JANGAN GANGGU
ADAM ADL
DIS DAH JADI
MENTERI SENYAP
KAH KAH KAH
KHALAS
Kumpulan pelajar menyifatkan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abdul Halim mungkir janji dalam isu pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971.
Pemuda Pakatan Harapan (PH) menjadikan pemansuhan Auku sebagai kempen utama dalam pilihan raya umum ke-15 pada 2023.
Dalam protes di luar pagar parlimen pagi ini, hampir 100 mahasiswa daripada Sekretariat Mansuh Auku mengangkat "kad merah" sebagai simbol kekecewaan terhadap timbalan menteri itu semasa penyerahan memorandum.
Mereka juga dilihat memegang patung timbalan menteri tersebut dan Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Abd Kadir, sambil melaungkaun kritikan kepada Adam, selain menggelar Zambry sebagai penakut kerana tidak hadir menerima memorandum.
“Tadi apabila Adam datang, mahasiswa tiupkan wisel dan angkat kad merah.
“Ini adalah simbolik bahawa kita rasa prestasi Adam sejak dia dilantik menjadi timbalan menteri adalah sangat tidak memuaskan dan mengecewakan sehingga kita melambangkannya dengan kad merah.
“Jadi, kalau dalam perlawanan bola sepak, kad merah bermaksud kena keluar, itulah perkara yang kita mahu tunjukkan,” kata Presiden Liga Mahasiswa Universiti Malaya, Alyaah Hani Anuar kepada Malaysiakini.
Selepas menerima memorandum tersebut, Adam berkata dia akan menyampaikan tuntutan mahasiswa itu kepada menteri dan memberi jaminan bahawa langkah perlu akan diambil untuk mempertimbangkannya.
“Sama ada dengan atau tanpa Auku, yang paling penting adalah bahawa mahasiswa tidak perlu risau dan khawatir soal terutama sekali dalam menyatakan pendapat, kritikan dan juga penentangan sekalipun,” katanya.
Timbalan menteri itu juga berkata dia menerima memorandum tersebut dengan “hati terbuka”, sambil mengakui bahawa ia bukan sahaja tanggungjawab kementeriannya untuk mengutamakan tuntutan mahasiswa, tetapi ia adalah “tanggungjawab moral” semua yang hadir.
“Saya amat kecewa dengan timbalan menteri, yang dulu seorang aktivis yang lantang memperjuangkan pemansuhan Auku, tapi sekarang menyatakan bahawa ‘sama ada dengan atau tanpa Auku’.
“Sepatutnya dia kena tegas tetap memperjuangkan pemansuhan Auku yang dulu dia perjuangkan.
Sementara itu, anggota parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga bertemu dengan mahasiswa untuk menerima memorandum tersebut dan mengakui sudah tiba masa untuk Auku dimansuhkan


Tiada ulasan:
Catat Ulasan