Khamis, 29 Januari 2026

BINTANG K-POP BERNAMA ROSMAH


Bekas Wanita Pertama Korea Selatan dihukum penjara 20 bulan akibat rasuah


SEOUL: Bekas Wanita Pertama Korea Selatan, Kim Keon Hee, dihukum penjara 20 bulan oleh Mahkamah Daerah Pusat Seoul hari ini, selepas didapati bersalah menerima suapan barangan mewah daripada sebuah pertubuhan keagamaan.

Hakim Woo In Sung memutuskan Keon Hee, 53, bersalah atas pertuduhan rasuah selepas menerima barangan mewah termasuk beg tangan Chanel dan rantai Graff daripada pertubuhan itu.

Namun, mahkamah berkenaan membebaskannya daripada pertuduhan manipulasi saham dan pelanggaran undang-undang pembiayaan kempen pilihan raya.

Pendakwa raya sebelum ini menuntut hukuman penjara selama 15 tahun.

Dalam penghakimannya, Hakim In Sung berkata, kedudukan Keon Hee, sebagai isteri presiden ketika itu memberinya pengaruh besar yang disalahgunakan untuk kepentingan peribadi.

"Kedudukan seseorang tidak boleh dijadikan alat untuk mengejar keuntungan peribadi," katanya.

Bagaimanapun, Keon Hee masih berdepan dua lagi perbicaraan berasingan berkaitan rasuah dan pelanggaran Akta Parti Politik, termasuk dakwaan mengatur kemasukan lebih 2,400 pengikut Gereja Penyatuan ke dalam Parti Kuasa Rakyat pimpinan suaminya, Yoon Suk Yeol, ketika itu.

Suk Yeol turut dipenjarakan atas kesalahan berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera pada Disember 2024 yang mencetuskan krisis politik besar di negara itu.

Siasatan terhadap kes Keon Hee turut membawa kepada penahanan pemimpin Gereja Penyatuan, Han Hak Ja, serta hukuman penjara terhadap beberapa individu lain termasuk bekas pegawai gereja dan ahli parlimen pembangkang yang menerima dana haram.

Kontroversi membabitkan Keon Hee sering membayangi pentadbiran Yoon, termasuk skandal penerimaan beg tangan mewah yang menyumbang kepada kekalahan besar parti pemerintah dalam pilihan raya umum 2024. – AFP

DI KOREA 

ADA NAJIB

DAH MASUK JIL

AMIN

DI KOREA

ADA ROSMAH 

DAH MASUK JIL

AMIN

SEMUA SAMA

MACAM MALAYSIA

TAPI MALAYSIA

TAK ADA K-POP

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: