Selasa, 27 Januari 2026

HEBAT SOSOK BERNAMA MAHATHIR MUHAMAD


Berkerusi roda, berkain pelekat - Mahathir minum kopi di Pavilion

Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, yang dimasukkan ke hospital selepas terjatuh pada 6 Januari lalu, membuat penampilan awam pertamanya hari ini.

Pemimpin berusia 100 tahun itu dilihat di sebuah kafe di Pavilion Damansara dengan berkerusi roda, berbaju lengan pendek dan berkain pelekat.

Setiausaha akhbarnya, Sufi Yusoff, menyifatkan aktiviti luar itu sebagai satu perkembangan penting dalam proses pemulihan Mahathir.

"Dia keluar minum kopi di Pavilion Damansara. Dr Mahathir memilih segelas ice chocolate bagi outing pertamanya sejak dimasukkan ke IJN (Institut Jantung Negara) pada 6hb Januari lalu.

“Ini penampilan awam pertamanya, 22 hari selepas dimasukkan ke hospital," katanya.

Dalam lawatannya hari ini Mahathir dibawa oleh pegawai-pegawai perubatan dari IJN dan ditemani isterinya, Dr Siti Hasmah Mohd Ali, serta Ketua Pegawai Eksekutif IJN Dr Mohamed Ezani Md Taib.

Selepas menghabiskan masa selama 40 minit, bekas perdana menteri sebanyak dua kali itu kemudian dibawa semula ke IJN.

Menurut Sufi, Mahathir masih belum dibenarkan pulang ke rumah dan akan terus menerima rawatan di IJN.

“Lawatan masih lagi terhad kepada keluarga terdekat,” katanya lagi.

Pada 10 Januari lalu, media melaporkan bekas perdana menteri itu berdepan proses pemulihan yang panjang selepas patah tulang pinggul akibat terjatuh di kediamannya di The Mines.

WOW

HEBAT MAHATHIR

DUDUK DI CAFE

AMIN

INI NAK BERI TAHU

RAKYAT KEADAAN

DIRI

AMIN

HANYA

 TIDAK BERJALAN

AMIN

MENULIS BERFIKIR

BERSUARA MASIH

SEPERTI BIASA

KHALAS

Tiada ulasan: