Rabu, 7 Januari 2026

NASEHAT AGONG PADA TENTERA


Ejen, orang tengah tak boleh dibenarkan masuk di Kementerian Pertahanan – Agong

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan nasihat tegas kepada Panglima Tentera Darat (PTD) baharu bagi memastikan seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM) berpegang teguh kepada nilai integriti dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab.

Seri Paduka Baginda bertitah, rasuah merupakan musuh utama kepada kekuatan dan kredibiliti angkatan pertahanan negara dan sebarang bentuk salah guna kuasa atau penyelewengan tidak boleh diterima sama sekali.

Sultan Ibrahim sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut bertitah mengingatkan kepemimpinan yang berintegriti bermula dari peringkat tertinggi dan PTD hendaklah menjadi contoh teladan dalam membudayakan tadbir urus yang bersih, telus serta bertanggungjawab.

Dalam masa sama, Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan agar TDM terus dihormati dan diyakini rakyat sebagai sebuah angkatan yang profesional serta bebas amalan rasuah demi mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.

“Sebelum ini, sudah beberapa kali saya menegaskan mengenai ‘orang tengah’ atau ejen di Kementerian Pertahanan…, sepatutnya mereka semua ini tidak boleh dibenarkan masuk,” titah Seri Paduka Baginda seperti disiarkan menerusi laman sosial Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda hari ini berkenan menerima mengadap PTD baharu, Jeneral  Azhan Md Othman di Istana Bukit Tunku, di sini.

Jeneral Datuk Azhan secara rasmi dilantik sebagai PTD ke-31 berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Pelantikan berkenaan adalah selaras dengan keputusan Majlis Angkatan Tentera ke-631 pada 19 November 2025 dan diperkenankan Sultan Ibrahim pada 1 Disember 2025. – 


RASUAH MAKIN

MEREBAK

AMIN

AGONG PUN

TERPAKSA

BERSUARA LAWAN

RASUAH

AMIN

DENGAR DENGAR

JANGAN TAK

DENGAR

AMIN

LIHAT APA

AGONG BUAT

AMIN

BOCORKAN

SAPA AJEN

MASUK KEM

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semakin lama semakin ramai perasuah masuk, semakin besar jaringan kerjasama, semuanya bermula dengan orang politik, melantik kroni, memberi keutamaan kepada orang tertentu, agen memang wujud sekian lama, dikenali dinaungi kuasa dibagi keutamaan kah kah kah, itulah masalahnya sekarang kah kah kah sampai payung teratas terpaksa bersuara, berat amat besar woit