandangan, polemik yang terus dibangkitkan selepas penjelasan tersebut lebih menyerlahkan gerakan politik dan permainan persepsi, bukannya isu sebenar berkaitan struktur kepimpinan gabungan.
“Pandangan saya, saya tengok macam dia lebih kepada gerak politiklah, political movelah. Kalau tengok ni, secara konsisten daripada kem tertentulah. Katanya.
Dr Khairudin berkata, kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan secara konsisten oleh individu tertentu dilihat bertujuan membina naratif bahawa hanya tokoh tertentu sahaja yang layak memegang jawatan berkenaan, walaupun perkara itu telah dijelaskan dan diselesaikan.
“Saya rasa, nampak macam dia buat statementlah, di Perlis dia kata kalau ikutkan logik yang layak hanya dia, Tuan Guru Hadi, lepas itu Gerakan dan berkata MIPP kan? Itu saja.
“Itu statement yang dia keluarkan. Seolah-olah macam hanya dia seorang saja yang layak. Ujarnya.
Dalam masa sama, beliau memuji pendekatan PAS yang dilihat tidak terikut-ikut dengan polemik tersebut, sebaliknya memilih pendekatan tenang dan profesional demi menjaga kestabilan gabungan.
Menurutnya, sikap berdiam diri beberapa pemimpin PN menunjukkan kesedaran dalaman bahawa gabungan itu perlu bergerak pantas meninggalkan kemelut yang bersifat persepsi dan memberi tumpuan kepada hala tuju politik yang lebih besar.
Mengulas soal kepimpinan PN, Dr Khairudin tidak menolak kemungkinan jawatan tertinggi gabungan itu tidak semestinya disandang oleh ketua parti, sebaliknya perlu diisi oleh tokoh yang mampu mengurus dan menyatukan gabungan secara berkesan.
“So, untuk PN macam saya rasa kalau hint daripada Takiyuddin, saya rasa macam dia orang tak ada masalah untuk melantik, kalau kata.. dia punya statement tak semestinya daripada ketua parti, mungkin Hamzah yang akan boleh menerajui.
Beliau menegaskan PN kini perlu menutup episod polemik tersebut dan bergerak ke hadapan, tanpa terus memberi ruang kepada permainan politik yang boleh mengelirukan rakyat.
Baru-baru ini, Ketua Penerangan BERSATU Tun Faisal Ismail Aziz dilaporkan berkata, sebarang Mesyuarat MT PN yang diadakan tanpa kehadiran Muhyiddin adalah satu tindakan yang melanggar Perlembagaan gabungan itu.
Namun dakwaan Tun Faisal disanggah oleh bekas MPT BERSATU, Wan Saiful Wan Jan dengan menyifatkan Muhyiddin sebagai “failed leader”. @politiko.my

WOIT

RAKYAT MUAK

BOSAN MUNTAH

HIJAU DENGAR

CERITA MUHYIDIN

LETAK JAWATAN

AMIN

HENTIKAN DAN

TUMPU KERJA

UNTUK

LAWAN ANWAR

BIN IBRAHIM

KHALAS

Tiada ulasan: