Selasa, 10 Ogos 2010

SENYUM PETANG LEPAS MAKAN





MALAYSIA UNG UNIK LAGI CHUNIK




nota:
malayasia boleeeeh kah kah kah

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ini berita terbaru UUM akan masuk rekod dengan membuat logo 1Malaysia yang terbesar daripada duit syiling 10 sen...kah...kah..kah...ingat nordin btn dah ditendang...masuk la yg tak btn..tapi lagi BTN (bangang,tongong, nanar) samalah dengan BN..kah..kah..kah

Tanpa Nama berkata...

Malaysia memang boleh !

"The Attorney-General Chambers was informed of the discovery of the note by the Investigating Officer, ASP Ahmad Nazri bin Zainal on 7.10.09 some two over months after Teoh Beng Hock’s death. According to the Investigation Officer it was not found when he first searched the deceased’s sling bag after the incident."

Dapat bukti baru untuk TBH's inquest; iaitu surat "Suicide"

Kah...kah...kah...mau tipu pun tak tahu !
Kah...kah....kah...mau tipu pun macam budak bawah umur 3 !
Kah..kah...Kah.....mau tipu pun tak ini bulan apa !
Poordah !

Tanpa Nama berkata...

Kah...kah...kah....
Saya pun dapat sepucuk surat "suicide" dari poket Mamak Kutty

“In the political field the Malays appear to be in control. Most of the high posts i.e. PM, MB etc are held by the Malays. If these posts are held by the Chinese, then not only will the economy be under Chinese control but the political arena would also be under the Chinese."

kah...kah...kah...
Booo...bot...bot...kentut lagi
Solli....beb..."Ginseng" dapat belum ? Jangan salah dapat "Ginseng" yang untuk perhimpunan 1000 orang aje !
Kah....kah......kah..

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,

Saya ada satu cerita yang saya ingin kongsikan di sini. Saya berharap agar House PK sudi menyiarkannya supaya menjadi pengajaran kepada syarikat2 gergasi jangan ingat boleh ‘lepas’ macam tu saja lepas dah kaut untung. Almaklumlah, suara rakyat marhaen ni bukan nak didengar sangat lepas da dapat duit…

Ceritanya adalah mengenai konvokesyen sebuah kolej swasta di bawah naungan Sime Darby Healthcare yang kita tahu siapa Sime Darby ini. Kolej ini adalah kolej kejururawatan. Ceritanya, adik ipar saya adalah salah seorang dari mereka2 yg konvo pada hari itu. Konvo tersebut adalah pada 2 Ogos yang lepas iaitu hari Isnin. Mungkin saya tidak perlu ‘membebel’ banyak sangat yang tak kena dengan konvo ini seperti mengapa ia dilakukan pada hari isnin? Dan hal2 yang remeh yang lain. Konvo ini adalah yang pertama oleh kolej tersebut. Tapi harus diingat Sime Darby adalah satu nama yang konon-kononnya begitu gah, harus ada sikap professional begitu dalam menganjurkan majlis.

Kehadiran ‘graduan-graduan’ tersebut adalah dalam 300 mungkin 400 orang dalam pengamatan saya. Rata-rata adalah orang Melayu tetapi ada juga India dan Cina. Adik ipar saya sebenarnya telahpun tamat pengajiannya sekitar 3 tahun yang lepas! Saya tak pasti jika ada yang lagi lama dari itu tetapi amatlah untung kepada segelintir yang benar-benar baru tamat pengajian. Terasa ‘keghairahannya’. Adik ipar saya sekadar mahukan ‘formaliti’ dalam adat org belajar. Ramai rakannya yang lain tidak menyertai konvo ini kerana mahal dan sudah terlalu lama.

Oh ya, ia diadakan di Sime Darby Convention Centre di Mont Kiara. Gah bukan? Sebaik sampai di bangunan tersebut saya tidak terlihat langsung sebarang kain rentang ‘tahniah graduan’ seperti mana kelaziman konvo-konvo IPT yang lain. Saya ada singgah dan menjenguk sebentar ruang dewan tersebut. Tempat duduk Canselor dan tempat duduk vip di atas pentas adalah menggunakan sofa biasa yang kita lihat seperti di ruang menunggu pejabat. Tetapi tidak mengapalah.

Setelah itu saya tinggalkan adik ipar, ibu dan bapa mertua saya. Saya dan isteri serta atok kami ke Ikea jalan-jalan sementara konvo tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Majlis tersebut selesai sekitar pukul 5 petang. Mertua saya keluar dari dewan tersebut dengan muka yang masam mencuka. Katanya sangat lapar. Kemudian diceritakan mereka bahawa, ingatkan dapat makan ala-ala buffet kalaupun tidak seperti hotel tetapi apa yang dihidang dengan harga RM70 seorang (RM140 untuk kedua ibubapa) ialah nasi ayam sahaja!bayangkan nasi ayam berharga RM70 seorang!!!

Itupun ‘berakhir dengan tragedi’ dimana nasi ayam yang disediakan adalah tidak mencukupi langsung! Dikatakan kebanyakan ibu bapa tidak dapat ‘merasa’ nasi ayam RM70 tersebut. Pihak penganjur yang mengelabah akhirnya menyediakan makanan tambahan kepada nasi ayam tadi iaitu nasik goreng yang hangit! Bayangkan betapa rendahnya maruah ibu bapa yang telah hadir dengan layanan sedemikian rupa dan datang dari jauh malahan saya difahamkan ada yang datang dari Kelantan dan ada yang datang seawal pukul 7pagi!!

Akhirnya setelah tidak dapat menahan kemarahan lagi seorang ibu kepada graduan ini datang ke meja pengurusan dan menghempas nasi goreng tersebut dengan berkata ‘is this what you call fried rice??? I pay for RM 70 and this is all I get???’… begitulah kemaharan ibu tersebut. Bayangkan betapa laparnya mereka datang seawal pagi untuk berlapar sehingga ke petang. Apa yang dipertikaikan ialah duit telah dikutip awal-awal lagi, seorang pelajar perlu membayar RM400++ termasuk RM140 untuk makan ibu bapa. Jadi kenapa pula tidak cukup makanan? Malahan mereka makan pun berdiri atau ‘pandai-pandaila’ cari port sendiri! Tiada meja bankuet ataupun meja makan biasa-biasa untuk mereka. (Bayangkan RM 140 X 300 orang = RM 42,000.00!!!)

Sebelum bermula acara sidang konvokesyen lagi ibu bapa disuruhnya beratur macam budak-budak nak masuk dewan sedangkan bukan mereka yang perlu diatur dengan teliti sangat tempat duduk untuk terima ijazah!

Semasa sidang konvo diadakan pula rata-rata ibu bapa graduan tersebut meluat juga dengan gelagat juruacara majlis yang beria-ria sangat hendak memperkenalkan Pengerusi Sime Darby Healthcare tersebut dengan semua kelulusan yang dimiliki oleh beliau. Setelah itu, ucapan yang diberikan juga adalah dalam bahasa Inggeris yang mana rata-rata ibu bapa yang hadir adalah dari ceruk kampung. Tidakkah Tan Sri tersebut sedar khalayak yang hadir? Ini bukanlah acara korporat. Apa salahnya berbahasa Melayu? Saya juga diberitahu apabila Tan Sri ini membuat jenaka konon-kononnya untuk menceriakan orang ramai tidak mendapat sambutan hangat gara-gara ibu bapa yang tidak faham apa yang diperkatakan!

Tanpa Nama berkata...

Ucapan tersebut juga sangatlah memualkan semua hadirin kerana sibuk hendak menceritakan perihal sarjana dan kejayaan peribadi sendiri selain kejayaan Sime Darby… Tahulah beliau sudah berjaya dan menjadi bos dan yang graduan hanya sekadar diploma sedangkan di majlis konvokesyen ini siapa yang sebenarnya patut diraikan???

Ramai ibu bapa yang memandang sinis apabila Tan Sri Pengerusi Sime Darby Healthcare tersebut memberikan pujian melangit kepada pengurusan dengan layanan baik yang diberikan tetapi ibu bapa mengatakan dibelakang ‘memangla baik pada kau saja…’ bayangkan perasaan ibu bapa ketika itu. Selepas beberapa acara ada pula pengumuman dari pengaracara majlis jamuan ‘hi tea’ ada disediakan di kanopi yang didirikan, masalahnya…pelajar dan ibu bapa sudah jemu dan ‘bengang’ dengan kejadian nasi ayam, nasi goreng tadi dan manalah ada pula kanopi yang dimaksudkan dalam dewan pula tu! Dan akhirnya mereka hanya balik kecewa dan sakit hati cara mereka dilayan.

Bukanlah mereka ini tidak bersyukur dengan diploma dan ilmu yang diberikan. Tetapi mereka juga membayar dengan apa yang diperlukan untuk merasa nikmat kejayaan tersebut. Biarlah wang mereka berbaloi juga dengan apa yang dibelanjakan. RM400++ bukanlah satu jumlah yang sikit bagi pemegang diploma ini. Banyak yang boleh dibelanjakan mereka dengan jumlah ini. Walaubagaimanapun sedikit sebanyak para graduan dan ibu bapa ini lebih ‘profesional’ gayanya dengan tidak membuat bising atau kekecohan sepanjang upacara konvo tersebut. Ia ‘nampak’ seperti lancar dan tiada apa-apa yang berlaku.

Lebih mengecewakan lagi adalah setelah tamat pengajian bertahun-tahun dan tamat konvokesyen ini pun mereka hanya menerima ‘ijazah kosong’. Mereka perlu pergi ke kolej asal pula untuk menuntut scroll mereka sedangkan boleh sahaja pihak pengurusan bawa ke majlis tersebut dan beri kepada mereka. Membuang masa lagi bekas pelajar ini. Tidak mengapalah kot…asalkan tidak membuang masa Tan Sri-Tan Sri di Sime Darby itu sudahlah. Rakyat marhaen memang dilayan sebegitu rupa.

Untuk pengetahuan Parpukari, setelah membuat aduan tersebut, sehingga kini aduan adik ipar saya tidak dilayan langsung oleh pihak pengurusan.

Apa yang cuba saya perkatakan ialah dengan isu-isu semasa dan sebuah syarikat GLC ini, dengan kerugian dialaminya takkanlah sampai nak ‘pau’ duit orang kampung dengan sebegini rupa…sehinggakan terdengar suara sinis ‘patutla Sime Darby rugi juta-juta…’ dan akhirnya dengan siapa yang akan dikaitkan? dengan kerajaan juga! Sikap angkuh sebeginilah yang akhirnya akan menyebabkan banyak orang kampung benci dan meluat kerana mereka sendiri yang merasakan sudah ‘terkena’…apatah lagi dalam kes sebegini pada pendapat saya ia mencerminkan sikap sebenar syarikat korporat biarpun GLC yang hanya mementingkan keuntungan dalam setiap cara tanpa memperdulikan orang lain dan dalam kes ini ia mendapat ‘sentuhan secara langsung’ dari yang paling tinggi sehingga ke paling bawah dalam melayan orang-orang biasa.

Tanpa Nama berkata...

Mungkin sesuatu dapat kita fikirkan pengajaran dari kisah ini. Adik ipar saya yang sekarang menjadi jururawat (bukan dengan Sime Darby) berkata ‘’Nasib baiklah Sime Darby tidak jadi membeli IJN dulu…jikalau tidak entah apa nasib rakyat negara ni…’’ dan saya sekarang memang terasa benarnya kata-kata adik ipar saya. Kini…jika saya dan keluarga berjalan-jalan dan ternampak nasi ayam dengan harga yang tidak berpatutan kami hanya akan berseloroh ‘’Ohhh…inilah Nasi Ayam Sime Darby..’’.

Renung – renungkan.

Rakyat marhaen.

Tanpa Nama berkata...

@rakyat marhaen...

yang salah, kita juga... asalkan apa dari kerajaan, kita cuba ambil dan berbuat baik.... padahal kita akan ditipu jugak nanti...

memang abah aku orang jahat, emak aku pun jahat. ahli mkeluarga aku memang jahat2 belaka...asalkan ada lobang buat duit, aku tak kasi chan.. aku rembat kow2... masa aku dapat belajar dulu, mula2 duit pinjaman, balik mesia 90-an, kene pulak apply convert scholar, tak lepas.. aku apply sampai jadi scholar jugak... bukan senang bang, 156k! dengan gaji kat mesia macam pukimak ni, sampai kiamat pun aku takleh bayar bang... sbb tu aku buat2 merayu macam pondan pukimak... mula2 tinggal 30%, akhir2 aku dapat jugak hahahha..biaqpila orang nak kata airmata buaya pun, duit rakyat ka...janji aku leh convert skolar...dan rembat cukup2...

time kerja pun sama, aku tengok management aku tibai tutuh duit kompeni macam2 cara... duit bonus, boss aku tibai hak2 pekerja lain atas nama Allah, yang gaji 1000, dapat bonus 2-3 bulan. dia yang gaji 30k-50k, tibai bonus 8-12 bulan. kendian dia suruh bersyukur budak2 bodoh yang dapat seribu dua... katanya akan dapat syurga kelak... kepala hotak dia... bos2 lain yang macam lembu kenyang, senyap saja (berani bising! akaun sudah penuh meh, dirasuah dengan duit bonus, mana berani bising2 membela pekerja bawahan)... mengiyakan yang dapat sikit tu, akan Allah gantikan dengan syurga kelak... betapa bodohnya melayu belajar tinggi2 untuk membodohkan melayu... ini memang melayu pukimak, pergi mekah dan balik mekah, buat kerja macam kepala pukimak dia... staf2 lain buat muka bodooo saja.. yelah, bising2 pun, depa tak leh buat apa2 punyer...

aku? aku macam biasa, ko jangan bitau aku pasal Allah2 lagi, sampai aku naik meluat pulak dah gunakan kalimah Allah ni... bukannya guna nama Allah ni nak menambahkan tawadduk dengan betul... tapi nak tambah sikap merembat duit jer... siang malam pergi masjid, ntah... aku pun tak paham. mai tang duit, dia mesti pikir siang malam macam mana dia nak rembat jer selagi dia boleh... teringat aku pasal isham tulis mandur2 yang ganas dulu tu..

Tanpa Nama berkata...

Sime Darby! Sime Darby!
Sedihnya cerita ini!

Buang Tan Sri itu kedalam longkang.
Tiada kelas sama sekali. Memperbesar besarkan diri kerana dia Tan Sri. Orang seperti ini harus buang kerja.

Lembaga Pengarah Sime Darby harus bertindak segera untuk melucutkan Tan Sri ini dari jawatannya!!

Tanpa Nama berkata...

"I am writing this note to absolve the Malaysian Anti-Corruption Commission of any involvement in my death on July 16, 2009. This is something I’m doing at my own initiative. Nobody asked me to write it. And it would be ridiculous for anyone to think that I was tortured to do it."

http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/guest-columnists/33739-beng-hocks-real-new-note-

Ooi...! Jikalau bodoh jangan kasih tahu. kah...kah.....kah.....

Ooi....! Jikalau mau tipu jangan tipu macam budak bawah umur 3 tahun. Kah...kah....kah...

Ooi....! Jikalau mau tipu jangan tipu dalam bulan ini. Kah...kah....kah...

Memang tak rasa malu !
kah...kah...kah....