SAMAN JANGAN
TAK SAMAN
AMIN
SAMAN SAMPAI
BUNTING MINUM
AIR MAHKAMAH
KHALAS
Rafizi nafi terbabit kes rasuah RM2.5 bilion
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, menafikan beliau terbabit dalam kes rasuah berjumlah RM2.5 bilion membabitkan penganugerahan kontrak kepada sebuah syarikat yang berkaitan dirinya.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan, berkata tuduhan itu adalah fitnah yang dijaja oleh pempengaruh Ariz Ramli, lebih dikenali sebagai Caprice.
Beliau dipercayai merujuk kepada projek Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR) membabitkan pelaburan RM2.5 bilion oleh UEM Lestra.
"Saya dituduh menganugerahkan kontrak kepada sebuah syarikat yang kononnya berkait dengan saya...ini jadi satu lagi bahan fitnah dijaja oleh Caprice dan diulang oleh ceplos-ceplos kononnya Rafizi terbabit kes rasuah RM2.5 bilion," katanya.
Klip video penjelasan bekas Timbalan Presiden PKR itu dimuatnaik semula oleh Caprice di laman sosial Instagramnya, hari ini.
Sebelum ini, Rafizi memperincikan bahawa pelaburan RM2.5 bilion oleh UEM Lestra dalam projek NETR adalah inisiatif pihak swasta sepenuhnya dan tidak membabitkan dana awam atau perolehan kerajaan.
Beliau dilaporkan turut menafikan dakwaan pembabitan kepentingan peribadi dalam projek tersebut dan menyifatkan serangan pempengaruh media sosial sebagai fitnah terancang.
Ahli Parlimen Pandan itu juga menuduh Caprice, menghasilkan kandungan yang mendakwa bahawa beliau telah menganugerahkan projek UEM Lestra kepada sebuah syarikat yang mana Rafizi mempunyai kepentingan.
Dalam pada itu, Rafizi dijadual akan menjawab secara terperinci dua tuduhan salah laku yang dikaitkan dengan dirinya itu dalam program audio siar 'Yang Berhenti Menteri' (YBM) 10 malam ini.
Sementara itu, Caprice melalui komen dalam video yang dimuatnaik semula itu mempersoalkan semula tuduhan yang dibuat Rafizi terhadap dirinya.
"Salam Ramadan Rafizi, kalau nak 'twist' tunggu lah selepas bulan puasa... sejak bila cap tuduh Raf terbabit kes rasuah RM2.5 billion?? tuduhan berat ni," katanya.
Caprice dijadual mengadakan sidang akhbar jam 4 petang ini untuk menjawab dakwaan Rafizi itu.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan