Rabu, 7 Januari 2026

PAGI INI


PAGI INI



PAGI INI

RABU 7 JANUARI 2026

TIPU DAN PUTAR


PM DUA PENGGAL
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
Berita PM hanya dua penggal muncul secara tertiba. Hujan tidak petir  tidak - kentut pun tidak  - pasai apa muncul ?

Jawabnya mudah – Madafaka Anwar nin Ibrahim tahu bahawa PRU 16 dia akan lungkup dan di humbankan ke dalam tong sampah sejarah. Justeru CARA TERBAIK ialah nyatakan bahawa kerusi  PM hanya dua penggal – ERTINYA  Madafaka mahu sepenggal lagi.

Berita ini nak bagi sedap telinga – ORANG RAMAI akan berkata: Tak Pa lepas dua  penggal kepala bana Madafaka akan berhenti.

INI TIPU – ini putar alam – Malah projek HUMBANKAN ANWAR BRAHIM sedang berjalan lancar – mana BUKTI ?

MANA BUKTI ? Lu cuba fikir kenapa Tengku Fraud di dakwa kes rasuah yang  berlaku 15 tahun dulu ? Tanya dan selidik ?  MESTI ADA UNDANG   SIAM – jeng jeng jeng.

MANA BUKTI ?   Pemuda UMNO   asak UMNO keluar Pakatan – apa jadi? Zahid Hamidi buat teater : UMNO TETAP BERSAMA PAKATAN kah kah kah – ini teater namanya – arus di bawah sedang kencang nak humbankan Anwar bin Ibrahim  yang dilihat oleh UMNO sebagai BARUA  DAP.

NOTA : Kerusi Menteri Wilayah telah di janjikan kepada UMNO -  JOHARI GHANI telah diberi tahu awal – TUP TUP satu jam sebelum di umum UMNO di beri tahu China  DAP ambil alih.

ITU PASAL ketika  SIDANG AKHBAR umum KABINET  Zahid tidak hadir – Amin.

Latar belakang ini lah yang menjadikan Madafaka umum : PM DUA PENGGAL – ini rayuan Madafaka agar  beri dia peluang sekali lagi – jangan humban sekarang – kah kah kah.

NOTA PENTING:
PKR telah  memulakan perbincangan untuk MENETAPKAN jawatan PRESIDEN PARTI hanya untuk dua penggal -  Ini untuk di masukkan dalam PERLEMBAGAN PARTI.

APA JADI ?

Anwar bin Ibrahim tolak – MUSATAHIL LU TAK FAHAM.

NOTA : Sila tanya Lebai Google hal yang sama pernah berlaku di Turki. Erdorgan buat undang-undang  had kan kerusi Presiden Turki hanya untuk 2 penggal.

Bila sampai masa Erdorgan UBAH dan Madafaka ini terus jadi Presiden untuk penggal ketiga. Madafaka Turki ini adalah kawan Madafaka Malaysia. AMIN

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar kering – kemarin tak hujan. Tapi langit tidak cerah ada wilayah kelihatan awan mendung.

Di Pintu Masuk gua dengar suara Cengkerik.  Dari jauh gua dengar bunyi mesin potong rumput.

Hokkien kosong – gua berjalan ke  arah ke Pokok Ara – Tertiba di tepi kaki Siti mencelah – gua menoleh ke belakang kelihatan kaum keluarga Siti ikut sama. Mereka  senyap tidak menyalak. 

Lalu gua beri makan. Lepas makan  semua ikut gua berjalan ke arah Wakaf Ke Tiga – mereka tahu pasti ada lagi .

Abang Potong Rumput di keliling oleh Tiong – bila rumput di potong belalang bertaburan lari – rezeki untuk Tiong.

Berjalan pulang kembali ke Wakaf Pertama gua beri Siti hati ayam – yang lain dapat keropok  dan Friskies. Lepas makan semua menjalar rehat atas jalan.

Gumbira ialah melihat warga Hokkien menikmati makanan.

Ketika gua menulis gua terdengar suara How Wow dari belakang dapur. Hari ini akan panas seperti kemarin. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
RABU

BRO
 Bila lu bangun pagi lu kemas tempat tidur. Ini permulaan hari lu. Jadikan ianya tabiat.

BRO
Lepas bangun tidur lu minum air suam dan keluar berjalan 30 minit – untuk sihat.

BRO
Rancang apa nak buat hari ini – lu pastikan ada agenda sendiri. Jadikan ini tabiat. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA

Tiada ulasan: