Selasa, 27 Januari 2026

WARGA GAZA SEMUA DI BUNUH !!!



PBB beri amaran kelangsungan hidup penduduk di Gaza 'di ambang kehancuran'


NEW YORK: Kelangsungan hidup penduduk di Gaza disifatkan berada 'di ambang kehancuran' manakala keadaan di wilayah itu 'amat kejam'.

Timbalan Pengarah Eksekutif Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Ted Chaiban, berkata walaupun situasi dilaporkan sedikit bertambah baik berbanding tahun lalu, namun situasi itu masih tidak boleh diterima.

Katanya, keputusan segera diperlukan bagi memastikan akses bantuan kemanusiaan kekal terbuka serta mengelakkan daripada kemajuan rapuh yang dicapai sebelum ini.

"Keadaan di sana (Gaza) masih sangat rapuh, dengan kelangsungan hidup mereka di ambang kehancuran.

"Membiarkan seluruh populasi hidup di ambang bahaya adalah sesuatu yang tidak boleh diterima," katanya kepada pemberita selepas pulang dari lawatan ke Gaza dan Tebing Barat.

Beliau berkata, walaupun banyak bantuan dan barangan komersial memasuki Gaza serta bekalan makanan semakin baik, namun krisis kemanusiaan masih berlaku khususnya kepada kanak-kanak.

"Lebih 100 kanak-kanak dilaporkan terbunuh sejak gencatan senjata," katanya, sambil memaklumkan kira-kira 100,000 kanak-kanak masih mengalami kekurangan zat makanan akut dan memerlukan rawatan jangka panjang.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Dunia (WFP), Carl Skau, berkata keadaan hidup ratusan ribu penduduk yang kehilangan tempat tinggal 'sangat kejam', dengan keluarga terpaksa berlindung di khemah rapuh atau bangunan yang rosak teruk ketika ribut musim sejuk melanda wilayah berkenaan.

"Ratusan ribu orang menggigil kesejukan di dalam khemah kain yang tidak dapat menahan haba atau hujan.

"Saya bertemu seorang wanita yang baru melahirkan anak 10 hari lalu, duduk di atas tilam basah dalam khemah sejuk di pantai. Keadaannya benar-benar kejam," katanya yang turut serta dalam lawatan itu.

Beliau berkata, keadaan kini lebih baik berbanding setahun lalu apabila Gaza berada di ambang kebuluran, namun menegaskan bahawa kemajuan itu rapuh dan mudah terjejas.

"Gencatan senjata membolehkan kami mengekang kebuluran kerana kebanyakan orang yang ditemui makan sekurang-kurangnya sekali sehari," katanya sambil menjelaskan keadaan sangat rapuh.

Malah, Skau berkata, ratusan ribu penduduk masih kehilangan tempat tinggal, tidak dapat pulang ke rumah yang musnah menjadi runtuhan dan bergelut untuk terus hidup dengan perlindungan yang amat terhad daripada cuaca buruk.

Kira-kira 1.3 juta penduduk, kebanyakannya kanak-kanak, masih tidak mempunyai perlindungan yang sewajarnya, apabila keluarga terus tinggal di khemah rapuh atau bangunan yang dibom, terdedah kepada hujan lebat, angin kencang dan suhu yang membeku.

Sekurang-kurangnya 10 kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia akibat hipotermia sejak bermulanya musim sejuk.

Menurut kedua-duanya, kemajuan seterusnya bergantung kepada kesinambungan perjanjian gencatan senjata dan akses kemanusiaan yang boleh diramal, termasuk pembukaan serta operasi berterusan beberapa lintasan sempadan, selain laluan masuk ke dan dalam Gaza.

Selain itu, pekerja bantuan juga memerlukan keadaan yang selamat untuk beroperasi pada skala besar.

Keperluan paling mendesak ketika ini ialah tempat perlindungan berikutan ribut musim sejuk yang berterusan memandangkan minggu akan datang adalah kritikal. – AGENSI


INI PROJEK

ZIONIS NAK

AMBIL GAZA

AMIN

BUNUH SEMUA

PENDUDUK

AMIN

TANAH KOSONG

JADIKAN WILAYAH

PERANGINAN

AMIN

ASKAR INDON

ASKAR PAKISTAN

JADI BARUA ZIONIS

KHALAS

Tiada ulasan: