Isnin, 9 Februari 2026

PALESTIN MERDEKA TERKUBUR




PROJEK PALESTIN

MERDEKA 

TERKUBUR

AMIN

ZIONIS AMBIL GAZA

DAN TEBING BARAT

AMIN

PROJEK 

ISRAEL RAYA

TAMBAH KUKUH

KHALAS


Kabinet Keselamatan Israel luluskan langkah mudahkan peneroka haram beli tanah di Tebing Barat


BAITULMAQDIS: Kabinet Keselamatan Israel semalam meluluskan sejumlah langkah yang bakal memudahkan peneroka haram Yahudi di Tebing Barat yang diduduki, untuk membeli tanah di wilayah berkenaan.


Malah, media Israel melaporkan langkah baharu itu juga akan memberi kuasa penguatkuasaan lebih besar kepada pihak berkuasa rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.


Tebing Barat ialah antara wilayah yang dituntut rakyat Palestin sejak sekian lama bagi penubuhan sebuah negara merdeka.


Sebahagian besar wilayah itu kini berada bawah kawalan tentera Israel, dengan pemerintahan sendiri oleh rakyat Palestin hanya terhad di beberapa kawasan tadbiran Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang disokong Barat.


Dengan memetik kenyataan oleh Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich, dan Menteri Pertahanan, Israel Katz, laman berita Israel membabitkan Ynet serta Haaretz melaporkan langkah berkenaan meliputi pemansuhan peraturan sejak berdekad-dekad lalu yang menghalang warga persendirian Yahudi daripada membeli tanah di Tebing Barat.


Menurut laporan berkenaan, ia turut membolehkan pihak berkuasa Israel mentadbir beberapa tapak keagamaan, selain memperluas penyeliaan serta penguatkuasaan mereka di kawasan bawah pentadbiran PA, dalam isu membabitkan ancaman terhadap alam sekitar, kesalahan berkaitan air dan kerosakan ke atas tapak arkeologi.


Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, bagaimanapun mengecam langkah baharu terbabit sebagai berbahaya, menyalahi undang-undang dan bersamaan dengan pengilhakan secara de-facto.


Justeru dalam satu kenyataan, Abbas menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) serta Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, agar campur tangan dalam perkara itu.


Setakat ini, menteri-menteri Israel terbabit tidak memberikan respons kepada permintaan untuk komen.


Langkah baharu itu dilaporkan tiga hari sebelum Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dijadualkan bertemu Trump di Washington.


Sebelum ini, Trump telah menolak pengilhakan Tebing Barat oleh Israel, namun pentadbirannya dilihat tidak berusaha menghalang pembinaan penempatan Israel yang semakin pesat di kawasan itu.


Rakyat Palestin menegaskan tindakan pihak Israel itu mencabul hak mereka untuk menubuhkan sebuah negara.


Netanyahu yang akan menghadapi pilihan raya, tahun ini, menganggap sebarang penubuhan negara Palestin sebagai satu ancaman keselamatan terhadap Israel.


Gabungan pemerintahannya merangkumi ramai anggota propeneroka haram yang mahu Israel mengilhak Tebing Barat - wilayah dirampas ketika perang Asia Barat pada 1967.


Mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam satu pendapat nasihat tidak mengikat pada 2024, berkata pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin serta penempatan haram mereka di kawasan terbabit adalah menyalahi undang-undang dan perlu ditamatkan secepat mungkin.


Bagaimanapun, Israel mempertikaikan pandangan mahkamah itu.






Tiada ulasan: