INI BERITA BAIK
UNTUK ISRAEL
AMIN
CAKAP ANAK RAJA
TRUMP WAJIB
DENGAR
AMIN
DUNIA NAK LIHAT
BOM BOM TEL AVIV
KHALAS
Anak Shah Iran gesa campur tangan ketenteraan AS di Iran
MUNICH: Tokoh pembangkang Iran, Reza Pahlavi, menggesa Amerika Syarikat (AS) campur tangan secara ketenteraan di Iran kerana mendakwa tindakan itu boleh menyelamatkan nyawa.
Difahamkan beliau turut meminta pentadbiran Presiden AS, Donald Trump, jangan melengah-lengahkan rundingan nuklear dengan pemerintah ulama di Tehran.
Beliau berkata, terdapat tanda-tanda kerajaan Iran kini berada di ambang kejatuhan dan serangan ketenteraan boleh melemahkan atau mempercepatkan kejatuhannya.
"Ia hanya soal masa. Kami berharap serangan ini dapat mempercepatkan proses dan rakyat akhirnya dapat kembali ke jalanan serta menamatkan pemerintahan rejim," katanya kepada Reuters di luar Persidangan Keselamatan Munich.
Kempen tangkapan besar-besaran dan tindakan menggertak menyebabkan ribuan individu ditahan ketika pihak berkuasa Iran berusaha mengekang protes susulan tindakan keras terhadap rusuhan paling berdarah sejak 1979.
Protes itu bermula pada 28 Disember tahun lalu sebagai demonstrasi kecil di Grand Bazaar Tehran berhubung kesukaran ekonomi sebelum merebak ke seluruh negara.
Pembangkang Iran berpecah kepada pelbagai kumpulan dan fahaman ideologi, termasuk golongan monarki yang menyokong Pahlavi dan dilihat mempunyai pengaruh terhad serta kurang tersusun di dalam Republik Islam itu.
Dalam wawancara dengan Reuters bulan lalu, Trump menyuarakan keraguan terhadap tahap sokongan Pahlavi di Iran.
Sebelum ini, pentadbiran Trump mengadakan rundingan dengan Iran bagi melihat kemungkinan perjanjian nuklear dapat dicapai ketika AS menghimpunkan kekuatan ketenteraan di rantau berkenaan.
Minggu lalu, diplomat AS dan Iran mengadakan perbincangan di Oman dan rundingan lanjut dijangka berlangsung minggu hadapan.
Pahlavi berkata, rakyat berharap keputusan akan dibuat bahawa rundingan tidak membawa hasil.
"Ketika ini, sudah tiba masanya untuk AS campur tangan dan melakukan seperti yang dijanjikan Trump iaitu menyokong rakyat.
"Campur tangan adalah cara untuk menyelamatkan nyawa," katanya.
Semalam, dalam ucapan kepada anggota tentera AS di North Carolina, Trump berkata Iran bersikap sukar dalam rundingan nuklear dan membayangkan tekanan tegas mungkin diperlukan bagi menyelesaikan kebuntuan secara aman.
Dalam pada itu, dua pegawai AS yang enggan dikenali memberitahu Reuters bahawa tentera AS sedang melakukan persiapan bagi kemungkinan operasi berpanjangan selama beberapa minggu terhadap Iran sekiranya Trump mengarahkan serangan. – REUTERS


Tiada ulasan:
Catat Ulasan