Sabtu, 17 Januari 2026

MEDIA SOSIAL - WAJIB DI BINCANG


Banyak negara mula kenakan sekatan media sosial terhadap kanak-kanak

ISTANBUL: Semakin banyak negara melaksanakan sekatan akses media sosial ke atas kanak-kanak dengan alasan kesan negatif penggunaan platform itu terhadap golongan itu, sekali gus mengikuti langkah Australia melarang pengguna di bawah usia 16 tahun yang dikuatkuasa tahun lalu.

Australia meluluskan undang-undang yang melarang akses ke platform media sosial bagi pengguna di bawah umur 16 tahun dan mula berkuat kuasa pada 10 Disember lalu.

Pemilik Facebook, Meta, memaklumkan bahawa sebanyak 550,000 akaun sudah dinyahaktifkan berikutan penguatkuasaan peraturan baru itu, termasuk 330,000 di Instagram, 173,000 di Facebook dan 39,000 di Threads, lapor Anadolu Ajansi,

Kira-kira 10 platform tertakluk kepada sekatan ini, termasuk X, Instagram, Facebook, TikTok, YouTube, Snapchat, Reddit, Twitch, Threads dan Kick.

Beberapa negara Eropah juga didapati mula mengambil langkah sama.

Denmark menandatangani satu resolusi pada 7 November lalu, yang melarang pengguna di bawah 15 tahun daripada mengakses platform media sosial.

Sepanyol pula meluluskan rang undang-undang pada Jun 2024 yang menaikkan had umur perundangan bagi persetujuan perlindungan data daripada 14 kepada 16 tahun, manakala Perancis dan Norway sudah mengenakan had yang dikaitkan dengan kematangan digital.

Di Amerika Syarikat (AS), sistem persekutuan menyebabkan persekitaran kawal selia yang berpecah bagi pengesahan umur dan keizinan ibu bapa. Beberapa negeri, termasuk Florida, sedang mempertimbangkan larangan ke atas platform tertentu manakala usaha perundangan masih berjalan di negeri lain.

Di Turkiye, Perhimpunan Agung Kebangsaan sedang membincangkan potensi larangan penggunaan media sosial bagi kanak-kanak di bawah 15 tahun.

Menteri Perkhidmatan Keluarga dan Sosial, Mahinur Ozdemir Goktas berkata, penyedia rangkaian sosial akan dikehendaki menghalang akses oleh pengguna di bawah umur itu.

"Satu rang undang-undang membabitkan peraturan media sosial bagi kanak-kanak di bawah 15 tahun dijangka diserahkan kepada jawatankuasa Parlimen berkaitan menjelang akhir bulan ini," katanya.

China pula mengikuti model berbeza dengan mengekalkan satu sistem kawalan digital paling ketat di dunia.

Kanak-kanak di bawah 18 tahun berdepan sekatan aplikasi data mudah alih yang mengehadkan akses kepada aplikasi tertentu pada waktu khusus. Mereka hanya dibenarkan melihat kandungan yang diluluskan oleh Pentadbiran Ruang Siber China sebagai bahan menyokong perkembangan fizikal serta mental.

Pengguna berusia 16 hingga 17 tahun dibenarkan menggunakan aplikasi sehingga dua jam sehari, mereka yang berumur 8 hingga 15 tahun selama satu jam, dan kanak-kanak di bawah 8 tahun hanya 40 minit.

Versi TikTok China, Douyin, mengaktifkan mod kanak-kanak bagi pengguna di bawah 14 tahun dengan mengutamakan kandungan pendidikan seperti eksperimen sains dan pameran muzium.

Kebanyakan platform media sosial utama berasaskan AS adalah dilarang di China. - AGENSI


KITA DI MALAYSIA

WAJIB BUAT

PERKARA YANG

SAMA

AMIN

PAKAR IT

PAKAR AI

WAJIB MULA

BINCANG DGN

 MENDALAM 

TENTANG

BAIK- BURUK AI

UNTUK UMUM

KHALAS

Tiada ulasan: