SATU KEJAYAAN
TEMBAK JATUH
KAPAL TERBANG
AMERIKA
AMIN
PASTI AMERIKA
MENGAKU
KAH KAH KAH
KHALAS
Iran dakwa tembak jatuh pesawat pengisi minyak AS, semua kru maut
ISTANBUL: Iran mendakwa sebuah pesawat pengisi minyak milik tentera Amerika Syarikat (AS) ditembak jatuh di barat Iraq, menyebabkan semua kru di dalamnya terbunuh, lapor Agensi Anadolu.
Televisyen kerajaan Iran yang memetik jurucakap ibu pejabat tentera Khatam al-Anbiya yang bersekutu dengan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran, berkata pesawat itu terkena peluru berpandu yang ditembak kumpulan "paksi penentangan", menyebabkan ia terhempas.
Jurucakap berkenaan mendakwa, pesawat berkenaan milik tentera AS dan semua anak kapal terbunuh dalam kejadian itu.
Sementara itu, AFP dalam laporan terbaharu dari Washington menyebut, sebuah pesawat pengisian minyak udara Boeing KC-135 Stratotanker terhempas di barat Iraq, manakala sebuah lagi yang terlibat dalam insiden sama berjaya mendarat dengan selamat.
Markas Pemerintah Pusat AS (CENTCOM) memaklumkan, insiden itu berlaku semasa operasi tentera di rantau Timur Tengah.
"Salah satu pesawat terhempas di barat Iraq dan pesawat kedua mendarat dengan selamat. Insiden ini bukan disebabkan tembakan musuh atau tembakan rakan sendiri," kata CENTCOM dalam kenyataan.
Pesawat KC-135 adalah antara pesawat tentera AS keempat yang hilang sejak perang di Asia Barat bermula pada 28 Februari.
Tiga lagi pesawat pejuang F-15E Strike Eagle sebelum ini ditembak jatuh secara tidak sengaja oleh tentera Kuwait dalam insiden tembakan rakan sendiri di ruang udara negara itu.
Menurut Tentara Udara AS, pesawat KC-135 yang telah beroperasi lebih 60 tahun biasanya mempunyai tiga kru – seorang juruterbang, pembantu juruterbang dan seorang pengendali boom yang mengendalikan sistem pengisian minyak kepada pesawat lain.
Sesetengah misi juga memerlukan seorang navigator, dan pesawat itu boleh membawa sehingga 37 penumpang.- Agensi


Tiada ulasan:
Catat Ulasan