GUAN ENG
TIBAI AZAM BAKI
JIKA TIDAK DAP
MACAM PKR
AKAN HILANG
SOKONGAN
KHALAS
Guan Eng kekal desak
Azam digantung,
mahu isu saham
bahas di Parlimen
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng menegaskan beliau kekal berpegang kepada kenyataan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) bertarikh 12 Januari 2022 yang menggesa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki digantung tugas bagi memberi laluan kepada siasatan bebas berhubung kontroversi pegangan saham.
Menurut Guan Eng, ketika beliau menjawat jawatan Setiausaha Agung DAP, Majlis Presiden PH telah menggesa Azam serta dua individu lain digantung tugas susulan skandal pemilikan saham yang mencetuskan persoalan integriti.
Beliau berkata, pada ketika itu Azam dikaitkan dengan pemilikan 1,930,000 saham dalam Gets Global Berhad (dahulunya KBES Berhad) pada 30 April 2015 yang dianggarkan bernilai kira-kira RM772,000.
“Pegangan tersebut kemudiannya dilaporkan menurun kepada 1,029,500 saham setakat 31 Mac 2016 dengan nilai sekitar RM340,000.
“Selain itu, Azam turut dilaporkan memiliki 2,156,000 waran dalam Excel Force MSC Berhad pada Mac 2016,” katanya dalam kenyataan.
Mengulas perkembangan terbaharu, Guan Eng berkata, rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendedahkan Azam pada satu ketika tahun lalu memiliki 17.7 juta saham dalam Velocity Capital Partner Berhad serta kira-kira 4.52 juta saham dalam Awanbiru Technology Berhad.
Menurut laporan Malaysiakini, saham Velocity Capital Partner dipercayai dibeli pada harga sekitar RM1.5 juta manakala saham Awanbiru Technology dianggarkan bernilai antara RM1.24 juta hingga RM1.38 juta pada suatu ketika.
Sehubungan itu, Guan Eng bersetuju dengan pendirian Majlis Presiden PH pada 2022 bahawa isu berkenaan wajar dibahaskan sebagai usul khusus di Parlimen sebelum sidang semasa berakhir pada 3 Mac 2026.
“Ketelusan dan akauntabiliti adalah asas penting dalam memastikan keyakinan rakyat terhadap institusi penguatkuasaan tidak terjejas,” katanya. –


Tiada ulasan:
Catat Ulasan