Jumaat, 13 Mac 2026

MONOPOLI PECAH


AMPOON TUANKU

SEKARANG DAH

MUSTAHIL NAK

TUTUP APA SAJA

PERBUALAN RAMAI

TENTANG APA SAJA

AMIN

INTERNET SATU

CONTOH 

AMIN

SEMUA BOLEH BACA 

BERITA  DARI UAE

DAH UMUM AWAL 

HARI RAYA

JUMAAT 20 MAC

AMIN

WARGA JUGA

 BOLEH BELI

TEROPONG UNTUK

SENDIRI LIHAT

ANAK BULAN

AMIN

MONOPOLI 

PEMEGANG MOHOR

RAJA RAJA MELAYU

DAH DIPECAH 

OLEH TEKNOLOGI

KHALAS


Sultan Selangor tidak berkenan ramalan buta tuli penetapan 1 Syawal


SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak berkenan dengan andaian dan ramalan membuta tuli berhubung spekulasi penetapan tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini yang tersebar di media sosial.

Istana Alam Shah menerusi kenyataan menjelaskan Sultan Sharafuddin mengambil maklum berkenaan perkara itu yang mana andaian dan ramalan berkenaan seolah-olah menimbulkan kejutan kepada umat Islam.

Menerusi kenyataan itu, baginda menyeru semua pihak supaya bersabar dan jangan mudah percaya dengan spekulasi tanpa asas. Baca dan hadamkan kenyataan yang dibuat oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Khutbah Jumaat berhubung perkara ini.

"Baginda menegaskan bahawa pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidilfitri hanya akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada Khamis depan, 19 Mac selepas mendapat perkenan Raja-Raja Melayu, seperti mana amalan dan ketetapan yang dilaksanakan sejak sekian lama di negara ini.

"Malaysia mempunyai kaedah penentuan awal Ramadan dan Syawal yang tersendiri melalui kaedah rukyah dan hisab yang dilaksanakan secara teratur, teliti dan berpandukan kepada keputusan pihak berkuasa agama yang berwibawa," jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu kaedah berkenaan sudah sekian lama diyakini serta dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja dan tidak perlu dibandingkan atau dipengaruhi oleh penetapan yang dibuat oleh negara-negara lain.

Katanya, Jabatan Mufti Negeri Selangor pada 10 Mac lalu juga menjelaskan bahawa permulaan awal bulan Islam adalah bergantung kepada kenampakan hilal (anak bulan) dan data-data kedudukan bulan pada tarikh cerapan di satu-satu negara yang mana setiap negara mempunyai matla' ru'yah yang berbeza.

"Khutbah Jumaat hari ini turut menyatakan kaedah-kaedah penentuan awal bulan Syawal dan menasihatkan agar semua umat Islam menyerahkan tanggungjawab berkenaan kepada pihak berautoriti.

"Baginda juga menyeru umat Islam tidak terlalu memberi tumpuan kepada perbincangan mengenai tarikh Hari Raya sehingga melalaikan daripada memanfaatkan 10 malam terakhir Ramadan.

"Ini adalah tempoh yang amat berharga untuk memperbanyakkan ibadah, doa dan memohon keampunan daripada Allah Subhanahu Wata'ala," menurut kenyataan itu.

Tiada ulasan: