Jumaat, 13 Mac 2026

PAGI INI


PAGI INI



PAGI INI

KHAMIS 13  MAC 2026

PUASA HARI KE 23

PERANG HARI KE 14



HARI AL-QUDS
Jumaat akhir bulan Ramadan ialah HARI AL-QUDS  SEDUNIA – maka petang ini kita akan berdemo. Al-Quds ini  ialah ikatan kesatuan niat kita. Demo kita BERTUJUAN untuk melawan imperialis Amerika dan Zionis Israel.

Tahun ini agak berbeza – selama TIGA TAHUN TEMA KITA IALAH GAZA – tahun ini tema kita IALAH PERANG DI IRAN – justeru kita laungkan sokongan kita terhadap negara Iran yang sedang di serang oleh Amerika dan Zionis Israel.

KITA TOLAK PERANG – tapi JIKA DI SERANG KITA WAJIB MELAWAN. Inilah yang sedang dilakukan dengan  jayanya oleh Iran.

Iran terbukti memiliki kekuatan ideologi dan kekuatan tentera. Dua kekuatan ini MUSTAHIL dapat di kalahkan. Ini sedang terbukti di medan tempur.

Trump dah minta TAMATKAN PERANG – tapi secara berani IRAN MENOLAK.

PERANG HANYA BERHENTI BILA ADA PAMPASAN – BILA ADA PERJANJIAN DUNIA BAHAWA IRAN TIDAK AKAN DI SERANG LAGI.

PELURU DAN ALAT RISIKAN Amerika dah musnah. Pangkalan tentera Amerika di Negara Arab  TELAH DISERANG DAN DIMANDULKAN. Negara Arab yang jadi BARUA AMERIKA dan BARUA ISREAL sedang MINTA NYAWA.

SELAT HORMUZ DI TUTUP – harga minyak pagi ini DAH MELINTAS 100 DOLAR SATU TONG – BRENT CRUDE.

Jika perang berterusan maka ekonomi dunia akan huru hara. Bila huru hara KITA BOLEH BANGUN MENYUSUN UNTUK MENDIRIKAN  NAGARA MALAYSIA YANG BARU tanpa MADAFAKA- amin.

HOKKIEN
Pagi ini cerah segar kering. Langit biru indah. Matahari dah muncul. Pipi terasa panas. KL & KL Sentral cerah. Kemarin hujan tak jadi angin kuat – hujan di tolak.

Masuk ke Hokkien pagi ini macam masuk ke dalam Hutan Dara – suara Murai. Suara Tuk Tuk Tuk – suara Chiap Chiap Chiap – entah burung apa – tapi menjadikan pagi ini indah.  Tekukur dan Tiong seperti biasa berlagu.

Ha ha – di jalan Emak sampai dengan kaum keluarga. Ramai pagi ini. Semua gumbira makan. Ada satu Emak Hitam – ini emak baru – punting susu masih belum kecut – Dia menyalak – mungkin kerana baru.

Pagi ini gua nampak sepasang Suami Isteri sedang bersihkan kubur tepi jalan. Tiap pagi  gua nampak pasang ini. Sang suami mesin rumput. Sang isteri bersihkan makam.

Balik ke Wakaf Pertama hanya Siti dan Adik Siti menunggu. Tapi Tiong Suami Isteri datang juga untuk makan bersama.

Gua harap hari ini akan redup – tak panas terik – Gua nak berdemo  anti Amerika. Ini aktiviti tahunan gua  pada Jumaat akhir bulan Ramadan.

Kawan dan pembaca TT mari datang bersama buat ramai. Amin.


BRO
SENYUM
KITA SAMBUT PAGI JUMAAT
DENGAN SENYUMAN

Para  pahlawan berbadan sihat
Bila berumur dilihat manis
Mari kawan mari sahabat
Mari berdemo lawan Zionis

Dawai haruan dawai dirapat
Haruan dipancing bawah jambatan
Wahai kawan wahai sahabat
Lawan juga Zionis tempatan


LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA

SELAMAT BERPUASA
SELAMAT BERJUMAAT

Tiada ulasan: