Khamis, 20 Ogos 2026

JIKA PURTAN TELAH BUKA MULUT.....


WOIT

PURTAN PUN

DAH BUKA MULUT

KAH KAH KAH

MAKNANYA PRU16

MAKIN DEKAT

AMIN

MAT BURUT 

DIJADIKAN SEBAB

KENAPA KERAJAAN

DI GULING

KAH KAH KAH

KHALAS


Umno gesa parti kerajaan Madani tumpu tunai janji manifesto

Umno hari ini menggesa kerajaan perpaduan memberi tumpuan kepada usaha menunaikan komitmen kepada rakyat dalam baki tempoh parlimen ke-15.

Ketua Penerangannya, Azalina Othman berkata perkara itu termasuk janji yang dibuat oleh setiap gabungan politik dalam manifesto PRU15 masing-masing.

"Lanjutan daripada itu, Kerajaan Perpaduan sepatutnya meneruskan pelaksanaan komitmen kepada rakyat dalam baki masa Parlimen ke-15 , sepertimana yang dijanji dalam manifesto blok politik masing-masing pada PRU15 yang lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Gesaan Azalina itu selari dengan desakan supaya kerajaan menggunakan tempoh masa yang ada untuk menunaikan janji pilihan raya.

Dalam menisfesto sebelum ini, BN berjanji bahawa calon Ketua Pesuruhjaya SPRM, Gabenor Bank Negara dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan diteliti oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen sekiranya menjadi kerajaan.

PH pula mencadangkan proses penelitian secara bipartisan di Parlimen terhadap calon bagi jawatan pendakwa raya, jawatan tertinggi SPRM dan SPR serta Ketua Polis Negara.

Nafi Umno khianati PKR

Dalam pada itu, Azalina menafikan dakwaan bahawa Umno telah ‘mengkhianati’ PKR dalam pilihan raya negeri Johor dan Negeri Sembilan.

"Dakwaan sedemikian perlu dinilai secara tenang, bertanggungjawab dan berdasarkan fakta.

"Malaysia ialah sebuah Persekutuan. Kerjasama politik di peringkat negeri tidak semestinya perlu menyalin hasil formula gabungan politik yang sama di peringkat Persekutuan,” katanya.

Tegasnya, setiap negeri mempunyai mandat dan realiti politiknya yang tersendiri dan akhirnya, rakyat di peringkat negeri juga mempunyai aspirasi masing-masing dan berhak menentukan wakil serta kerajaan pilihan mereka.

"Oleh itu, perbezaan strategi atau kerjasama dalam sesuatu pilihan raya negeri tidak dengan sendirinya membuktikan bahawa Perjanjian Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan telah dilanggar,” ujarnya.

Azalina turut menegaskan bahawa Umno kekal komited terhadap kestabilan Kerajaan Persekutuan dan akan terus menghormati perjanjian yang telah dimeterai.

"Sebarang perbezaan yang wujud di peringkat Persekutuan perlu diurus secara matang agar tidak menjejaskan pentadbiran dan keyakinan rakyat.

"Keutamaan kita mestilah memastikan Kerajaan Persekutuan terus stabil, agenda reformasi dilaksanakan dan kesejahteraan rakyat sentiasa didahulukan sehingga ke penghujung penggal," katanya.

BN sebelum ini membuat keputusan menentang PH dan gabungan lain dalam pilihan raya negeri Johor sebelum menjalinkan kerjasama dengan PN dalam PRN Negeri Sembilan.

Perkembangan itu mencetuskan persoalan mengenai hala tuju kerjasama antara BN dan PH di peringkat negeri, meskipun kedua-dua gabungan itu masih bersama dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

BERI KESEDARAN TENTANG HAIWAN


LELAKI INI

WAJIB DI BERI

 KESEDARAN

AMIN

KALAU NAK

 SELAMATKAN 

ANAK KUCING 

DARI INJIN KERETA

TAK PERLU DI PUKUL

KHALAS


Polis tahan lelaki disyaki pukul anak kucing

IPOH: Polis menahan seorang lelaki disyaki memukul anak kucing menggunakan penyapu aluminium di kawasan perumahan di Batu Gajah semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Md Noor Aehawan Mohammad, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian jam 12.04 tengah hari selepas ia dirakam oleh jiran suspek yang juga saksi kejadian.

Semakan terhadap rakaman video berdurasi dua minit 19 saat mendapati seorang lelaki dilihat memukul seekor anak kucing beberapa kali menggunakan penyapu jenis aluminium.

"Kejadian itu berlaku di kawasan parkir rumah suspek. Susulan kejadian itu, suspek hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah untuk menyerah diri sebelum ditahan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Md Noor Aehawan berkata, siasatan awal mendapati suspek mengaku memukul anak kucing berkenaan selepas mendakwa haiwan itu masuk ke bahagian enjin kenderaan miliknya yang diletakkan di kawasan rumah.

Menurut Md Noor Aehawan, suspek mendakwa tindakannya itu dibuat kerana bimbang anak kucing berkenaan boleh tercedera atau mendatangkan bahaya sekiranya enjin kenderaan dihidupkan selain dikhuatiri menyebabkan kerosakan pada kenderaan.

Siasatan turut mendapati anak kucing berkenaan masih hidup dan telah diambil oleh jiran suspek untuk mendapatkan rawatan di klinik veterinar hari ini.

"Polis akan mendapatkan laporan veterinar keadaan anak kucing bagi melengkapkan siasatan," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015.




TERAM MENGARUT LAGI


MAT TERAM

KALAH PERANG

TERUS SASAU

MENGARUT

KAH KAH KAH

HUTANG AMERIKA

40 TRILION

AMIN

RAKYAT AMERIKA

MAKIN TERCEKIK

AMIN

PRESIDEN AMERIKA

TERUS MENGARUT

KAH KAH KAH

KHALAS


Trump ancam hukuman ekonomi ke atas 'mana-mana negara' yang membantu Iran


WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) pada Rabu berkata, beliau akan melancarkan kempen baharu yang besar untuk menyasarkan ekonomi Iran, mengancam hukuman "hebat" ke atas mana-mana negara yang membantu atau menjalankan perniagaan dengan republik Islam itu.

"Hari ini, saya mengumumkan OPERASI EKONOMI PALING MENGGEGARKAN YANG PERNAH DILAKSANAKAN TERHADAP MANA-MANA ​​NEGARA! Ini akan menjadi Peperangan dan Pengasingan Ekonomi pada skala yang belum pernah terjadi sebelumnya," tulis Trump di Truth Social.

"Saya juga mengumumkan bahawa MANA-MANA ​​negara yang membenarkan institusi kewangan, perniagaan, lapangan terbang atau entiti kerajaannya menyediakan sebarang jenis talian hayat kepada Iran akan menghadapi Akibat Ekonomi yang LUAR BIASA," katanya.

ISLAM DEMOKRATIK LAWAN ISLAM FEUDAL


ISLAM DEMOKRATIK

MELAWAN

ISLAM FEUDAL

KHALAS

SPRM ADA DUA DERAJAT ?


SPRM 

DUA DERAJAT ?

AMIN

SATU PAKAI

 BAJU KUNING

SATU PAKAI 

BAJU KOT?

KHALAS




HASUT KE JALAN RAYA


SEMUA BERTUJUAN

MENGHASUT

 RAKYAT TURUN

KE JALAN RAYA

KHALAS

Unknown commented on
 "IRAN MENUNGGU TERAM"

Modal 1 - Mat Burut
Modal 2 - Iran Amerika
Modal 3 - copy paste
Inilah tukar tiub pencen
Kah kah kah kah