Rabu, 4 Mac 2009
SYOR GELARAN TUN BUAT P RAMLEE
KEMENTERIAN Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan akan mencadangkan supaya Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dikurniakan gelaran Tun.
Timbalan Menterinya, Teng Boon Soon, berkata cadangan itu akan dikemukakan kepada pihak yang berkenaan bagi mengiktiraf jasa P Ramlee kepada negara.
"Kita menyokong penuh supaya gelaran Tun diberikan kepada Seniman Agung Negara," katanya ketika menggulung perbahasan titah diraja bagi kementerian berkenaan di Dewan Rakyat, semalam.
Cadangan itu dibuat Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) yang berpendapat gelaran Tan Sri tidak mencukupi kerana turut dianugerahkan kepada beberapa artis lain walaupun sumbangan mereka tidak sebesar Allahyarham.
Ibrahim juga mencadangkan supaya nama Istana Budaya ditukar kepada Istana Budaya P Ramlee selain menghimpunkan koleksi rakan artis seangkatan seperti Ahmad Nisfu, A Rahim dan Salleh Kamil di bawah satu bumbung bersama koleksi P Ramlee.
Teng berkata, sumbangan P Ramlee dalam bidang kesenian adalah besar kerana tokoh itu mempunyai kepelbagaian bakat sebagai penyanyi, pencipta lagu, pelakon, pemuzik dan pelawak.
kah kah kah…. kah kah kah… GELARAN ? …HANYA GELARAN ???....kah kah kah..
kah kah kah… BARU SEDAR RUPA RUPANYA.. TUN.. TAN.. .. TIN... TOK SERI... MAK SERI... INI CUMA GELARAN…..TAK LAH HEBAT.. kah kah kah…
kah kah kah….DAH RAMAI ORANG DAPAT GELARAN DOL KEROPOK… WAK TEMPE… kah kah kah…. ... RAJA KATAK … MAT JONGANG...…kah kah kah…..
woit… NAMA ISTANA BUDAYA NAK TUKAR ?.... kah kah kah…..
kah kah kah…ISTANA KATAK ?...kah kah kah
woit... NANTI MARAH AFFENDI NAWAWI .. ITU TEMPAT DIA PARK TIARA KERETA SECOND HAND DIA....kah kah kah...
Labels:
kah kah kah kah,
katak dan berudu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
12 ulasan:
P.Ramlee seorang sosok pintar dalam bidang seni lakonan, pengarahan, nyanyian dan penggubahan lagu. Masih belum ada penggantinya sehingga kini. Tidak perlu gelaran Tun tapi jika nak beri penghormatan sejati dan bermaruah lagu-lagunya harus dikumandangkan(lakonan/arahan filem lazim diualng tayang di tv) di semua stesen radio dan beri pengenalan yang terhormat kepadanya setiap nak memperkenalkannya. Penerima Tun lainnya adalah dari segi berjasa kepada sesuatu jawatan atau sumbangan tapi tak semestinya hebat. Banyak pemegang Tun pada jawatan Ketua Hakim pun misalnya banyak yang sebaliknya memalukan negara.PM mengantuk atau PM kuku besi pun atau terlibat dalam skandal besar pun boleh dapat Tun. Tan Tin Tun!
PPSMI - A Flawed and dishonest Policy
Hishamuddin Ingkar Arahan Pak Lah
Tiga hari lalu saya berbual lama dalam telefon (26 minit) dengan seorang senator, yang saya kenal sejak di universiti. Beliau menelefon saya sebab beliau meminta saya menyenaraikan soalan-soalan yang beliau dapat kemukakan di Dewan Negara bagi pihak para pejuang bahasa Melayu.
Dalam perbualan itu beliau memberitahu saya bahawa baru-baru ini beliau menghadiri majlis di kediaman Pak Lah. Disebabkan beliau dan Pak Lah adalah kenalan lama, lalu beliau mengambil kesempatan bercakap dari hati ke hati, dan mencadangkan kepada Pak Lah supaya PPSMI dimansuhkan, memandangkan isu PPSMI telah menyebabkan banyak kesan negatif kepada UMNO.
Menurut apa yang dikatakan oleh YB Senator itu, Pak Lah sudah menulis surat mengarahkan Hishamuddin Hussein Onn supaya memansuhkan PPSMI, tetapi arahan Perdana Menteri itu sampai hari ini belum dijalankan oleh menteri pelajaran itu.
Ihsan dari http://1426.blogspot.com/
Nota: Harap Tukar Tiub dapat siarkan artikel penting ini.
Apalah menteri kita ini.... buat masa sekarang ni ekonomi kita tengah runcing dan tenat, apahal lagi bawa usul gelaran Tun di bincangkan di Parlimen.
bincanglah bagaimana nak menarik pelancong luar negeri datang melawat Malaysia...
memang semua menteri Malaysia kita ni otak kura kura... semuanya slow respond pada problem rakyat yang sedang menghadapi.
Tengoklah,mana ada satu menteri kita yang boleh dibawa ke pentas dunia...semua statement mereka buat ni semua tak boleh pakai, semua statement bodoh. Contohnya Pak lah dengan cerita kambing dan garden dia... najib dengan ekonomi tak ada problem...mamak nor dengan ekonomi negara tak recession !!
Bro.. hisham , macam mana nak selamatkan Malaysia dari bencana UMNO/BN ni ???? tolonglah selamatkan Malaysia !!!!
Dakis
Apa ada pada gelaran..P.Ramlee akan tetap dikenang sebagai "maestro" didalam bidang seni. Tiada bandingan dulu, kini dan selamanya.
Tak ada modal ke YB ni semua bila berbahas dalam Parlimen ni..cubalah bahas bagaimana nak tingkatkan ekonomi, membela nasib rakyat ke..melawan "global recession" ke
Penat lah dengan dia orang ni..
Tun tun tun
istana katak? hmm best!
parking tiara?
ohh tiarapp..
kekeke..kome pun nak gelaran jugak...kasi bukak tender leerr
Alif Min Nun Wau
Alif tendang Nun
Sarkas la...
Saya tidak pertikaikan penganugerahan yang hendak diberikan kepada sesiapapun. Itu adalah hak masing-masing.
Akan tetapi jika anugerah itu datangnya dari kerajaan UMNO/BN yang kononya mempertahankan kedaulatan Raja/Sultan dan pantang menderhaka saya rasa agak pelik.
Dengan memberi anugerah gelaran TUN kepada allahyarham P. Ramlee iaitu manusia yang pernah dilarang memijak kakinya diatas tanah NEGERI PERAK D.R satu masa dahulu, tidakkah ini akan membawa kepada penderhakaan kepada Kebawah Duli Paduka Sultan kerana orang itu telah melarikan ibu tirinya.
Mungkin UMNO/BN dan KATAK sudah lupa, saya sekadar mengingatkan sahaja.
isham lepas ni main 'bilik sulit' kat istana budaya p.ramlee la. jgn lupa jemput raja katak sebagai vip...
p/s bila bilik sulit nak main balik ni gua dah bosan beb
Salam bro isham,
Istana budaya elok ditukar nama kepada 'Istana Kroni Artis Malaysia'
Siot punya tiara,
nawawi dan tiara bila nak mampus ?
Tak habis-habis ngan PGL !!!!
Puteri Gunung Ganang bile pulak?
Tapi Tiara ni berjaya bawak puak2 Melayu (yg bodoh) yg terlalu idolakan pahlawan Melayu Hang Tuah tu ... pada hal Hang Tuah tu cuma hanya mitos ... tak ke bodoh puak2 Melayu dok sangka yg Hang Tuah tu betul2 pernah wujud di bumi Melaka dulu ... pada hal dia ajar kita orang Melayu supaya berfikir dgn mendalam & betul2 guna kepala hotak .... yg Hang Tuah tu hanyalah watak khayalan semata2 - hanya dongengan - mitos (yg hanya jadi bahan cerita penglipur lara aje).
Hangpa pikiaq ambik la ... Hang Tuah dari zaman Sultan Mansor Shah .... hingga ke zaman Sultan Mahmud Shah ... tiba2 ada pula scandal dgn Puteri Gunung Ledang ... ape ke jadah punye cerite ni? macam2 karut marut la ... itu pun hangpa semua tak dapat tangkap lagi? tak boleh paham2 lagi ... yg Hang Tuah tu hanya cerita mengarut aje ....
ALAHAI! SEDIHNYA PERIHAL MELAYU!... MELAYU MEMANG SELALU DOK TERKENA TIPU MEMANJANG ...DOK KENA BOHONG ... DOK KENA CHONG(AUTA) TAK HABIH2 .... DOK KENA DIPERBODOHKAN DARI DULU SAMPAI LA ... LA .... NI ....
Celah2 tu si Ali Rustam (ketua menteri Melaka pulak tu ... anak negeri Melaka yg bersejarah lagi) pun boleh mengarut buat cerita yg Hang Tuah tu ada terlibat dalam masa Portugis menyerang Melaka (ini ketika dia buat ucapan dlm perhimpunan Umno beberapa tahun yg lalu .... namun aku masih ingat perihal kebodohan dia ... pasai dia tu anak Melaka ... pun bahalol ... bengap ... bangang mengenai hal sejarah Melaka ...pun tak tau..... mana ada watak Hang Tuah terlibat dlm sejarah Portugis menyerang Melaka? (Melaka jatuh ketangan Portugis pada 1511 dulu). Apa punya bengap bodoh bahalol anak negeri Melaka ni? Ketua menteri lagi ... pun tak tau sejarah negeri sendiri?
Portugis menyerang Melaka memang berlaku dlm sejarah ... akan tetapi watak Hang Tuah tu mana ada? WATAK MITOS jangan campoq aduk dgn sejarah..... BAHALOL!!!
Tengok dlm Hikayat Hang Tuah ... Hang Jebat yg menderhaka .... TAPI dlm Sejarah Melayu (sejarah Melayu tu bukannya sejarah sebenor2nya ... malah dongeng belako ... cerita reka2 untuk bagi Melayu2 yg sedia bodoh bertambah2 lagi bodoh & melebehi tahap bangang). Ya! dlm Sejarah Melayu ... Hang Kasturi pulak yg menderhaka .... APA KE JADAH NYE NI ... cerita pahlawan Melayu TAIK MINYAK ... TU PUN RAMAI PUAK2 MELAYU CUKUP PUNYA SANJUNG .... sampai ada puak2 Melayu sampai memberi nama anak2 depa (yg baru lahir)... Hang Tuah laa ... Hang Jebat laa ... MENAMAKAN ANAK2 DEPA MENGAMBIL SEMPENA NAMA2 PAHLAWAN MELAYU YG TERBILANG NAK DIKATAKAN .....itulah betapa punya TAKSUBnya orang2 melayu kita yg punya lah memuja2 pahlawan yg tak pernah wujud di dunia .... TIDAK MELAYU HILANG DI DUNIA? .... sepatutnya TIDAK ADA MELAYU YG BERNAMA HANG TUAH DI DUNIA ....yang sebenor2nya .... TAK GITU?
P.Ramlee kt 'sinun'harapkn Al-Fatihah & Doa je.
kalu nk bagi gak,jgn lupa bagi kt Hang Jebat sama.....
TUN HANG JEBAT....warg..warg...
Catat Ulasan