MAT TRUMP
BUAT ANCAMAN
KAH KAH KAH
MUNGKIN DAH TAHU
10 HARI NANTI AKAN
ADA PERJANJIAN
KAH KAH KAH
SEKARANG NAK
TUNJUK GEDEBE
KAH KAH KAH
DUNIA NAK TENGOK
BOM BOM TEL AVIV
AMIN
BOM BOM JORDAN
BOM BOM SAUDI
BOM BOM KAPAL
ARMADA AMERIKA
AMIN
KITA TUNGGU
SELASA 3 MAC
KAH KAH KAH
KHALAS
Trump beri amaran 'perkara buruk' kepada Iran jika tiada perjanjian dicapai dalam tempoh 10 hari
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi amaran bahawa Iran mesti mencapai satu "perjanjian bermakna" dalam rundingan dengan Washington dalam tempoh 10 hari akan datang, jika tidak "perkara buruk akan berlaku".
Amaran itu datang ketika Trump mengerahkan kapal perang, jet pejuang dan aset ketenteraan lain menuju ke rantau berkenaan.
"Sejak bertahun-tahun lalu, terbukti bukan mudah untuk mencapai perjanjian bermakna dengan Iran. Kita perlu capai perjanjian bermakna, jika tidak perkara buruk akan berlaku," kata Trump pada mesyuarat sulung Lembaga Keamanan, inisiatif beliau bagi menjamin kestabilan di Gaza.
Beliau memberi amaran bahawa Washington "mungkin perlu melangkah lebih jauh" jika tiada sebarang perjanjian dicapai, sambil menambah: "Anda akan mengetahuinya dalam tempoh mungkin 10 hari akan datang."
Kenyataan Trump dibuat tidak lama selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengeluarkan amaran sendiri kepada Iran dengan berkata, "Jika Ayatollah melakukan kesilapan dan menyerang kami, mereka akan menerima tindak balas yang tidak pernah mereka bayangkan."
Amaran itu dikeluarkan beberapa hari selepas AS dan Iran mengadakan pusingan kedua rundingan yang dimudahcarakan Oman, kali ini di Geneva.
AS berusaha menghalang Iran daripada memperoleh bom nuklear — sesuatu yang menurut Tehran tidak sedang diusahakan — manakala Iran mahu kelonggaran daripada sekatan AS.
Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Karoline Leavitt, memberi amaran pada semalam bahawa terdapat "banyak sebab dan hujah yang boleh dibuat untuk melancarkan serangan terhadap Iran."
"Iran adalah bijak jika mencapai perjanjian dengan Presiden Trump", katanya.
Trump berulang kali mengancam tindakan ketenteraan terhadap Iran, pada mulanya berhubung tindakan keras berdarah terhadap penunjuk perasaan bulan lalu dan lebih terkini berhubung program nuklearnya.
Ketua Tenaga Atom Iran berkata "tiada negara boleh merampas hak Iran" untuk memperkaya uranium, susulan amaran baharu AS bahawa terdapat "banyak sebab" untuk menyerang republik Islam itu.
Percubaan rundingan sebelum ini runtuh apabila Israel melancarkan serangan mengejut ke atas Iran pada Jun lalu, mencetuskan perang 12 hari yang turut disertai Washington secara ringkas untuk mengebom tapak nuklear Iran.
CNN dan CBS kelmarin melaporkan, bahawa tentera AS bersedia melancarkan serangan terhadap Iran seawal hujung minggu ini, walaupun Trump dilaporkan belum membuat keputusan muktamad.
Akhbar The Wall Street Journal pula melaporkan bahawa Trump telah diberi taklimat mengenai pilihan ketenteraannya, dengan "semuanya direka untuk memaksimumkan kerosakan", termasuk kempen untuk "membunuh puluhan pemimpin politik dan ketenteraan Iran, dengan matlamat menggulingkan kerajaan," menurut pegawai AS yang tidak dinamakan.
Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, berkata selepas rundingan terbaharu bahawa Tehran telah bersetuju dengan Washington mengenai "prinsip panduan", namun Naib Presiden AS, JD Vance, berkata Iran belum mengiktiraf semua garis merah Washington.
Presiden Iran, Masoud Pezeshkian pula menegaskan, "Kami tidak mahu perang," tetapi membayangkan Tehran tidak boleh tunduk kepada tuntutan AS.
Di tengah-tengah amaran yang semakin meningkat, Poland semalam mengarahkan semua rakyatnya di Iran supaya "meninggalkan negara itu serta-merta".
Jerman pula memindahkan tenteranya keluar dari utara Iraq, mengurangkan kehadiran kepada tahap minimum bagi memastikan pangkalannya kekal berfungsi, dengan alasan ketegangan serantau.
Russia menyeru supaya semua pihak menahan diri, dengan jurucakap Kremlin berkata, "Kita kini menyaksikan peningkatan ketegangan yang belum pernah berlaku sebelum ini di rantau ini, namun kami masih berharap pendekatan politik dan diplomatik serta rundingan akan terus mengatasi dalam usaha mencari penyelesaian."
Pamer kekuatan ketenteraanIran menegaskan rundingan dengan AS hanya tertumpu kepada isu nuklear, walaupun Washington sebelum ini mahu program peluru berpandu balistik Tehran dan sokongannya terhadap kumpulan bersenjata di rantau itu turut dibincangkan.
Sementara itu, AS terus memperkukuh kekuatan tenteranya berhampiran Iran, termasuk kapal perang, jet pejuang dan pesawat pengisian minyak, meletakkan asas bagi kempen berpanjangan yang berpotensi dilancarkan terhadap Iran — sekiranya Trump memberi arahan.
Washington telah mengarahkan kapal induk kedua ke rantau itu, dengan yang pertama, USS Abraham Lincoln bersama hampir 80 pesawatnya, ditempatkan kira-kira 700 kilometer dari pantai Iran setakat Ahad lalu, menurut imej satelit.
Iran turut mempamerkan kekuatan tenteranya, dengan Kor Pengawal Revolusi Islam mengadakan latihan perang awal minggu ini di Selat Hormuz.
Ahli politik Iran berulang kali mengancam untuk menyekat selat tersebut, laluan utama global bagi minyak dan gas, ketika kebimbangan terhadap konflik AS-Iran mendorong lonjakan harga minyak minggu ini.
Selat itu membawa satu perempat daripada minyak laut dunia dan satu perlima daripada semua gas asli cecair, menurut Agensi Tenaga Antarabangsa. - AFP


1 ulasan:
apa beza ada perjanjian dengan xde perjanjian..?
israel hormat ke perjanjian?
Catat Ulasan