Jumaat, 13 Ogos 2010

SATU LAGI PROJEK TIPU MELAYU




BANGUN LAWAN ! ASAH PARANG ASAH TOMBAK BANGUN MELAWAN !




PROJEK BAKUN:

SUBSIDI KORPORAT DITERUSKAN, SUBSIDI RAKYAT DIAMBIL

Saya memandang dengan serius laporan-laporan mutakhir yang menunjukkan kelewatan projek Empangan Bakun kerana begitu banyak wang rakyat telah disalurkan ke projek ini sejak sedekad yang lalu.

Berdasarkan laporan, jumlah kos keseluruhan dijangkakan akan meningkat akibat beberapa kelewatan projek. Kos setakat ini sudah pun mencecah RM7.3 billion dan sebahagian besarnya dibiayai oleh wang rakyat melalui pinjaman berjumlah RM5.75 billion yang diberikan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP). Kedua-dua pinjaman ini juga dijamin oleh Kerajaan Persekutuan.

Sikap tidak peduli Perdana Menteri yang membiarkan wang rakyat terus digunakan di dalam projek Empangan Bakun adalah sangat bertentangan dengan pendapat beliau mengenai subsidi minyak dan gula. Beliau seolah-olah tidak kisah dengan kemungkinan wang rakyat terus dibazirkan untuk projek ini, tetapi bersungguh-sungguh mahu menarik balik subsidi minyak dan gula – sedangkan sasaran penjimatan perbelanjaan kerajaan adalah terlalu kecil berbanding dengan wang rakyat yang digunakan untuk membiayai projek Empangan Bakun setakat ini.

Sasaran penjimatan RM750 juta dari potongan subsidi hanyalah 10% dari jumlah kos keseluruhan projek Empangan Bakun. Projek ini juga telah menyebabkan anggaran kerugian sejumlah RM450 juta yang dialami oleh Sime Darby bagi tahun kewangan 2010, di samping pampasan RM900 juta yang dibuat oleh kerajaan sebelum ini. Jumlah keseluruhan kerugian dan pampasan kepada Sime Darby sahaja boleh membiayai pelbagai program kebajikan rakyat yang sepatutnya dijalankan apabila subsidi ditarik balik, untuk meringankan bebanan rakyat.

Minggu ini, kita dikejutkan dengan berita projek ini akan mengalami kenaikan kos mendadak disebabkan oleh kelewatan (bukan perkara baru sejak projek dilaksanakan). Laporan-laporan juga memetik sumber dalaman yang menyebut perbezaan pendapat di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak mengenai harga apabila projek ini diserahkan kepada kerajaan negeri. Perbezaan ini memungkinkan Kerajaan Persekutuan terpaksa menanggung kerugian yang dianggarkan berjumlah RM2 billion apabila projek diserahkan kelak.

Siapa yang akan membayar kerugian yang dianggarkan berjumlah RM2 billion ini? Adakah Perdana Menteri akan secara senyap-senyap mengarahkan KWSP dan KWAP melupuskan sebahagian dari RM5.75 billion hutang yang diberikan kepada projek Empangan Bakun, untuk menutup kerugian itu?

Empangan Bakun adalah lambang layanan Barisan Nasional yang berbeza-beza kepada rakyat dan syarikat besar dalam menentukan subsidi. Di mata Barisan Nasional, 20 sen subsidi bagi setiap kilogram gula yang dinikmati rakyat adalah beban yang cukup besar kepada pentadbirannya, tetapi pada masa yang sama ia menghadiahkan subsidi korporat berbillion ringgit kepada syarikat besar tanpa rasa bersalah sedikit pun.

Saya menyeru Perdana Menteri mengambil pertanggungjawaban dan berterus-terang dengan rakyat mengenai masalah kewangan projek Empangan Bakun dan kesannya kepada wang rakyat. Menteri yang dipertanggungjawabkan menyelia projek juga perlu berterus-terang dan menerangkan kepada rakyat kenapa anggaran kerugian RM2 billion itu perlu ditanggung oleh rakyat.

Rakyat berhak tahu terutamanya apabila rakyat diminta mengurangkan beban kewangan kerajaan, maka subsidi korporat juga perlu dihentikan.


YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

KETUA PEMBANGKANG

13 OGOS 2010

7 ulasan:

golok perak berkata...

salam bro TT dan salam untuk semua., teman heran dan pelik .... siapa sebenarnya rakyat yang 'didahulu'kan tu ... kite yang kais pagi makan petang atau keparat.. oopps korporat tu rakyat sebenarnya .... apa le nasib jadi rakyat mesia ni ....

Tanpa Nama berkata...

Tajun belading ngah aaaaiiii!!!! Salai nuan palak! Taik Mahmood kuat isap loloi!

LAWAN TETAP LAWAN berkata...

Salam kpd semua pembaca,Biasalah projek rugi berbilion2 bn mesti buar RUGI senang lah dia nak rompak duit RAKYAT kalau rugi macam mana nak rompak, jadi bersiap sedia lah anak2 muda, makcik2, pakcik2 dan seluruh rakyat jelata yg di dahlukan oleh kerajan bn kita tombang kan bn di PRU ke13...............

Tanpa Nama berkata...

aku kesian sejak akhir2 ni, hati pukimak aku mudah tersentuh... tiap2 petang aku cukup sensitif memerhatikan kehidupan rakyat malaysia sekitaran aku...

1. hari pertama puasa: ada seorang pakcik, dengan kaki kiri bengkak bersama gerek buruk yang cukup dhaif berkarat (beskal), berkain pelikat dan berbaju koyak, menakik2 pokok petai belalang... dengan serba kepayahan baginda berbuat demikian... semiotik aku ini mungkin makanan untuk dia berbuka puasa.

2. hari kedua berpuasa: di sebatang jalan ke tempat kerja aku, jalan ini cukup sunyi dengan laluan kereta. bak kata, babi pun takut nak lalu sebab sunyi sangat dengan laluan kenderaan. terpacul dua biji gerai bulan ramadhan. kelihatan anak2 tuan gerai menjaga gerai berkenaan, tiada pelanggan pernah aku melihatnya... apa punya rezki yang mereka tunggu ni? rezki dari syurga pukimak loka kah? bukan aku tak teringin membantu membelinya, kalau aku beli, aku memang anti pasar malam / pasar ramadhan. aku buka puasa setiap hari dengan air limau saja. aku bukannya alim pukimak mana pun, aku takder duit nak bermewah2. ada 5 mulut tunggu di rumah lagi.

3. hari ketiga berpuasa: seorang makcik bersama suaminya, bersama proton saga versi awal 80an yang pintunya sudah berkarat ditemui sedang menakik2 pokok petai belalang. semiotik pukimak aku: sama dengan kes 1 tadi. ini bukan pertama kali aku terserempak dengan mereka, sudah 8 tahun mereka dengan keadaan demikian.

4. 3 hari sebelum puasa: di pekan koboi tempat kerja aku, 2 nyonya, seorang siam seorang cina. time ni aku sedang melantak char koay teow, gelisah menunggu teksi tak kunjung tiba. jam sudah menunjukkan 7.00pm. brader gerai bitau, payah nak dapat teksi atau bas time ni, dia nasihatkan balik ke rumah saudara yang dilawati tadi. alasan munasabah sbb kota yang mereka tinggal adalah cukup jauh. nyonya cina membebel2, nyonya siam tu memang nampak buat bodo sajalah. dia nak berdoa pun, dia takdak tuhan. kemudian kedua2 manyau merayau2 sementara aku mentekendarah char koay teow pukimak tadi. kulihat mereka betul2 macam orang gila menunggu teksi untuk pulang. dipendekkan cerita, selesai aku mentekendarah, aku pun nak balik sambil pelawa kedua2nya naik buraq aku... bukan niat aku nak ke kota pun mahupun berbuat kebajikan sebesar zarah, tapi aku tak tahan tengok nyonya tadi macam orang nazak nak mampos menunggu teksi. bas? memang haramjadah sungguh la nak lalu time ni. malas aku nak bercerita sepanjang sejam aku berceloteh dengan mereka, yang paling pukimak lawaknya ialah nyonya cina yang cukup menggelabah nak balik rumah tu, offer aku kawin dengan anak dia lagik .... rasa menyesal aku tolong antar pun ada.. malu sendiri ... malas aku nak perasan lebey2... cukup aku bitau dia, aku dah 4 anak meh! gaji aku nak mentekendarah pun tak cukup, inikan pulak nak kawin lagi satu... sudah la, jangan bersurahkan aku tentang hadis2 nabi... dia nabi, aku cuma layak nuraka saja...

dari aku:
/pukimak.

Tanpa Nama berkata...

MANGSA LESAPAN WANG KSWP BERKATA:

aku bersara wajib umurku 55 tahun...amat sedih kerana wang simpanan akaun 1, KWSP diambil semua oleh kerajaan semasa rejim MADEY.Aku benar-benar pilu,sedih,kecewa yang mewakili ribuan/jutaan yang senasib denganku. WAHAI TUKAR TIUB@HISHAMUDDIN RAIS, PEJUANG@ DLM PR FOKUSKAN ISU INI kembalikan wang rakyat jika MAHU RAIH UNDI DALAM PRU 13 nanti!!!! Ayuh..lni isu tanpa batas agama,kaum dan negeri.

Tanpa Nama berkata...

haramjadah kapitalis...

Tanpa Nama berkata...

KETUA PEMBANGKANG TIDAK JADI AHLI PARTI .... MACAM NI PUN ADA ?