Rabu, 7 Januari 2026
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menegaskan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku atau pelanggaran disiplin, termasuk dakwaan kemasukan individu tidak berkaitan serta aktiviti tidak bermoral di sebuah kem tentera baru-baru ini.
Panglima Tentera Udara, Jen Muhamad Norazlan Aris, berkata siasatan menyeluruh sedang dijalankan dan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang didapati bertanggungjawab, termasuk pemberhentian daripada perkhidmatan sekiranya bersalah.
“Saya selaku Panglima Tentera Udara berasa kesal dan menegaskan bahawa TUDM tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku dan pelanggaran disiplin.
“Tindakan tegas akan diambil selaras dengan peraturan dan perkhidmatan demi memelihara imej, maruah, serta profesionalisme TUDM,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Norazlan menekankan bahawa sebarang aktiviti tidak bermoral di dalam pangkalan tentera adalah dilarang sama sekali kerana ia mencemarkan imej dan maruah TUDM. Setiap isu berkaitan disiplin dan integriti pegawai serta anggota akan dipandang serius.
Pada Isnin lepas, Kementerian Pertahanan mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan kemasukan individu luar serta wujudnya aktiviti tidak bermoral di kem tentera, yang tular di media sosial sejak Ahad lepas.
Sejak itu, beberapa dakwaan mengenai aktiviti tidak bermoral melibatkan individu luar dan pegawai tentera menjadi tular di media sosial. Bernama
KEGANASAN, PENIPUAN & INTERNET
(hegemoni media daulah pecah)
Edisi/Cetakan Kedua
Rampaian tulisan-tulisan Hishamuddin Rais dari Malaysia Kini, Oriental Daily, Malaysia-Today, Suara Keadilan
Lima bulan dari Mei hingga Oktober 2008. Tersenarai 10 buku non-fiksyen tempatan. TERLARIS di toko buku MPH. Masih lagi TOP TEN BEST SELLER hingga kini
Buku boleh didapati di semua kedai-kedai buku Kinokuya, Borders, MPH, Popular Book Store, RiceCooker Annex Central Market
atau datang ke Bau Bau Cafe Central Market
Harga: RM30
Atau pesan terus dari 012-664-8873
1 ulasan:
akmal dah hilang sokongan melayu. kenapa tak letak jawatan? muka tembok ke? kah kah kah!
Catat Ulasan