TRUMP -
MAT LENGIT
BUAT LAWAK
Membuat lawak bukan satu yang mudah. Kadangkala ada yang mencuba tapi gagal meleset. Kadangkala tanpa disangka tanpa di jemput apa yang ditutur menjadi lawak. Kata-kata serius yang kita lafazkan membawa lucu.
Berasakan laporan awal bulan Mac Presiden Trump telah menyatakan keinginan untuk turut sama memilih pengganti arwah Ali Khamenei. Pada awalnya saya kurang yakin akan berita ini. Bila membaca secara mendalam saya terbarai ketawa.
Beberapa hari kemudian berita melaporkan beberapa Ayatollah bersama Presiden Iran dan pemimpin Kor Pengawal Revolusi Islam ( KPRI ) mula berbincang untuk melantik Pemimpin Tertinggi untuk menggantikan Ayatollah Khamenei yang telah syahid.
Ketika ini Trump bersuara lagi. Trump mahu turut sama memberi pandangan. Bila berita ini di lapor oleh BBC maka saya amat yakin ini berita sahih. Trump buat lawak lagi. Saya terbarai ketawa – nasib baik ketawa seorang diri - kah kah kah.
Pada 10 Mac 2026 stesen Al-Jazeera melaporkan Ayatollah Mojtaba Khamenei telah dipilih sebagai Pemimpin Tertinggi Iran. Berita Al-Jazeera ini turut melaporkan bagaimana Trump telah kecewa atas lantikan ini.
Pasal apa Presiden Trump kecewa. Apakah kerana dirinya tidak di jemput berunding sama maka dia kecewa. Sekali lagi Trump buat lawak – kah kah kah. Tergolek dog saya ketawa.
Apakah Presiden Amerika yang bernama Donald J Trump ini bebal hingga dia tidak tahu sejarah dan struktur negara bernama Iran. Iran sesudah Revolusi Islam 1979 memiliki Perlembagaan dan atur cara pemilihan pemimpin.
Mustahil Trump akan di jemput sama untuk berbincang tentang sapa yang sepatutnya menjadi Presiden Perancis. Atau datang ke Istana Buckingham untuk berbincang dengan Raja Charles untuk menentukan siapa menjadi Perdana Menteri United Kingdom.
Ini mustahil berlaku di Parsi atau London. Maka ianya mustahil berlaku di Tehran.
Dari laporan media saya baca dalam pelantikan Mojtaba - Trump secara eksplisit menyebut pilihan ini "tidak boleh diterima" dan berkata dia "kecewa" dengan keputusan itu.
Lawak Trump ini menjadi bertambah hodoh apabila dia mengancam akan memendekkan umur Ayatollah Mojtaba. Trump macam budak kecil 6 tahun merajuk pecahkan pinggan bila tidak dijemput untuk memilih pemimpin Iran.
Ketika tulisan ini di garap perang telah masuk hari ke sepuluh. Bom terus meledak disana sini. Kota Tehran dan banyak kota-kota lain terus di bom oleh Isreal dan Amerika. Israel dan Amerika klim sasaran ialah pusat peluru berpandu Iran. Kilang drone bawah tanah Iran menjadi sasaran.
Dalam masa yang sama Iran melancarkan Gelombang Janji Sejati. Gelombang ini telah memasuki angka ke 30 menyerang Israel. Beratus-ratus peluru berpandu dan drone bertubi-tubi memasuki wilayah Israel.
Tel Aviv, Haifa dan Juruselam menjadi sasaran Iran. Lapangan terbang Ben Gurion juga telah dilapur terbakar.
Berita terakhir peluru berpandu Iran telah berjaya meledakkan Pejabat Sulit Netanyahu di Tel Aviv. Pejabat bawah tanah ini di lapor terbakar.
Rejim Israel kini telah mengeluarkan amaran keras kepada warga Israel melarang klip video atau gambar serangan dirakam untuk disebar.
Portal TV CNN pada 6 Mac telah melaporkan :
Setiap wartawan di Israel — dan setiap orang awam — tertakluk kepada penapisan tentera. Atas alasan keselamatan negara, peraturan itu memberi kuasa kepada penapis untuk melarang melaporkan atau menyiarkan sebarang bahan yang boleh mendedahkan maklumat sensitif atau menimbulkan ancaman kepada kepentingan keselamatan Israel.
Keadaan amat sensitif semasa perang, di mana penapisan tentera telah menjelaskan bahawa penyiaran sebarang imej yang mendedahkan lokasi peluru berpandu pemantas atau tapak tentera yang terkena peluru musuh adalah dilarang, terutamanya dalam siaran langsung.
CNN menulis perkara ini kerana wartawan CNN telah ditahan ketika cuba membuat laporan ‘live’ tentang ledakan di Tel Aviv.
France24 – Kumpulan media dari Paris juga telah mengeluarkan berita yang sama kerana mengalami larangan dan tapisan yang sama. Berita France24 ini telah dikutip masuk ke dalam portal X Abas Araghchi Menteri Luar pada 10 Mac 2026.
Ketika dalam perang angka kematian atau bentuk kemusnahan akan dikebumikan. Malah maklumat tipu dan berita palsu memuncak tersebar.
Ungkapan "Dalam peperangan, kebenaran adalah korban pertama" selalu kita dengar. Semenjak zaman berzaman ungkapan berumur ribuan tahun ini telah dilafazkan oleh dengan dramatis tragis Yunani kuno Aeschylus (c. 525–456 SM).
Justeru, apa yang sedang kita baca, kita dengar dan kita lihat hari ini telah dilalui oleh Datuk Nenek Moyang kita. Kalau dulu melalui sembang mulut , kemudian dicetak untuk disebar, kemudian ada radio dan TV.
Hari ini dengan wujudnya Internet berita perang secara terus menerus sampai kepada kita. Kita boleh menuntun Tel Aviv atau Tehran terbakar akibat kena bom secara terus menerus.
Tapi awas dengan wujudnya kecerdasan buatan kita boleh di manipulasi oleh berita yang kita tuntun. Justeru kita wajib menapis, mengirai apa saja yang kita baca, dengar atau tuntun. Berhati-hati jangan kena tipu oleh berita palsu.
Dalam masa yang sama kita boleh juga membaca dan mendengar dari pelbagai sumber. Akhbar satu dunia boleh kita baca. Komentar perang dari pelbagai cabang ilmuwan boleh kita dengar. Suara Jeneral dari Iran , suara Jeneral dari Amerika boleh kita dengar.
Tepuk komputer tanya : Sokong Iran atau sokong Zionis Israel.
Dalam hal ini diri saya sendiri jelas. Saya menyokong Iran. Pada hemat saya Iran sedang berjuang untuk melawan Zionis Israel. Iran sedang melawan imperialis Amerika. Iran sedang menggagalkan projek Israel Raya - Greater Israel.
Bila Iran menyerang semua pangkalan Amerika di negara Arab untuk saya ini adalah sebahagian dari gerakan anti-imperialis melawan hegemoni Amerika.
Tertiba saya terbaca berita Trump kata Amerika sudah menang. Trump klim Amerika berjaya mencapai matlamat perang. Justeru Amerika mahu mengadakan gencatan senjata.
Saya ketawa. Kali ini saya ketawa bukan kerana lawak dari Trump. Saya ketawa gumbira kerana ini petanda bahawa Amerika sudah merasa terdesak lalu mahu gencatan senjata.
Saya ada membaca berita di awal perang di mana Trump di katakan menghubungi Menteri Luar Itali agar berhubung dengan Menteri Luar Iran. Untuk berunding menamatkan perang. Tapi saya tidak pasti kesahihan berita ini.
Berita gencatan senjata ini saya yakini. Mudah sahaja kerana apa yang saya tuntun adalah klip temu bual Menteri Luar Iran Abbas Araqchi dengan stesen NBC Amerika. Saya ulang stesen NBC ... stesen TV Amerika.
Melihat klip ini saya ketawa bukan kerana lawak tapi keran gumbira apabila Menteri Luar Iran ini menolak cadangan gencatan senjata. Ini di lakukan di hadapan penonton TV Amerika.
Saya ketawa gumbira kerana jelas Trump sudah lengit. Lengit ini perkataan yang selalu saya gunakan ketika zaman membesar – zaman main gasing atau zaman main galah adang.
Lebai Google dalam FB Persatuan Bangsa Johor memberi makna : Lengit itu bukan maksud kalah saje. Tapi tidak pernah menang. Suwey memanjang. Memang muka kalah. Sebelum mula main lagi sudah tahu sapa yang kalah.
Perang bukan lawak untuk jadi bahan ketawa. Tapi saya ketawa kerana tidak dapat menyimpan kegembiraan saya bila membaca tajuk Berita Harian 11/3/2026 : 'Iran pasti tidak akan minta gencatan senjata' - Tehran bertegas walaupun Trump tingkatkan ugutan.
Selat Hormuz masih di tutup. Harga minyak melonjak naik. Trump pasti akan terus mendapat tekanan. Kita tunggu dan lihat apa Mat Lengit bernama Trump ini akan buat. Amin. (TT)
TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
MALAYSIA KINI.COM
https://www.malaysiakini.com/columns/770273









Tiada ulasan:
Catat Ulasan