SALUT PADA
KELUARGA
TEO BENG HOCK
AMIN
CONTOH YANG
BOLEH DIIKUTI
AMIN
KELUARGA
YUSOF RAWTHER
AMRI CIK MAT
PADRI KOH
BOLEH BAWA
KES KE PBB
KHALAS
Adik perempuan mendiang Teoh Beng Hock berlepas ke Switzerland untuk membangkitkan perjuangan keluarganya dalam sidang Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC).
Dalam satu kenyataan hari ini, pengerusi Persatuan Kemajuan Demokratik Teoh Beng Hock, Koong Hui Yein, berkata Teoh Lee Lan berlepas menuju Geneva hari ini untuk menghadiri sesi ke-61 majlis tersebut.
Koong berkata Lee Lan dijadualkan berucap di hadapan wakil dari 47 negara anggota UNHRC dan peserta lain pada 17 Mac.
Menurutnya, Lee Lan akan mengetengahkan perjuangan keluarga mereka selama 17 tahun untuk menuntut keadilan terkait kematian Beng Hock dan menyeru PBB untuk mengaktifkan mekanisme hak asasi manusia dalam kes tersebut.
Keluarga itu, kata Koong, masih tidak berpuas hati dengan dapatan siasatan berhung kematian Beng Hock yang berakhir dengan keputusan NFA (tiada tindakan lanjut).
“Ini adalah petunjuk yang jelas bahawa kerajaan Malaysia telah menafikan hak keluarga mereka untuk mendapatkan keadilan,” katanya.
Koong menjelaskan misi Lee Lan ke PBB bertujuan untuk memberi penekanan bahawa yang mereka perjuangkan itu masih belum dapat diselesaikan walaupun sudah begitu lama berlangsung.
Dia menambah walaupun kerajaan Madani Malaysia menampilkan dirinya sebagai perjuang hak asasi manusia dan reformis, ia masih gagal melaksanakan sebahagian hak asasi buat keluarga Beng Hock iaitu hak untuk hidup dan hak untuk kesaksamaan seperti yang dijamin dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat PBB.
“Misi ini bertujuan untuk menggunakan mekanisme antarabangsa menekan kerajaan Malaysia agar memenuhi kewajipan hak asasi manusianya dan memulakan siasatan jenayah dan pendakwaan yang ketat dan profesional terhadap suspek yang terlibat,” katanya.
Beng Hock – ketika itu menjadi pembantu exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah – ditemui mati selepas disoal siasat semalaman di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang ketika itu berada di Plaza Masalam, Shah Alam.
Suruhanjaya siasatan diraja (RCI) pada 2011 memutuskan bahawa Beng Hock terdorong untuk membunuh diri kerana soal siasat yang agresif.
Bagaimanapun, pada 2014, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa kematian Beng Hock disebabkan atau dipercepatkan oleh tindakan yang menyalahi undang-undang, termasuk tindakan pegawai SPRM.
Pada 21 Nov tahun lalu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan polis untuk menyelesaikan siasatan kematian Beng Hock dalam tempoh enam bulan.
Pada Mei, Jabatan Peguam Negara akhirnya mengklasifikasikan kes itu sebagai NFA.
Sementara itu, Koong juga berkata Lee Lan dan persatuan itu akan mengadakan siaran langsung dari Geneva esok untuk memaklumkan orang ramai tentang misi tersebut.
Dia menambah usaha keluarga untuk membawa kes itu ke PBB bukan sahaja untuk mencari keadilan untuk Beng Hock, malah mendesak pembaharuan institusi bagi mencegah kematian tahanan pada masa hadapan dan memastikan tragedi sedemikian tidak berulang.
Sehingga Dis lalu, persatuan itu mengumpul RM122,377 melalui pameran bergerak di seluruh negara dan pengumpulan dana dalam talian untuk menjayakan misi mereka ke PBB.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan