PAGI INI
PAGI INI
KHAMIS 29 JANUARI 2026
HAJI DESUS
LEBAI DESAS DAN HAJI DESUS
Dah ada berita disebar oleh Lebai Desas dan Haji Desus : PRU16 – tak lama lagi.
BUKTI ?
Buktinya Madafaka sedang sibuk nak buat reform – nak buat itu dan ini – beri arah pada pegawai kerajaan dalam 1 minggu tak berubah boleh blah – kah kah kah. Masuk akal ?
Madafaka pun dah naikan gaji penjawat awam – ini RASUAH untuk beli undi – kah kah kah – Penjawat awam marah kerana DAP dilihat ambil alih kerajaan – maka Madafaka terpaksa beri rasuah untuk ikat sokongan.
Paling masuk akal ialah parti lawan sedang BERTERABUR – AZMIN berjaya mencucuk Muhyiddin untuk kacau Bersatu ada kacau PN.
Lebai Desas kata : Azmin dah jumpa Boy Fren lama beberapa kali kah kah kah AMIN.
HOKKIEN
Pagi ini langit pucat mendung. Matahari tak kelihatan. KL & KL Sentral berkabus agak tebal – kemarin macam ujan tak jadi.
Di Pintu Masuk gua dengar Jantan berkokok – SUARAN JANTAN DATANG dari arah tempat How Wow – pagi ini How Wow tak bersuara. Cengkerik dalam hutan belukar berdesit kuat.
Baru nak masuk ke jalan besar gua dah nampak dua Puppy menunggu – bila hampir ke Wakaf Pertama yang lain datang. Gua beri makanan disini. Siti muncul.
Ha ah amat menarik – Dua ekor Tiong dah ada menunggu – gua rasa ini pastilah Tiong yang sama – Mereka dah tahu akan ada makan disini.
Pagi ini gua gumbira melihat Siti adik beradik makan bersama Tiong.
Gua yakin hari ini akan panas. Langit masih kelam tapi gua rasa tak lama lagi Tuhan Ra akan muncul. Amin.
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
KHAMIS
BRO
Yang dah berlalu biarkan berlalu – lu buka kitab baru pagi ini.
BRO
Lu tak perlu sesal dalam hidup – hari susah jadi guru. Hari senang bawa bahagia.
BRO
Waktu yang ada pada kita terbatas. Jangan gunakan untuk hidup orang lain. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA



1 ulasan:
PRU sekarang atau dilambatkan tidak menjadi hal sebenarnya, siapa pun naik takhta semua akan dinaikkan semula sekali lagi, rakyat hanya mampu teriak bising dalam media sosial, selain itu dapat buat apa? Walaupun gunung dibagi, emas permata dibagi, gaji elaun dibagi tetap akan sama sampai majoriti mendapat keuntungan kah kah kah bising DAP akan diteruskan juga walaupun semua diberikan percuma percutian percuma kah kah kah satu undi tetap tidak mengubah apa-apa kepada cukong, tetapi cukong cukup takut kalau PM baharu kaki songlap juga kah kah kah
Catat Ulasan