Sabtu, 17 Januari 2026

ADA SYARIKAT MALAYSIA ATAU TAK ?




Indonesia saman 6 syarikat akibat kerosakan alam sekitar selepas banjir


JAKARTA: Kerajaan Indonesia memfailkan beberapa tuntutan mahkamah, menuntut lebih AS$200 juta (RM808 juta) daripada enam syarikat selepas banjir besar melanda Sumatera tahun lalu, yang meragut lebih 1,000 nyawa.

Kerajaan menuntut AS$283.8 juta (RM1.15 bilion) daripada enam syarikat yang didakwa menyebabkan kerosakan tidak dinyatakan ke atas kawasan seluas lebih 2,500 hektar.

Jumlah itu merangkumi denda serta kos anggaran pemulihan alam sekitar.

Namun, Kementerian Alam Sekitar enggan memberikan butiran lanjut mengenai kerosakan yang didakwa dilakukan defendan, yang hanya disenaraikan dalam kenyataan rasmi mengikut huruf awalan syarikat.

Tuntutan itu difailkan di mahkamah Jakarta dan Medan, Sumatera Utara.

Ahli alam sekitar, pakar dan kerajaan menuding jari kepada penebangan hutan sebagai salah satu punca bencana itu, yang menyebabkan lumpur dan kayu hanyut memusnahkan kampung-kampung di bahagian barat laut pulau terbabit.

Menteri Alam Sekitar, Hanif Faisol Nurofiq, berkata mana-mana syarikat yang mendapat keuntungan dengan merosakkan ekosistem mesti bertanggungjawab sepenuhnya untuk memulihkannya.

"Kami menegakkan prinsip 'polluter pays' atau 'pencemar perlu bayar'," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, kumpulan alam sekitar pula berkata kerajaan juga bertanggungjawab kerana memberi syarikat lesen untuk menebang kawasan yang luas.

Aktivis Greenpeace Indonesia, Arie Rompas, menyifatkan tuntutan mahkamah itu sebagai langkah minimum dan menegaskan kerajaan perlu menilai semula dasar yang menyumbang kepada bencana.

"Selain kesan krisis iklim, banjir ini juga disebabkan oleh penjejasan struktur tanah, termasuk penebangan hutan, yang dilakukan oleh syarikat korporat.

"Syarikat-syarikat ini diberikan permit oleh kerajaan," katanya kepada AFP.

Menurut analisis oleh syarikat konservasi The TreeMap melalui projek 'Nusantara Atlas', lebih 240,000 hektar hutan asli hilang pada 2024. - AFP

ADA SYARIKAT

MALAYSIA 

TERLIBAT?

AMIN

SAJE NAK TAHU

KERANA  SYARIKAT

CHINA MELAYSIA INI

JAHAT & GANAS

AMIN

DI SABAH SARAWAK

KALIMANTAN DAN

PAPUA 

MEREKA MENJADI 

PEROSAK UTAMA

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Geng samling.mesti ada...