Rabu, 30 Mac 2016

APAKAH AKAN ADA SIASATAN?




SOALAN:


apakah peguam

negara arah

satu siasatan?



LAPORAN POLIS TERHADAP ARULKANDA KANDASAMY

Hari ini saya telah membuat satu laporan polis terhadap Arulkanda Kandasamy, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB dan pasukan pengurusan beliau di 1MDB supaya satu siasatan dibuka untuk memastikan tidak berlaku sebarang pecah amanah atau apa-apa pelanggaran undang-undang (mana-mana akta) apabila sejumlah RM288 juta dana 1MDB digunakan bagi tujuan membayar faedah pinjaman 1MDB tanpa dimaklumkan terlebih dahulu kepada Lembaga Pengarah.

Maklumat ini diketahui umum apabila satu mukasurat dari Laporan Ketua Audit Negara ke atas 1MDB yang telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Negara didedahkan.  Intipati utama dari Laporan Ketua Audit Negara itu membayangkan bahawa satu kesalahan iaitu menggunakan harta syarikat (iaitu 1MDB) tanpa kebenaran dan pengetahuan Lembaga Pengarah telah berlaku; berdasarkan penemuan-pemenuan berikut oleh siasatan Ketua Audit Negara:

1.    Lembaga Pengarah 1MDB dalam mesyuarat pada 17 Ogos 2015 telah mengarahkan Encik Azmi Tahir, Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 1MDB untuk memberikan penjelasan mengenai sejumlah RM288 juta yang telah dibelanjakan oleh 1MDB

2.    Perbelanjaan sejumlah RM288 juta tidak dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah 1MDB

3.    Pengurusan 1MDB hanya menjelaskan kepada Ketua Audit Negara pada 9 Disember 2015 bahawa RM288 juta itu digunakan untuk membayar faedah pinjaman 1MDB

Di dalam mana-mana syarikat, kelulusan tertinggi adalah Lembaga Pengarah dan bukannya CEO. Malah, untuk memindahkan wang di antara dua akaun yang berlainan bagi satu syarikat yang sama, ia memerlukan tandatangan ahli-ahli Lembaga Pengarah dan tidak memadai dengan tandatangan CEO.

Perbelanjaan berjumlah RM288 juta ini adalah satu perbelanjaan yang besar dan sudah tentu melangkaui apa-apa tahap kelulusan (“limits of authority” atau LOA) yang diberikan kepada seorang CEO. Oleh yang demikian, sebarang perbelanjaan dan pemindahan wang sejumlah ini perlu mendapatkan kelulusan Lembaga Pengarah sebanyak dua kali:

      i.        Pertama; untuk meluluskan perbelanjaan sebanyak RM288 juta itu bagi tujuan khusus yang dibentangkan kepada Lembaga Pengarah

    ii.        Kedua; untuk mengarahkan bank memindahkan wang sebanyak RM288 juta memerlukan tandatangan sekurang-kurangnya 2 orang ahli Lembaga Pengarah yang diberikan kuasa oleh Lembaga Pengarah untuk menandatangi arahan kepada bank

Penemuan Ketua Audit Negara bahawa Lembaga Pengarah 1MDB tidak tahu menahu mengenai perbelanjaan RM288 juta sehingga Lembaga Pengarah mengarahkan CFO memberi penjelasan menunjukkan bahawa proses mendapatkan kelulusan tidak dipatuhi. Secara amnya, ini adalah satu kesalahan jenayah dan sebab itu saya membuat laporan polis agar Arulkanda Kandasamy dan pasukan pengurusannya disiasat secepat mungkin.

Selama ini Arulkanda sering memberi alasan bahawa beliau tidak terbabit di dalam segala masalah 1MDB kerana urusniaga-urusniaga itu berlaku sebelum beliau menjadi CEO. Kali ini, bukti dari Laporan Ketua Audit Negara secara jelas menunjukkan bahawa di bawah pengurusan beliau, 1MDB masih terus melanggar undang-undang kerana tidak mendapatkan kelulusan Lembaga Pengarah.

Saya bersedia memberi keterangan mengenai siasatan OSA tetapi saya mahu Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi jawapan sama ada siasatan dan layanan yang sama akan dikenakan terhadap Arulkanda Kandasamy. Jika saya ditahan reman dengan tidak berselipar, Arulkanda Kandasamy juga boleh ditahan di sebelah sel saya di Tahanan Berpusat Jinjang minggu ini.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN





-------------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

woit jangan lah bodoh sangat
setiap hari heboh benda sama
ini kera jaan najib razak
sapa berani lawan panglima bugis perompak ?
melayu islam bangsa majoriti sokong perompak
apa lu sibuk...semua ikut lunas lunas islam
selama ini pun tak jadi apa apa
hanya buang masa
ini kera jaan pimpinan najib yang berkuasa yang menjajah merompak meronta segala muslihat dalam.buku untuk terus berkuasa...billion masuk billion keluar pun tak ada sapa.berani kah laj lah...jangan buang masa... kalau tak suka boleh blah pi lain.tempat...ini najib umno punya negara kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

asyik2 rafizi... asyik2 rafizi... tak ada org lain ke weiiii....

bagi ler peluang ketua penangan pas, din suka tontonwi al bluey fi jermani pula buat pendedahan...

jgn ler makan sorg...

Tanpa Nama berkata...

Kita tengok itu Khalid aatu Apandi ada berani ka untuk siasat.

Tanpa Nama berkata...

Yg lain2 tu.. x ada keupayaan berbuat seperti Rafizi. Menganalisa dokumen audit dan memahami financial forensics.

Jadi MP pun.. level makcik Felda ja.. sumbangan sama level dgn makcik felda jugak. Tak berani ambil risiko tinggi.

Setakat risiko sekarang ni pun..dah x tahan dah kena ganggu dgn UMNO