Sabtu, 17 Januari 2026

TO MAT HASSAN BERCAKAP BENAR



'UMNO tak pernah bersama DAP'


KUALA LUMPUR: UMNO menegaskan parti itu tidak pernah bersama DAP, sebaliknya kerjasama mereka hanya untuk menguruskan negara mengikut perjanjian yang dimeterai.

Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan, berkata kerjasama itu dijalinkan berikutan tiada parti mempunyai jumlah kerusi sendiri yang mencukupi untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum (PRU) lalu.

"Kita tidak pernah pun bersama DAP. Kita membuat perjanjian untuk menguruskan negara.

"UMNO atau Barisan Nasional (BN) berjanji kerana kita hendak menyelamat dan menguruskan negara.

"Ini kerana negara tidak berkerajaan selama lebih lima hari selepas pilihan raya... pertama kalinya.

"Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN)... mereka tidak boleh menubuhkan kerajaan (ketika itu). Apabila mereka tidak boleh menubuhkan kerajaan, PN menolak titah Tuanku (Yang di-Pertuan Agong ketika itu)... jadi kami dipanggil (untuk bekerjasama menubuhkan kerajaan)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Laman Media pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), hari ini.

Menegaskan semula sebab UMNO/BN bersetuju membentuk kerajaan bersama PH, Mohamad menekankan bahawa ia adalah demi kesejahteraan Malaysia kerana negara perlu diuruskan.

Beliau menjelaskan, membiarkan negara tanpa berkerajaan adalah suatu perkara yang amat tidak baik kerana rakyat akan menerima akibat dan seterusnya menderita.

"Jadi, kita berada dalam kerajaan... ada perjanjian. Kita bukan 'serah tengkuk'... ada red line (garis merah) yang kita letak.

"Itu sebabnya saya mengingatkan semua, jika ramai orang terlupa terutama rakan-rakan kita, saya sebut dalam ucapan perasmian (Perhimpunan Agung) Pemuda, Wanita dan Puteri bahawa walaupun berada dalam Kabinet yang sama, 'don't take us for granted' (jangan menganggap remeh kewujudan kita)," katanya.

Terdahulu, Penolong Setiausaha Agung PAS, Mohd Syahir Che Sulaiman, dilaporkan berkata usaha UMNO menyatukan orang Melayu bawah agenda 'Rumah Bangsa', hanya boleh berjaya jika tiada partinya bekerjasama dengan DAP.

Mohd Syahir dipetik berkata, justeru UMNO perlu memulakan langkah pertama dengan meninggalkan DAP bagi menjayakan agenda penyatuan ummah.


TOK MAT HASAN

BERCAKAP BENAR

AMIN

UMNO TAK

PERNAH BERSAMA

DAP

AMIN

BERSAMA ERTINYA

SETARAF

AMIN

SEBENARNYA

UMNO DAH JADI

BARUA DAP

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: