INI CONTOH
RAJA BODOH
JADI BARUA
AMERIKA & ISRAEL
AMIN
KLIM RAJA
WALHAL
TOK DULU
PENCUCI KASUT
CZAR RUSIAN
KHALAS
"Bersedia untuk peralihan Iran di bawah kepimpinan saya" - Reza Pahlavi
PARIS: Anak lelaki kepada Shah Iran terakhir yang digulingkan oleh Revolusi 1979 berkata pada Sabtu bahawa beliau bersedia memimpin proses peralihan "sebaik sahaja Republik Islam tumbang".
Dalam mesej di saluran media sosialnya, Reza Pahlavi yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) berkata beliau sudah pun berusaha memilih individu di dalam dan di luar Iran untuk berkhidmat dalam apa yang beliau gelar sebagai "Sistem Peralihan".
Pahlavi mengetuai salah satu daripada beberapa gerakan pembangkang yang beroperasi dari luar Iran, namun pengaruhnya semakin meningkat selepas protes pada Januari terhadap sistem pemerintahan ulama, dengan sebahagian penunjuk perasaan menggesa agar monarki dikembalikan.
Pemimpin tertinggi Iran yang lama memerintah, Ali Khamenei, terbunuh pada 28 Februari dalam serangan udara AS dan Israel.
Namun selepas dua minggu peperangan, sistem pemerintahan ulama itu masih kekal walaupun penggantinya, anak beliau Mojtaba Khamenei, belum membuat sebarang kemunculan awam.
Pahlavi berkata Saeed Ghasseminejad, penasihat kanan Iran dan ekonomi kewangan di badan pemikir berpangkalan di AS, Foundation for Defense of Democracies (FDD) yang lantang mengkritik Republik Islam, mengetuai proses pemilihan anggota badan peralihan tersebut.
"Individu yang berkemampuan, baik di dalam mahupun di luar negara, telah dikenal pasti dan dinilai untuk memimpin pelbagai bahagian dalam Sistem Peralihan," katanya.
"Di bawah kepimpinan saya, Sistem Peralihan ini akan bersedia mengambil alih pentadbiran negara sebaik sahaja Republik Islam tumbang dan dalam tempoh paling singkat akan mewujudkan ketertiban, keselamatan, kebebasan serta keadaan yang membolehkan Iran mencapai kemakmuran dan kemajuan," tambahnya.
Sebagai sokongan kepada Pahlavi, perhimpunan besar pro-monarki diadakan pada Februari di Munich serta beberapa bandar di Amerika Utara, yang dianggap sebagai demonstrasi sokongan terbesar setakat ini.
Namun beliau masih gagal memperoleh pengiktirafan daripada Presiden AS, Donald Trump, yang tidak pernah bertemu secara rasmi dengannya dan berulang kali menyuarakan keraguan terhadap kemampuannya untuk memimpin Iran.
"Mereka bercakap tentang anak Shah, mereka bercakap tentang orang lain, tetapi dia sudah lama tidak berada di sana," kata Trump minggu ini.
Pahlavi sedang menjalani latihan tentera udara di AS ketika bapanya, Mohammad Reza Pahlavi, digulingkan dan sejak itu beliau tidak pernah kembali ke Iran.
Trump juga beberapa kali merujuk kepada situasi di Venezuela, di mana pada Januari pasukan AS menahan presiden Nicolas Maduro, dengan Washington kini bekerjasama dengan bekas Timbalannya, Delcy Rodríguez.
Namun masih belum jelas bagaimana senario seumpama itu boleh berlaku di Iran.
"Saya suka idea perubahan dari dalam kerana ia berkesan. Saya rasa kita sudah membuktikannya setakat ini di Venezuela," kata Trump.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan