Rabu, 4 Mac 2009

PERAK DAN PICASSO











PERAK DAN PICASSO

Pada tahun 1986 pertama kalinya aku sampai ke Utara Sepanyol. Ini kerana aku jatuh cinta dengan gadis Basque. Kami belajar disatu kuliah di Universiti Katholik Belgium. Ini cinta pandang pertama. Berjumpa dalam kuliah. Tapi bukan kesah cinta yang ingin aku tulis disini.

Di satu musim panas – tak tahu tahun berapa - si Kekasih telah membawa aku melawat ke luar kota. Kami merayau-rayau – bukan dengan kereta kuda seperti Don Quixote de La Mancha tetapi dengan sebuah kereta SEAT. Kami ada temu janji untuk berjumpa kawan yang baru memperbaiki sebuah rumah kuno di tepi gereja yang umurnya melintas 200 tahun.

Rumah di tepi gereja yang ingin kami lawati terletak di atas bukit. Tidak jauh dari bukit ini ialah pekan Geurnica. Aku sebenarnya telah bertemu dengan Guernica - tanpa aku mengetahuinya - ketika itu aku dalam darjah 4 lagi di Sekolah Umum. Guernica yang aku temui itu ialah kulit sebuah buku terbitan Oxford Universiti Press yang dimiliki oleh sekolah arwah ibuku. Di kulit buku ini ada gambar kuda yang sedang menjerit-jerit sakit.

Hampir 30 tahun kemudian - tanpa dirancang - aku sampai ke Guernica – daerah perkampongan di lereng bukit yang tidak jauh dari Bilbao – kota industri negara Basque. Guernica ialah nama daerah yang telah di bom oleh kapal terbang Hitler dalam Perang Dunia ke Dua. Nazi German telah membom Guernica untuk membantu gerombolan fascist Franco mengalahkan kaum Komunis, Demokrat, Anarkis dan Sosialis yang telah berjaya mendirikan Republik Rakyat Sepanyol dan mereka sedang bertahan di Geurnica.

Aku di beritahu – ketika bom meledak – orang kampong telah lari ke atas bukit untuk menyeberang masuk ke Peranchis. Sempadan Peranchis tidak jauh dari daerah ini. Serangan bom udara Nazi yang berterusan ini telah menewaskan ribuan warga kota dan kaum tani. Mayat mereka bergelempangan memenuhi guang dan lembah Guernica.

Ketika serangan berlaku Picasso – seorang Komunis - telah berjaya lari ke Paris. Lima belas hari sesudah Guernica dibom Picasso telah melakar sebuah mural yang diberi nama : Guernica. Mural ini satu-satunya imej anti-perang yang akan terus dingati sehingga dunia ini kiamat. Imej Guernica inilah yang telah aku lihat ketika aku masih lagi belum bersunat.

Warga Basque – seperti kekasih aku - tidak pernah mengakui diri mereka Sepanyol. Nationalisma Basque cukup kuat – hingga ke hari ini masih ada gerila pembebasan Basque – ETA – yang masih berjuang untuk memerdekakan Basque dari cengkaman Sepanyol.

Esoknya – kami menerukan perjalanan ke arah Bilbao sebelum sampai ke Bilabo kami singgah di pekan Geurnica. Di hadapan sebuah pejabat kerajaan ada sebatang Pohon Oak. Ini Pohon Oak yang bersejarah dan amat dihormati di negara Basque. Sejarah moden pohon ini tercatit – ketika kapal terbang Hitler mengugurkan bom pada tahun 1937 di kawasan ini Pohon Oak Guernica ini selamat.

Pohon Oak Guernica ini adalah simbol ratusan tahun semangat nasionalisma Basque. Mengikut sejarahnya Pohon Oak Guernica ini telah turun temurun beranak pinak dari semenjak tahun 1476. Malah banyak perjanjian dan mesyuarat gerakan nasionalisma Basque telah di adakan di bawah pohon ini. Pohon Oak Guernica kini menjadi simbol perjuangan rakyat Basque.

Kelmarin apabila aku terbaca tentang Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang di adakan di bawah sebatang pokok – dengan serta merta aku teringat Pokok Oak di Guernica. Sejarah telah dilakar kembali – kali ini di Perak.

Pelakon-pelakon dan para protoganisnya adalah sama – fascist dan royalist cuba mengalahkan kaum demokrat.

Aku tidak tahu dibawah pokok apakah persidangan ini dijalan tetapi pokok ini untuk aku ialah POKOK DEMOKRASI. Pokok ini wajib di nobatkan sebagai simbol perjuangan rakyat Perak untuk membawa demokrasi dan kebebasan.

Lihatlah - betapa indah dan sucinya sejarah pokok-pokok di negara ini – nama Ipoh berasal usul dari pokok Ipoh. Melaka dari pokok Melaka. Pulau Pinang dari pokok Pinang. Maka amat tepat Pokok Demokrasi berasal usul dari tuntutan warga Perak untuk membuka ruang demokrasi..

Pohon Demokrasi ini kelmarin telah menjadi saksi melihat warga Ipoh bangun untuk mendirikan Perak yang lebih demokratik. Pohon ini pasti akan menjadi simbol negara Malaysia baru yang akan ditubuhkan nanti. Inilah dia pokok yang turut sama dalam sejarah negara bangsa kita. Pohon Demokrasi ini adalah milik anak semua bangsa.

Seratus tahun dari hari ini anak cucu cicit kita akan melihat kembali pagi Selasa 3hb March 2009 sebagai hari kelahiran Pohon Demokrasi.

Hendaknya muncullah pelukis, sasterawan dan penyaer yang akan melakar imej dan mengabadikan apa yang terjadi pada 3hb March 2009 seperti Picasso melakar apa yang terjadi di Guernica pada tahun 1937.

The tree of Gernika
is a blessed symbol
loved by all the Basque people
with deep love.
Give to all the world
your fruit;
we adore you
sacred tree.

Pohon itu yang aku tidak tahu nama nya
Kau adalah kami yang sedang berakar dan bertunjang
Datanglah rajau setan segala alam
Datanglah malapetaka dan ledakan neraka
Pohon yang aku tidak tahu nama nya
Akan beranak akan bercabang
Untuk memayongi kami anak semua bangsa.(TT)




31 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sajak nazak sebatang pokok

di sela pagar dan kawat duri
berselerak kata-kata dan lukisan pun
dilakar pada dada aspal sejarah.
angin kering beracun bersabda
dari dalam kamar kuasa. resah dan bahang
ammarah membuakkan rasa
angkuh berjejeran dari tubir songkok, topi
dan hanyir peluh.

(syahdan, garis-garis panjang arang
bercontengan dari kubah masjid
dan memadam kuning balairong seri
hingga ke hulu hati kami. anak-anak
mustadhafin hangit terbakar terik matahari
dan tengik lumpur bendang rezeki
mengontang dikikis sang peraih politik.
sambil melihat dan menelan air liurnya
menghilang dahaga, bertanya - ah, apa nasib
rumah pusakadan tanah tak bergeran
di pinggir beting yang semakin rapuh
dimamah gigi kapitalis bangsat?)

di kamar penjaga keadilan
kata dan hujah bertingkah

di bawah tadahan kerdil bayang2 pohon
beranting kurus dan tak berbaja
daun kering berjatuhan satu demi satu
meratapi matinya kewarasan dan demokrasi.

Cob Nobbler berkata...

Cuba kau fikir resistance orang-orang Lubnan menentang penjajahan Syria,berteduh di pohon Cedar di Beirut,dan masa itu cuba kau lihat,ramai anak-anak muda di jalan-jalan Beirut terus menentang Syria yang terus menggunakan Islam sebagai jalan untuk mengatur politik di Lubnan?

Pokok adalah simbol untuk kita berteduh.Seperti pokok demokrasi,di Basque,di Beirut atau di Perak,pokok ini adalah simbol kita mahu berteduh dan berlindung dari kezaliman.

Semoga pokok demokrasi ini tidak ditebang pada esok hari.

Cob Nobbler berkata...

Cuba kau fikir resistance orang-orang Lubnan menentang penjajahan Syria,berteduh di pohon Cedar di Beirut,dan masa itu cuba kau lihat,ramai anak-anak muda di jalan-jalan Beirut terus menentang Syria yang terus menggunakan Islam sebagai jalan untuk mengatur politik di Lubnan?

Pokok adalah simbol untuk kita berteduh.Seperti pokok demokrasi,di Basque,di Beirut atau di Perak,pokok ini adalah simbol kita mahu berteduh dan berlindung dari kezaliman.

Semoga pokok demokrasi ini tidak ditebang pada esok hari.

Tanpa Nama berkata...

Sejarah terlakar bahawa gerakan fasis pimpinan Generilmo Franco ini menggulingkan raja dan memastikan cucu raja yang digulingkan Ferdinand menggantikan beliau sehingga kini.
Pembunuhan kaum Basque sama seperti penyembelihan kaum Kurd di Iraq dan Turki, Mislim di Bosnia dan tidak lupa Aceh di Indonesia.
Anak Aceh juga tidak pernah menganggap diri mereka sebahagian dari Indonesia.
Bayangkan hasil minyak Terengganu dan Kelantan yang dirampas tanpa sebarang imbuhan.
Basque akan terus bergolak.
Maka Perak juga satu catatan sejarah.
KEJOR YEOP KEJOR!!!

Tanpa Nama berkata...

Bro nak tambah satu lagi.... Alor Setar tu dari pokok Setar...

Cuma UMNO je bangang dulu tukaq dari Setar ke Star.....

Patutla depa ni kalut nak ajag dalam BI....

wahi berkata...

You know what will happen next, right? Just the the shoe thrown at GWB, Pokok Demokrasi will be razed down in the name of "Sebuah Lagi Projek BeEnd"...

Tanpa Nama berkata...

"Now, all this can be solved with the dissolution of the state assembly and calling for a fresh mandate through elections.

Now let’s ask the Barisan Nasional folks a question everyone else knows the answer to.

Why so scared of another state elections? Unless the results are a foregone conclusion.

Umty Dumpty raped the people


Umty Dumpty paid at the polls

And all the gerrymandering and postal votes in the land

Cannot make Umty Dumpty accepted again"

Unknown berkata...

kalau tak silap pokok tu nama dia hujan2. (samanea saman) sama jugak rasanya mcm kat tmn tasek 'tepen'

Tanpa Nama berkata...

Bang, bang pagi 3 Mac 2009 hari Selasa bang.

Tanpa Nama berkata...

tulisan kau memang hebat bro isham..pokok itu akan menjadi simbol demokrasi negeri perak dan melaysia..myb suatu hari nanti akan tercatat dlm buku sejarah melaysia.

Tanpa Nama berkata...

jangan dilupa KENINGAU sebuah daerah kecil di pedalaman sabah, tempat saya membesar dan bermain.. di beri nama sempena "pokok keningau" atau dengan nama yang lebih kita kenali "pokok kayu manis"

Tanpa Nama berkata...

nice article saudara hisham,
i like ur style of writing,
article kau ini mengingatkan aku pada article article yang kau yang dihimpunkan dalam buku 'pilihan raya atau pilihan jalan raya' dulu.

isi artikel ini juga cukup baik,indah.teruskan menulis.

Ayiem berkata...

Pokok tuh nama dia pokok SENA bro..........,pokok yang rendang,batangnya berbau agak harum.....

Tanpa Nama berkata...

aduhhh bro....mengalir airmatakuuuu..

PRU13 2010 dah datang dah.

Tanpa Nama berkata...

terbaik la!!

Tanpa Nama berkata...

siaplah engkau pokok!,akan jadi mangsa umno!.rasanya tak pasal2 kena tebanglah pokok tu...tak sempat beranaklah pokok tu.kesian ngkau pokok!

Tanpa Nama berkata...

jujurnya, meleleh air mata aku baca benda ni...

terima kasih

Mirip berkata...

jauh perjalanan luas pandangan

jebatderhaka berkata...

najib makin celaru...
UMNO ilang akal....
mane taknye...depa pi bt persidangan dewan undangan negeri bawah pokok..kah kah kah...
1 dunia tau...
1 dunia nampak...
1 dunia heran....
persidanan nie bukan persidangan cap ayam...persidangan nie di hadiri wakil2 rakyat pakatan...
steady la perak....wa caya sama lu...
rase bangga jadi org perak....
kah kah kah....

master berkata...

Masyarakat Basques adalah masyarakat yang tinggal di Utara Spain dan Barat Daya France.

Lukisan Guernica by Picasso: Guernica

Isu di Perak kalau dari perspektif kaum yang jelek, Sultan Perak nak bela orang Melayu, dah muak dengan DAP yang buat suka hati dia saja walaupun tak sampai setahun memerintah. Mungkin Sultan fikir Nizar boneka DAP.

Kalau tak silap saya, perjanjian Aqabah Nabi dengan orang Ansar pun di bawah pokok.

Ini semua politik. Mungkin politician sanggup dukung anak dekat public, usap kucing, bawah pokok, atas pokok. Walhal semuanya wayang.

Tanpa Nama berkata...

kerajaan PR kena pagarkan pokok tu dengan kaca kalis bom.takut nanti isteri rosmah suruh letupkan guna C4.nak hapuskan bukti...

Tanpa Nama berkata...

jimbo berkata...
jujurnya, meleleh air mata aku baca benda ni...

terima kasih

ya benar... aku pun jua
Teruskan Perjuangan Bro
Kebenaran terserlah jua akhirnya
:(

Tanpa Nama berkata...

menarik...

jauh perjalanan...

Tanpa Nama berkata...

YB Hamidah (Timbalan MB BN Perak) kata YB2 Pakatan, kalau berani letaklah jawatan. Bagi BN wakil penduduk dia orang ... hah hah hah. Sama-sama le letak jawatan, reelection, baru fair.

Tanpa Nama berkata...

PEMBETULAN:

Pengeboman Guernica oleh Nazi adalah pada April 26 1937 ketika Perang Saudara Sepanyol. Bukan ketika Perang Dunia ke-2 seperti yang ditulis.

Tanpa Nama berkata...

aku respect tulisan bro isham.. pasal bersidang bawah pokok ni.. tadi dlm pukul 10 pagi aku lalu dekat area pokok tu.. on the way pegi hospital.. aku teringat kan tentang cite P.Ramlee (Laksamana Do Re Mi) pasal bersidang bawah pokok.. aku terpk yg P.Ramlee advance sbb dia buat cite menjangkaui pemikiran org zaman dia, byk yg boleh dijadikan pengajaran berguna atau lebih tepat lagi teladan untuk dicontohi.. dia macam dpt rasa kan benda ni akan jadik suatu masa nanti.. tup tup.. aku bukak harakahdaily.. cite pasal P.ramlee & bersidang bawah pokok.. ade kat situ.. teruja aku! harap harap najib jadik mcm bapak mertua 3 abdul lak lepas ni.. LELONG LELONG!!

Tanpa Nama berkata...

UMNO & BN benar2 sedang memperpukimakkan diri mereka sendiri...

nan

Tanpa Nama berkata...

Kisah Adam turun ke dunia pun berkait dengan POKOK khuldi.

Tanpa Nama berkata...

Salam abang isham,

mula-mula lu bikin gua sedey,
last cerita timbul semangat pula.
Gua anak yatim piatu........

karat ijau berkata...

Bro isham..
wa ingat pas ni,polis kena buat pngambilan polis baru besar-besaran la...
pasal?????
utk jaga pokok plak...warg..warg...

Tanpa Nama berkata...

TERGEMPAR! Jangan risau pakatan rakyat. Rakyat tetap bersamamu. Undian ntv7 jam 8 pada 4 mac soalannya, sidang tergempar memalukan negara? 93% kata TIDAK. Depa cuba nak brainwash rakyat. Hakikatnya rakyat dah muak dgn game rampasan kuasa ini. Bubar je lah. Sebarkn.