Khamis, 9 Jun 2011
SALUT UNTUK ORANG YANG BERANI
MAINKAN INTERNATIONALE
PENGHORMATAN TERAKHIR KEPADA OMAR OTHMAN
PEMIMPIN DAN PEMIDATO PARTI RAKYAT TERULUNG
Awal pagi ini 9 haribulan Jun 2011, aku menerima beberapa SMS daripada teman rapat menyatakan dengan sedihnya bahawa Saudara Omar Othman telah meninggal dunia pada jam lebih kurang 1.40 pagi tadi (Khamis) di Pulau Pinang dan akan dikebumikan petang ini. Aku ketika ini berada di Pontian, Johor.Terasa sayu dan sedih serta pasrah bahawa aku tidak dapat hadir di upacara pengkebumian Omar Othman, seorang sahabat baik dan rakan seperjuangan berpuluh tahun.
Apa yang aku dapat buat sebagai tanda menghormati Sdr Omar Othman? Aku ambil keputusan untuk menulis satu coretan kisah tentang Omar Othman dari kaca mataku, sepanjang perhubungan kami sebagai sesama manusia, sebagai sahabat, seperti abang dan adik, dia lebih tua dariku, dan sebagai rakan seperjuangan dalam Parti Rakyat Malaysia (PRM).
Kali pertama aku jumpa Omar Othman di rumah Tongkat (Allahyarham Usman Awang, Sasterawan Negara) di Kampong Tunku, Petaling Jaya. Omar Othman orangnya berbadan besar, tinggi dan sasa. Dia handsome seperti P.Ramlee. Suaranya garau tetapi lembut dan sedap didengar. Dia pandai berkelakar ketika berbual. Waktu itu aku seorang mahasiswa di Universiti Malaya sekitar tahun 1973. Ternyata Omar adalah sahabat karib Usman Awang. Mereka bercakap dengan bahasa aku, engkau sahaja.
Kemudian aku bertanya teman-teman dalam Parti Rakyat: Siapa Omar Othman ini? Aku diberitahu, beliau ialah seorang pemimpin Parti Rakyat dari Pulau Pinang. Beliau pernah menang bertanding dalam pilihanraya umum peringkat Perbandaran Pulau Pinang pada awal tahun 1960-an atas tiket Fron Sosialis (iaitu gabungan antara Parti Parkyat dengan Parti Buruh) dan kemudian dilantik menjadi Timbalan Datuk Bandar Pulau Pinang.
Tidak hairanlah beliau amat dikenali dan dihormati oleh penduduk Pulau Pinang terutama di kalangan generasi sezamannya. Ini dapat aku saksikan apabila aku kerap ke Pulau Pinang pada akhir tahun 1980-an dan 1990-an ketika menjalankan tugas sebagai Setiausaha Agung Parti Rakyat.
Omar Othman adalah seorang yang berprinsip dan teguh pendirian politiknya. Aku tahu beliau rapat dengan Sdr Kassim Ahmad, bekas Pengerusi Parti Rakyat. Tetapi apabila Kassim meninggalkan Parti Rakyat dan menyertai Umno, Omar Othman tetap setia dengan Parti Rakyat. Aku menjadi Setiausaha Agung Parti Rakyat yang baru dipilih pada bulan Disember 1983, ketika berlaku satu krisis besar dalam parti beberapa bulan kemudiannya yang akhirnya membawa Kassim Ahmad meninggalkan Parti Rakyat pada April 1984.
Bagi memulihkan keadaan dalaman parti akibat pemergian Kassim Ahmad itu, aku yang relatifnya masih muda ketika itu ditugaskan ke Pulau Pinang untuk menemui anggota dan para pemimpin Parti Rakyat negeri itu, untuk berbincang dan berdialog dengan mereka. Kassim Ahmad tinggal di Pulau Pinang dan Pulau Pinang adalah merupakan kawasan pengaruh Sdr Kassim Ahmad yang kuat.
Majlis perjumpaan yang dirancang itu diadakan di rumah Saudara Mohideen Abdul Kader, seorang pemimpin pusat Parti Rakyat yang terletak di Gelugor. Sdr Mohideen Abdul kader adalah seorang peguam terkenal di Pulau Pinang dan sangat kami hormati, ketika zaman kami berada di kampus kerana pendiriannya yang progresif.
Ramai anggota dan pemimpin Parti Rakyat peringkat negeri datang ke rumah Mohideen Abdul Kader petang itu, termasuk Omar Othman yang bersuara lantang itu. Kerana terlalu ramai, maka kami duduk bersila di ruang tamu.Pada petang itu Omar Othman semacam jadi jurubicara anggota-anggota Parti Rakyat di Pulau Pinang dan member janji dan keyakinan kepadaku bahawa beliau dan lain-lain anggota parti akan tetap setia dengan Parti Rakyat. Aku amat berterima kasih atas sokongan kuat dari Omar Othman itu. Sejak itu aku dan Omar Othman semakin rapat. Setiap kali ke Pulau Pinang atas urusan parti, aku akan pastikan mesti berjumpa dengan beliau sebelum pulang ke Kuala Lumpu atau ke Johor.
Saat yang penting tiba. Parti Rakyat menang di mahkamah Tinggi Johor Bahru pada tahun 1988 dalam satu petisyen pilihanraya kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Puteri. Akibat dari itu satu pilihanraya kecil diadakan di DUN tersebut.Pertandingan satu lawan satu antara Parti Rakyat dengan Barisan Nasional (BN). Kami ada calon yang kuat dan berwibawa iaitu Sdr Abdul Razak Ahmad (Allahyarham). Waktu itu adalah Timbalan Pengerusi Parti Rakyat. Aku pula dilantik menjadi Pengarah Pilihanraya kecil tersebut.
Satu pilihanraya kecil yang hebat ketika itu. Parti Rakyat yang kecil berhadapan dengan jentera BN yang besar, tersusun, sumber kewangan dan logistik yang semacam tidak terbatas. Tetapi kami yakin boleh member tentangan yang kuat atas beberapa faktor. Pertama BN lemah kerana Umno pecah dua ketika itu, ada team A dan team B. Kedua kerana rakyat di Johor khususnya di Johor Bahru amat marah dengan Perdana Menteri dan Presiden Umno ketika itu iaitu Dr Mahathir Mohamad. Sebab ketiga, kerana Parti Rakyat dalam keadaan yang kuat dari segi organisasi dan amat popular di kalangan pengundi di Johor Bahru. Ada satu sebab lagi yang tidak kurang penting ketika itu ialah kami ada Omar Othman yang turun membantu kempen kami dalam pilihanraya kecil tersebut, siang dan malam dengan ceramahnya yang mendapat sambutan hebat. Piadatonya memukau dan menambat hati para pengundi, tua dan muda, semuanya, tak kira sama ada Melayu, Cina ataupun India.
Parti Rakyat telah memberi tentangan yang kuat terhadap BN. Atas kertas dan analisis, kami sepatutnya menang.Tetapi kami kalah juga akhirnya. Parti Rakyat kalah dengan majoriti 31 undi sahaja.Ramai orang membuat andaian BN main tipu. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bersekongkol membantu BN memanipulasi keputusan pilihanraya itu. Kami tidak menerima keputusan pilihanraya yang tidak adil itu.Parti Rakyat telah dirampas haknya untuk menang akibat system pilihanraya yang tidak bersih.
Omar Othman pulang ke Pulau Pinang pada petang hari pembuangan undi. Dia berpesan kepadaku selaku Pengarah Pilihanraya supaya menalifonnya, tak kira sama ada menang atau kalah, tidak kira walau sudah tengah malam. Dia ingin menjadi orang yang terawal tahu tentang keputusan pilihanraya kecil Tanjong Puteri tersebut yang dia turun ke padang berjuang habis-habisan menentang BN melalui pidatonya yang bersemangat, jelas dan lantang di dalam siri ceramah yang kami adakan.
Aku masih ingat, waktu itu tidak ada telefon bimbit. Di MarKas Pusat Parti Rakyat di Skudai Kiri, ketika ramai anggota-anggota parti terbaring letih, rebah selepas kalah, terbaring di lantai simin Markas dengan kesedihan, dan sesetengahnya telah tidur, aku mengangkat gagang telefon dan mendail nombor Omar Othman.Betapa sukarnya untuk aku memberitahunya berita kekalahan itu. Tetapi Omar Othman menyambut telefonku dengan tenang.Aku yang gugup.Aku masih ingat dia berkata: “Jangan patah semangat, Saudara Hassan. Kita telah berjuang sekuat yang kita terdaya. Hari ini kita gagal, tetapi satu hari nanti, perjuangan rakyat untuk menegakkan keadilan akan tetap berjaya. Percayalah,” katanya. Omar Othman, aku seperti dapat rasakan,sebenarnya dia agak bimbang tentang keadaan diriku.Dia bimbang aku akan patah semangat dengan kekalahan tersebut.
Omar Othman menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 9 haribulan Jun 2011 – sebulan lebih awal - di mana pada tarikh yang sama ini, satu perarakan besar-besaran di Kuala Lumpur akan diadakan pada pukul 2.00 petang anjuran BERSIH (satu gabungan badan-badan NGO dan parti-parti politik) untuk menuntut satu system pilihanraya umum bersih, adil dan telus di Malaysia. Aku percaya kemenangan rakyat yang diucapkan oleh Omar Othman lebih 23 tahun yang lalu akan menjadi satu reality juga akhirnya, tetapi bagaimanapun ianya tidak akan datang melayang dan bergolek begitu sahaja. Kemenangan rakyat itu perlu diperjuangkan. Diperjuangkan di pelbagai jurusan. Satu daripadanya ialah seperti apa yang dituntut oleh BERSIH dan seluruh rakyat Negara ini yang cintakan demokrasi dan keadilan, iaitu satu perjuangan panjang menuntut pilihanraya yang bersih, adil dan telus di tanahair kita ini.
Akhirnya, semoga roh Allahyarham Omar Othman dicucuri rahmat Allah S.W.T. Semoga isteri, anak-anak dan keluarganya tabah menghadapi saat-saat sedih ini. Beliau telah menyumbangkan tenaga, masa dan kudratnya dalam satu perjuangan untuk menegakkan keadilan sesama manusia, satu perjuangan panjang yang kini sedang diteruskan oleh generasi muda dari pelbagai bangsa dan agama di Malaysia kini. Damailah kamu saudaraku Omar Othman. Kamu manusia yang istimewa pada mataku. Maafkan sahabatmu ini tak dapat bersama ketika engkau meninggalkan dunia yang fana ini. Tapi janji kita: kebenaran akan kita perjuangkan, keadilan akan kita perjuangkan hingga menang, dan kekejaman serta penindasan akan kita tentang habis-habisan, akan sentiasa tersemat di hatiku dan hati sahabat-sahabatmu yang pernah mendengar amanat dan pidatomu.Alfatiha… amin.
Yang benar,
Hassan Karim
9 haribulan Jun 2011
RAYAKAN ORANG YANG BERANI
Labels:
anak muda berani bangun melawan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 ulasan:
Akan meraikan 9 Julai nanti. Tribute kepada orang-orang yang berani.
puisi khas buek ancuk berancuk bunting membunting anak mat mongol al mongoli ibni penyamun,
kalau menebang kalau menebang si balak jati,
papan di kazak aduhai syg roti john di kazak di belah2,
kalau lah hidup kalau lah hidup dah macam pukee,
umpame pokok aduhai syg umpame pukee tidak berbuah,
bunga semarak bunge semarak si bunga kuntum,
buat hiasan aduhai syg buat hiasan di dalam taman,
pertama rompak pertame rompak kedua samun,
yg mane 1 aduhai syg yg mane 1 nak di putarkan ?
dato bentare dato bentare ke bangke hulu,
belayar kapal aduhai syg belayar kapal membawe anak perempuan,
bagai lah mane bagai lah mane
kapal nak lalu,
kuale sudah aduhai syg kuale sudah di buntingkan,
bunge lah padi bunge padi bunge kiambang,
buat cerucuk aduhai syg buat cerucuk di taman gayat,
sungguh lah keji sungguh keji sungguh lah gampang,
anak berancuk aduhai syg anak berancuk guna wang rakyat.
9 lah julai 9 lah julai 2 ribu sebelas,
2 lah petang aduhai syg 2 lah petang kite membalas,
habis semue habis semue duit rakyat lu kebas,
anak nak konkek aduhai syg anak mengongkek harte rakyat lu berkas.
kah kah kah kah.
aku dgn kwn2 aku konfirm turun..
hidup hidup rakyat!!
Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Allahyarham Omar Othman.
Al-Fatihah
Abbs terbaekkkkk!!!!
berdendang syahdu aku memaki gerombolan cara melayu..
kah kah kah
salam. cikgu hassan Karim. Saya bekas anak murid mu. Saya harap dapat berjumpa cikgu suatu hari nanti. Terima kasih atas coretan ini. Fahamlah saya perjuangan Keadilan ini. ALlah Hu.
AL FATIHAH UNTUK UNCLE YANG DAH PERGI MENEMUI PENCIPTA, SEMUGA ALLAH MENEMPAT TUAN BERSAMA SAMA DENGAN ORANG YANG BERAMAL SOLLEH. KAMI DISINI AKAN MENERUSKAN SISA SISA PERJUANGAN TUAN..... AMIN
Catat Ulasan