PETANG INI
DI SOGO
DEMO TIBAI
MADAFAKA
ANWAR
BIN IBRAHIM
KHALAS
Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberikan sokongan padu terhadap Azam Baki susulan skandal kedua melibatkan pegangan saham ketua pesuruhjaya SPRM itu - malah tidak membuat keputusan sama ada dia perlu direhatkan atau tidak.
Keadaan ini berbeza empat tahun lalu.
Pada 12 Januari 2022, Anwar, Lim Guan Eng (DAP), Mohamad Sabu (Amanah) dan Wilfred Mangius Tanggau (Upko) mengeluarkan kenyataan bersama yang menuntut Azam dan dua individu lain digantung bagi membolehkan siasatan bebas dilakukan berikutan skandal pemilikan saham.
Dua individu itu ialah Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM, Abu Zahar Ujang dan Borhan Dolah, Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan, Borhan Dolah.
Ini kerana Abu Zahar mempertahankan Azam dalam skandal tersebut, manakala Borhan dilaporkan enggan mengambil sebarang tindakan.
Pada penghujung 2021, Ketua Pesuruhjaya SPRM itu menjadi tumpuan berikutan pemilikan 1,930,000 saham dalam Gets Global Berhad (sebelumnya KBES Berhad) pada 30 April 2015, bernilai kira-kira RM772,000 pada waktu itu.
Pegangan sahamnya dalam Gets Global Berhad menurun kepada 1,029,500 pada 31 Mac 2016, bernilai kira-kira RM340,000. Dia juga memegang 2,156,000 waran dalam Excel Force MSC Berhad pada Mac 2016.
Pengisytiharan itu mencetuskan siasatan Suruhanjaya Sekuriti yang akhirnya mendapati tiada bukti perdagangan proksi kerana Azam mempunyai “kawalan” terhadap akaun dagangannya sendiri.
Anwar dan tiga pemimpin PH lain ketika itu berkata dalam kenyataan mereka bahawa jelas SPRM atau badan penasihat SPRM tidak boleh menyiasat Ketua Pesuruhjaya sendiri, dan siasatan oleh badan bebas yang tiada kaitan dengan SPRM amat diperlukan.
Mereka juga menuntut satu sesi khas Parlimen diadakan untuk membahaskan perkara itu.
Kini, Azam kembali menjadi tumpuan selepas Bloomberg dan Malaysiakini melaporkan secara berasingan bahawa ketua badan antirasuah itu memiliki saham besar dalam dua syarikat yang didakwa melebihi had yang dibenarkan bagi penjawat awam.
Saham Velocity Capital Partner dipercayai dibeli sekitar RM1.5 juta, manakala saham Awanbiru dianggarkan bernilai antara RM1.24 juta hingga RM1.38 juta pada suatu ketika.
Walaupun perdagangan saham oleh penjawat awam tidak menyalahi undang-undang, Pekeliling Pengurusan Tatakelakuan dan Disiplin Pegawai Awam 2024 menetapkan penjawat awam tidak dibenarkan membeli saham melebihi lima peratus daripada modal berbayar atau RM100,000 pada nilai semasa.
Selain itu, laporan Bloomberg mendakwa SPRM bersekongkol dengan ahli perniagaan — tindakan yang didakwa diketahui oleh Azam dan disokong olehnya.
Kabinet Anwar bertindak menubuhkan jawatankuasa khas tiga anggota — diketuai oleh Peguam Negara Dusuki Mokhtar untuk menyiasat isu pegangan saham tersebut.
Ahli Parlimen dari PKR, DAP dan PAS mengkritik jawatankuasa itu kerana dikatakan kurang bebas, sambil menekankan potensi konflik kepentingan apabila Peguam Negara juga menjadi penyiasat.
Kerajaan juga digesa memperluas skop siasatan untuk merangkumi dakwaan pakatan sulit pihak terlibat.
Sementara itu, pada jam 4 petang hari ini, satu perhimpunan akan diadakan di Sogo, Kuala Lumpur bagi mendesak kerajaan bertindak berhubung skandal membabitkan Azam.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan