Sabtu, 17 Januari 2026

PAGI INI


PAGI INI




PAGI INI

SABTU 17 JANUARI 2026

GREENLAND


ORANG BUTA
Trump untuk sementara waktu membatalkan  PROJEK  menyerang Iran. Saudi tak benarkan ruang udara di gunakan untuk laluan mengebom Iran. 

Mustahil jet pengebom  Israel dan Amerika dapat bergerak tanpa ruang udara Saudi – kah kah kah.

BILA IRAN GAGAL  Trump beralih ke GREENLAND. Trump nak ambil pulau ini dengan kekerasan. Kenapa?

Kerana Greenland kaya dengan hasil bumi logam dan mineral.  Termasuk  Nadir Bumi – jeng jeng jeng.

Pulau ini di bawah pentadbiran Denmark. Tak ramai penduduk – tak sampai 100,000 warga. Soldadu pun tak ada – ini kawasan BERDIKARI – tapi di bawah payung Denmark.

TRUMP NAK SERANG GREENLAND  kah kah kah  - INI SAMALAH SEPERTI BERTUMBOK DENGAN ORANG BUTA  kah kah kah.

Penduduk Denmark pun hanya ada 6 juta.

Tapi yang TERBAIK ialah NATO akan pecah – UK France, Itali dan German dah bersuara – Mereka dah mula hantar askar ke Greenland – Amerika juga dalam NATO – akan berlaku perang antara anggota NATO dengan NATO – kah kah kah.

MOLEK sekali NATO BERGADDUH SESAMA SENDIRI  – kerana itu gua masih lagi penyokong Trump yang tegar. Amin

HOKKIEN
Pagi ini  sejuk kering. Langit pucat. K & KL Sentral berkabus tebal. Kemarin renyai tapi tak hujan. Mata hari baru nak muncul.

Di Pintu Masuk Cengkerik bersimponi – kuat dan meriah sekali – bila  gua hampiri mereka senyap – ini bererti mereka ada deria yang tahu gua sampai.

Di Bukit Tinggi How Wow bersuara – lantang kuat dan ceria.  Warga Hokkien tidak kelihatan. Gua berjalan ke arah Wakaf Tiga  sebelum berpusing balik.

Depan Pokok Ara muncul Siti dan Jantan Baik – juga  Puppy yang lain – Kami berjalan ke Wakaf Pertama dan gua beri makan. Pagi ini hanya Puppy yang datang. Emak dan Ayah tak hadir.

Ketika mereka makan dua ekor Tiong datang sama – Wow ! Gua tak tahu macam mana Tiong ini terhidu makanan.

Berjalan pulang di lereng bukit berhutan Murai berkicau di sambut pula oleh How Wow. Ini menjadikan Pagi Sabtu gua indah.

Jap lagi gua nak ke Seremban -  nak jumpa kawan lama. Perjumpaan Murid Tua SMUJ. Gua  yakin hari ini pasti panas. Tak Tak dah menjalar di balkoni mandi cahaya. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI SABTU

BRO
Makan paling enak ialah makan dengan orang tersayang.

BRO
Di meja makan – kita merayakan  kehidupan dan cinta.

BRO
Makan bersama kawan-kawan adalah terapi kehidupan yang paling mujarab. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI

Tiada ulasan: