Rabu, 18 Mac 2009
NAJIB KOMITED KEPADA KETERBUKAAN DAN KETELUSAN - melayau
Najib Razak berkata beliau komited kepada pentadbiran yang berprinsipkan keterbukaan, ketelusan dan bercakap benar kepada rakyat apabila mengambil alih pucuk pimpinan negara.
Timbalan Perdana Menteri berkata, jika kerajaan bercakap benar kepada rakyat maka kerajaan akan mendapat keyakinan daripada rakyat.
"Sebagai kerajaan mesti memupuk keyakinan daripada rakyat agar mereka yakin kepada kerajaan, (kita perlu) bersikap telus dengan rakyat," katanya ketika menjawab satu soalan peserta pada Persidangan Agenda Integriti Nasional: Penilaian dan Hala Tuju di Institut Integriti Malaysia di sini, hari ini.
Najib berkata, usaha memerangi rasuah dan membentuk satu masyarakat yang bersih, lebih berintegriti dan bermoral perlu menjadi satu perjuangan yang dibudayakan.
Katanya, unsur negatif seperti tamak haloba dan mementingkan diri sendiri yang menjadi pendorong kepada perbuatan rasuah dan penyelewengan kuasa perlu diketepikan.
Beliau berkata, gerakan integriti nasional perlu digalak dan disokong semua lapisan masyarakat di negara ini demi kebaikan bersama.
Mengenai laporan Pelan Integriti Nasional yang dilancarkan hari ini, Najib berkata berdasarkan laporan itu kerajaan boleh berbangga kerana beberapa kejayaan telah dicapai dalam aspek tertentu.
"Namun jelas masih banyak yang perlu dilakukan kerana persepsi masyarakat terhadap rasuah, masyarakat bermoral dan masyarakat berintegriti masih perlu diperjuangkan habis-habisan," katanya.
kah kah kah…. KAH KAH KAH…. kah kah kah…
woit… SIAPA YANG MENULIS TEK UCAPAN INI…. kah kah kah…
woit… INI TEX UCAPAN HUSSAM…. SALAH BACA KE?.... kah kah kah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 ulasan:
LELUCON!
Bapak rasuah komited pada keterbukaan dan ketelusan. Ini sama seperti bapak tikus berkata pada anak-anaknya 'jangan makan beras buta kerana itu adalah salah!' Nilai begini yang sedang dimasyarakatkan ataudibudayakan, sama seperti seorang penyangak yang begitu gembira fotonya diambil apabila ke mahkamah, tiada lagi rasa malu, tiada moral, tiada etika. Omong kosong menjadi bahan lawak! yang lagi sedih itu orang seperti ini juga adalah orang yang beragama!
KeterbukaAN? Boleh le ajar cara cara nak guna C-4, yek......
Bro,
Mamat ni buat lawak kut? Ni mesti dok practice nak masuk pertandingan Raja Lawak...Heh! Heh! Heh! Tapi betoi la..skrip ni rasa-rasa depa cilok dari Pakatan Rakyat kut!
kah kah kah ..ni betul ke??? macam celup dari pakatan rakyat..kucing (CAT)...mungkin keterbukaan dapat duit kopi-o ....kah kah kah
Apalah mamat ni...dia dah puas sapu....nak halang orang sapu pulak...kita pun nak jugak sapu...kahkahkah
kah..kah..kah..
tak sesuai plak teks tu dgn najib,mungkin dia baca dlm keadaan dipaksa.
ini teks najib bin kadir yang punye,akhbar salah cetak..
nam ploh juta mari mana?ayah pin kasi ke?klu mari pun takkan jejak ke bumi.habis disapukebas geng2 penyamun tarbus ali baba bujang lapuk edisi 2009...
ayuh kwn2...bersiap siagalah kita menawan 3 bukit...ketahuilah musuh sedang beramuk sama sendri...mereka sudah tidak pedulikn kite lg.mereka akan bertamak dan terhaloba sampai menyembah bumi....
Catat Ulasan