Khamis, 29 Januari 2026

VIDEO TAPE SUKMA KE ?




Hamzah gesa jelaskan dakwaan M'sia serah 5,207 hektar tanah pada Indonesia

Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin mendesak Putrajaya menangani kebimbangan mengenai tindakan kerajaan yang didakwa menyerahkan 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan untuk tiga buah kampung di kawasan Nunukan, berhampiran Sabah.

Berucap pada sidang media di Parlimen hari ini, Hamzah menekankan bahawa kerajaan, terutamanya Perdana Menteri Anwar Ibrahim, mesti menegakkan prinsip ketelusan dalam perkara yang melibatkan kedaulatan negara.

"Saya dengar perdana menteri sendiri cakap, 'saya tidak akan benar satu inci pun tanah Malaysia ini diberikan kepada mana-mana negara lain'.

"Wah, hebat. Sedap. Cakap sedap. Tapi bila kita dengar, melihat kenyataan ini, bukan satu inci, yang amat berhormat perdana menteri. Saya nak maklumkan, bukan satu inci, Malaysia (didakwa) dah bagi 5,207 hektar sebagai pampasan

"Ini ceritanya, sila jelaskan perkara ini, apa yang sebenarnya berlaku,” desak timbalan presiden Bersatu itu.

Minggu lalu, media Indonesia melaporkan bahawa Malaysia telah menyerahkan ribuan hektar tanahnya sebagai pertukaran untuk tiga buah kampung - Kampung Kabulanalor, Kampung Lepaga, dan Kampung Tetagas - di Pulau Sebatik, di sepanjang sempadan Sabah-Kalimantan.

Sebagai perbandingan, keluasan tanah yang diberikan adalah jauh lebih besar daripada Putrajaya, yang mempunyai keluasan 4,931 hektar.

Setiausaha Agensi Pengurusan Sempadan Kebangsaan Indonesia, Makhruzi Rahman, berkata ini susulan perjanjian penyelesaian wilayah di mana garis sempadan telah dialihkan.

Berikutan arahan kabinet kepada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar untuk mengeluarkan kenyataan komprehensif mengenai perkara itu, menteri Arthur Joseph Kurup mempertikaikan laporan yang mendakwa bahawa langkah Malaysia untuk menyerahkan tanahnya adalah satu bentuk "pampasan" untuk ketiga-tiga kampung tersebut.

Bagaimanapun, kenyataannya tidak membincangkan sejauh mana perubahan wilayah susulan penyelesaian sempadan.

Apabila disoal oleh wartawan, Anwar turut berkata bahawa laporan media mengenai perkara itu “tidak benar”, sambil menambah secara ringkas bahawa Malaysia akan terlibat dalam rundingan secara damai mengenai isu ini tidak lama lagi.

Tidak berpuas hati dengan kenyataan pegawai kerajaan, Hamzah hari ini menegaskan bahawa perjanjian sedemikian harus dibincangkan di Parlimen terlebih dahulu sebelum keputusan muktamad dibuat.

Merujuk kepada pertikaian mengenai Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (ART) Malaysia-Amerika Syarikat, Ahli Parlimen Larut itu berkata bahawa jika kerajaan lebih suka tidak membangkitkan perkara sedemikian di Dewan Rakyat, sekurang-kurangnya perbincangan peringkat jawatankuasa perlu diadakan.

“Engkau (Anwar) yang buat untuk tentukan parlimen ini adalah parlimen yang begitu hebat, semuanya dibawa dalam jawatankuasa.

"Kita bersetuju. Bincang dalam jawatankuasa kalau kita rasa patut, kita setuju. Kalau kita rasa tak patut, kita tolak. Inilah dia check and balance (semak dan imbang)," kata ahli parlimen Larut itu.

INI KES VIDEO

TAPE SUKMA KE?

AMIN

SAJE TANYA

JANGAN MARAH
KHALAS

Tiada ulasan: