Isnin, 23 Ogos 2010

SEBUAH KESAH DI BULAN PUASA




KIBARKAN BENDERA INI - BENDERA PERJUANGAN RAKYAT TANAH AIR KITA





BAGINI KESAHNYA


Kesah ini bermula apabila aku menerima sepucuk taligeram. Aku tidak tahu siapa yang memukul tali geram ini. Tidak ada nama penghantar dan tidak ada alamat di taligeram ini. Tidak ada angka talipon untuk aku membalas kembali. Aku tidak tahu siapa yang menghantar taligeram ini. Kenapa tali ini geram kepada aku - tidak pula aku tahu.

Isi kandongan taligeram ini ialah : PERGI KE TELOK KEMANG STOP PADA MALAM 14 BULAN MENGAMBANG STOP PANDANG KE LAUT STOP DATNG SEORANG DIRI STOP.

Ini cukup pelik. Aku risau sebenarnya. Ini mungkin taligeram tersalah alamat. Ini mungkin taligeram untuk penyuludup pendatang haram dari Sumatera. Atau penyuludup ganja dari Acheh. Aku belek-belek taligeram ini. Jelas nama dan alamat aku. Tidak ada yang salah. Malah macam mana alamat aku ini diketahui pun aku tidak faham. Ini kerana amat jarang aku memberikan alamat aku kepada sesiapa pun.

Fikir punya fikir aku pun pergi lah ke Telok Kemang. Aku datang sehari sebelum bulan penuh mengambang. Ini kerana aku nak mensesuaikan diri aku dengan suasana laut. Maklumalah aku orang kota. Untuk aku laut ini tempat taik dan kecing orang kota terkumpul terutama di Selat Melaka.

Aku amat amat berharap di malam bulan mengambang yang dijanjikan ini hujan tidak akan turun kerana jika hujan atau mendung maka tidak akan kelihatan cahaya bulan. Aku tidak akan dapat melihat apa-apa ketika aku memandang ke laut. Memikirkan pekara ini aku jadi gelabah.

Untuk memastikan yang hujan dan mendung tidak datang aku telah pergi membayar nazar di Tanjung Tuan. Saekor ayam jantan hitam telah aku lepaskan ke dalam hutan belukar Tanjung Tuan yang dikatakan penuh dengan orang bunyian. Tapi orang bunyian di hutan Tanjung Tuan ini tidak sama dengan orang bunyian di Hard Rock CafĂ© atu orang bunyian Pancha Sitara. Jangan silap faham – mereka amat jauh bezanya

Tidak cukup dengan merasuah orang bunyian ini aku telah menaburkan tujuh jenis bunga ke kawasan Bukit Telok Kemang. Kawasan ini satu masa dahulu adalah tempat melihat anak bulan. Mengikut surah orang Negeri Sembilan kawasan ini ‘keras’ kerana sejak zaman berzaman, setelah Islam masuk ke Tanah Melayu kawasan inilah yang menjadi tumpuan untuk menentukan bila hari puasa bermula dan bila kita berhari raya.

Cilaka – bila internet sampai – kita tidak perlu lagi melihat anak bulan. Kawasan ini menjadi belukar. Malah tarikh puasa, raya dan Hari Raya Haji semuanya telah di ketahui sepuluh tahun lebih awal.

Keesokan harinya : Jam tujuh petang lagi aku telah berada di tepi laut. Aku duduk seorang diri disebuah bangku. Mata aku memandang ke laut dan ke langit. Memandang ke langit untuk melihat bulan mengambang. Memandnag ke laut untuk melihat apa yang akan mucul. Sekali sekali terfikir juga oleh kepala aku bagaimana kalau kalau naga kepala tujuh akan muncul dari tengah laut. Seram juga bulu kaki.

Jam lapan malam gelap pun sampai. Bila gelap sampai maka bulan pun tanpa segan dan malu keluar menyinar. Mata aku terus memandang ke atas laut. Aku tidak tahu apa yang akan aku lihat. Dari jam sembilan hingga jam sepuluh aku kesaorangan di tepi pantai Telok Kemang. Anjing sesat dan kucing lapar pun telah lama meninggalkan pantai. Semua sepi kecuali ombak memukul pantai. Nasib baik udara agak panas kalau tidak aku mengigil kesejukan.

Semakin lewat malam semakin terang air laut kelihatan. Tetiba tepat jam dua belas aku nampak ada satu cahaya bersinar dan berkelip-kelip datang dari laut. Aku ingatkan ini cahaya alat pemancar kapal selam yang baru di beli. Kemudian aku teringat kapal selam Malaysia ini belum boleh menyelam. Jadi ini pasti bukan kapal selam Altantuya.

Cahaya yang berkelip dan kelihatan tenggelam timbul ini makin lama makin merapati pantai. Aku terfikir apakah ini ‘bendanya’ yang wajib aku tunggu. Aku memberanikan hati lalu pergi ke gigi pantai. Di gigi pantai aku menunggu dengan debaran. Cahaya berkelip kelip tenggelam timbul ini akhir sampai ke tepi pantai.

Nah ! Rupa rupanya sebijil botol yang terapung-apung. Aku tersenyum lalu mengambil botol ini. Bila aku amati di dalam botol ini ada sepucuk surat. Wow ! Baru aku sedar rupa rupanya ini botol bersurat. Dengan tidak sabar-sabar aku membuka botol itu dan mengambil surat didalamnya.

Kepada Para pembaca yang budiman:

Aku minta maaf mungkin para pembaca tidak percaya apa yang telah aku tulis ini. Malah aku sendiri pun merasa kekok untuk menulis kesah ini kerana pasti ramai pembaca kurang yakin tentang apa yang telah aku tulis. Lebih memeranjatkan lagi ialah isi kandungan surat dalam botol ini dan siapa penulisnya.

Walau apa pun biar aku berterus terang kerana surat dalam botol ini telah meminta aku menerangkan seterang mungkin kepada seluruh rakyat Malaysia walau pun mungkin ianya berbau macam tidak masuk akal.

Wahai pembaca yang budiman jangan terperanjat dan jangan menjadi sinis - surat dalam botol ini ialah surat saheh dari Teoh Beng Hock.

Kenapa aku dipilih untuk melakukan semua ini tidak pula aku ketahui. Dari surat ini , Teoh Beng Hock ini telah meminta aku membuat beberapa pekara. Hari ini aku hanya menjalankan tugas. Salah satu dari tugas aku ialah membukakan cerita ini kepada umum pada hari baik bulan baik ini – ya ini bulan Ramadan. Ini permintaan Teoh sendiri.

Sebenarnya surat dalam botol ini telah aku temui satu minggu setelah Teoh meninggal dunia. Tetapi surat ini meminta aku menyimpan isi kandungan surat ini dari di ketahui umum sehingga muncul dan ditemui satu ‘surat’ yang mengatakan bahawa Teoh telah membunuh diri.

Dalam suratnya Teoh telah menulis dan menerangkan bahawa dia tidak membunuh diri. Apabila aku teliti isi surat Teoh ini maka aku sedar bahawa sebenarnya Teoh telah mengetahui awal lagi bahawa dia akan dibunuh kerana itu Teoh telah membalingkan botol berisi surat ini ke dalam laut lebih awal. Teoh juga tahu bahawa akan ada pihak yang akan membuat surat surat palsu dan memfitnah dirinya.

Menurut Teoh surat palsu ini ditulis oleh seorang penulis China Hailam yang pakar dalam hal pemalsuan dokumen. China Hailam ini ada membuka kedai menjual mee hailam di Jalan Raja Laut sebagai perniagaan halal. China Hailam ini memang bijak - malah dia pernah membuat satu surat cinta John Lennon kepada Yoko Ono yang telah dilelong di Christie London. Dari sumber yang tidak resmi surat palsu Lennon ini telah di beli oleh Rais Yatim untuk dijadikan bahan muzium.

Dalam surat ini Teoh juga telah memberi ingatan bahawa China Hailam ini telah membuat sekeping surat wasiat bersama geran tanah atas nama Yap Ah Loy yang menunjukkan bahawa tanah TUDM di Sungai Besi itu sebenarnya adalah milik Taik Jho Low.

Menurut surat Teoh ini wasiat dan geran palsu ini dibuat jika sekiranya kes tanah TUDM ini ditimbulkan oleh Pakatan Rakyat didalam parlimen. Menurut surat Teoh ini lagi – China Hailam ini juga telah membuat sekeping surat palsu yang telah di tanda tangani oleh Nabi Sulaiman dimana tanah tapak Penjara Pusu itu adalah milik Vincent Tan.

Didalam surat nya Teoh Beng Hock juga telah menceritakan bahawa sebab utama dia dibunuh ialah kerana: pada satu malam ketika dia menjalankan tugas sebagai pembantu Yang Berhormat dia telah diminta pergi membeli mee hailam. Waktu telah lewat malam tetapi sebagai pembantu yang baik Teoh telah pergi mengetuk pintu kedai mee hailam ini di Jalan Raja Laut.

Tanpa disedari oleh Teoh cara dia mengetuk pintu itu adalah tanda untuk membenarkan geng China Hailam ini masuk. Apabila Teoh masuk dia telah dibawa ke bilik rashia dimana China Hailam ini sedang membuat dan mencetak kad pengenalan palsu untuk kerajaan Sabah. Teoh terserempak dengan kerja jahat ini. Kerana ini dia wajib dibunuh.

Pembaca yang budiman :

Aku berharap para pembaca sekelian akan percaya dengan surah aku ini. Sekali lagi aku katakan : Aku hanya menjalankan tugas. Aku meminta maaf jika cerita aku ini tidak masuk akal. Memang pada hari ini memang banyak cerita ceriti yang tidak masuk akal. Ada cerita Lim Guan Eng jadi Agung. Ada cerita kapal terbang boleh terbang tanpa injin. Ada cerita Bank Negara boleh buat duit dari daun getah – macam macam lagi.

Pembaca semua pasti pernah membaca bagaimana Teoh di katakan telah mencekek dirinya sendiri. Para pembaca yang budiman pasti telah tahu tentang ‘ surat pengakuan Teoh membunuh diri ‘ yang baru ditemui. Semuanya tidak masuk akal tetapi inilah hakikatnya pada hari ini.

Aku minta maaf terpaksa berhenti disini. Aku hendak menghidup api di tunku untuk menanak beras untuk bersahur. Jika aku ada masa nanti aku akan membukakan lagi apa isi kandungan surat dalam botol dari Teoh Beng Hock. Ini janji aku. Aku rasa buat masa ini cukup setakat ini sahaja.

Di hari baik bulan baik ini aku menghulurkan tangan – kalau sesiapa yang memiliki duit berlebihan silalah bersedekah. Tak perlu hantar taligeram kepada aku. Hantar duit sedekah itu melalui pos.(TT)

36 ulasan:

kamarul arifin berkata...

Panjang betul surat Teoh tu ye. Siap ada sambungan lagi.

Tanpa Nama berkata...

mati2 ingatkn cite betul..cite bollywood pun x camni..huhuhu TT is the best!!

zaxx berkata...

celakak lu.. penat wa baca sampai abis...kahkahkah..

matstimketum berkata...

cerita ni membuat saya stim dibulan puasa ini!

Tanpa Nama berkata...

woit.. ini citer eksyen rajnikand ni... memang best...

tapi takder yang benar melainkan yang benar sebenarnya ialah berita dari TV1, TV2, TV3, NTV7, TV8 dan TV9. TV Bernama pun betul jugak2...

Tanpa Nama berkata...

hebat.... x sabar mnunggu crita slnjutnyaaaaaaaaaaa....

slmat brposa Bro TT.

fik017

sydeen aka saidin berkata...

kah..kah..kah. kalau kat selat melaka bulan mengambang alamak nak kiamat dah ni bro...

hancing btol la

Ez Puella Sapiens berkata...

Fact:orang takkan dapat bunuh diri dengan mencekik diri sendiri.Because when you passed out,you cannot hold the grip.Then you're starting to breath again.

You kena ada tali/kain/anything that grip your neck,but not by your own hand.

it's a science fact!

Nampak sangat Malaysian punya officer tak belajar science!

Itu la,suruh belajar sains tak nak belajar!

Orang bodoh je boleh percaya boleh bunuh diri by cekik diri sendiri.

And,kalau dia cekik diri sendiri,macam mana boleh jatuh from building?Who pushed him?And kalau dia terjun,why he need to choke himself?Dah terjun confirm mati kalau nak bunuh diri sangat.

This case is easy.He's been murdered.

Tanpa Nama berkata...

ha ha ha... tajam bro lu punya sindiran

Tanpa Nama berkata...

Wow...........best punya citer

Pengkritik Cover Malaya berkata...

lu memang celaka isham! bijak! bijak!

sapa tak pecaya cerita ni tapi boleh pecaya cerita Lim Guan Eng jadi Agung, cerita kapal terbang boleh terbang tanpa injin ngan cerita Bank Negara boleh buat duit dari daun getah - dia memang bangang!

Tanpa Nama berkata...

cerita yg bagus...
like dis 1,,,

Bigfish berkata...

bestnyer cite2 nih, makin lama makin lawak. mr bean pun kalah. 1malaysia boleh!

tahkul berkata...

gerenti masuk astro oasis sebab ini cerita benar dan boleh betulkan akidah.

Tanpa Nama berkata...

celaka umno....

rattlehead berkata...

perhh....pjg betul hikayatnya..sepanjang bulu ketiak bik mama huhuhuhu

Tanpa Nama berkata...

BETA SUKA...

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah kah kah kah...

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah...aku ingat cite pe tadi..buat org suspen je

Tanpa Nama berkata...

citer ko ni kalo difilemkan gerenti meletop-letop,aksi pecah panggung ni.. lu mmg the best lah bro.

Tanpa Nama berkata...

kalau ye pun.. solat maghrib la dulu...

mosabit berkata...

aku percaya cerita bro ni...
macam aku percaya anwar ibrahim kena liwat oleh eeeezam senatak..
macam aku percaya bik mama masih anak dara.....
macam aku percaya isteri bikmama tak pernah mis solat terawih ....
macam aku percaya bikmama bertadarus sepanjang bulan ramadhan..

sesiapa tak percaya itu tanda pendek umur....

kah kah kah kah kah kah ....

UMNO GILA berkata...

Bagus-bagus cerita ni...

SUATU FANTASI YANG MENJADI REALITI DI MALAYSIA BOLEH...KAH KAH KAH KAH..

MATI CEKIK DIRI SENDIRI...
KAPAL TERBANG TERBANG TANPA ENJIN..

BANK NEGARA BUAT DUIT DARI DAUN GETAH..KAH KAH KAH...LU MEMANG LAWAK.

Tanpa Nama berkata...

beli la periuk nasi karan sebijik. Basuh2 beras tekan suis.Dia masak sendiri..tak payah kontrol api..
Ini, bila nak masak nasi...kena berenti menulis...bila berenti menulis kena masak nasi..bila masak berenti, nasi menulis..ehh..

Tanpa Nama berkata...

cerita ... cerita ....cerita jangan berhenti, cerita .... cerita ....cepat cerita, kalau tak mahu cerita ............aku cerita ...

Tanpa Nama berkata...

Anugerah sastera tah ketahuan patutlah diberi...ha3 lawak serius.Bro ko memang 1st class ler.Kami nk tengok ceritera part II pulak.

ayamtido berkata...

hahahahaha! terhibur aku sepanjang ramadhan baca surat ni..

Tanpa Nama berkata...

salam tuan tt.
amboi..suspen betoi..ingatkan nak sambong kesah sungai golok,tapi yg keluaq TBH, woit...tuan TT aku tengok kat tv astro depa dah mula dok ain ceghita DARURAT pulak satu macam ....tengok. Hai ada apax ka? ghisau jugak...me no speak inglis.
chau....tuan tt.

Tanpa Nama berkata...

brader..lu sendri mau ingat loh..lu ada utang kami 3-4 cerita masa kempen hulu langat dulu...

gua tuntut dekat akhirat nanti...kalo lu tak criter, masuk nuraka...hahahahaha..ada beranik?

Tanpa Nama berkata...

oi mintak alamat lu. nak kirimkan sedekah untuk lu.

Tanpa Nama berkata...

Woit, TT! Itu bendera nanti Mat Indon sama Mat Singapork kata ciplak plak....kah kah kah...ide ciplak bagus 1 Malaysia....keeeeh puih!

Tanpa Nama berkata...

woit TT.. itu bukan bendera sang saka lanchow... bendera ini telah menjadi bendera resmi UMNONOK la...

aku lebih suka bendera tengkorak lanun tu... bior rajagopal rasa bangga bangang bila rakyat mengibarkannya... kemudian rakyat humban rajagopal keluar istana... kita halaumacam nepal...

Kucing Parsi berkata...

bangang la ko isham... dia letak berapa helai kertas dalam botol tu!

phoolan berkata...

unkle hisyam
setiap tindakan aka perbuatan memerlukan kertas kerja & pemahaman yang telus dalam semua aspek.. sean penn yang berlakon sebagai peguam di dalam wayang gambar Carlito's Way telah membuat perubahan drastik dalam penampilan dengan mencukur rambut di bahagian dahi & rambut di kerinting halus setelah melihat pelajar pelajar jurusan peguam di dalam koran TIME dalam tahun 70an berdemotrasi di jalan raya..hasilnya penampilan seorang peguam kurang bermoral yang mewakili golongan mafia pada masa tersebut.. di Malaysia kebanyakan skrip dan lakonan cuma akan digubal semula setelah sesuatu kejadian sudah berlaku & boleh berubah mengikut peredaran isu semasa..

p/s:justice for Teoh Beng Hock.

Tanpa Nama berkata...

tak jumpa pun restoran hailam kat jln raja laut tu..nak try gak mee hailam die..sedap ke x..hahahah

Tanpa Nama berkata...

jat berkata: kurang pahala puasa aku kerana menyumpah seranah..hahaha.