Sabtu, 21 Februari 2026

NURUL NAK TUNJUK GARANG


KAH KAH KAH

NAK TUNJUK

GARANG 

LAWAN TOWKAY

KAH KAH KAH

AWAS !!!

NANTI KELUAR

KLIP VIDEO

KAH KAH KAH

KHALAS


'Polis patut siasat saham milik Azam' - Nurul Izzah


KUALA LUMPUR: Polis digesa menumpukan siasatan terhadap dakwaan pemilikan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),  Azam Baki, bukannya proses penerbitan laporan oleh agensi Bloomberg.

Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, menegaskan siasatan polis perlu memberi perhatian kepada kepada inti pati dakwaan yang dibangkitkan agensi berita itu, selaras prinsip ketelusan dan akauntabiliti.

"Saya juga minta supaya siasatan oleh PDRM seperti diumum fokus kepada dakwaan yang dibangkitkan oleh Bloomberg, bukan siasat penerbitan laporan tersebut. Maksudnya mudah.

"Kalau ada dakwaan, siasat dakwaan bukan tumpu kepada proses penerbitannya. Kita nak dan rakyat nak intipati dakwaan yang disiasat, bukan hanya siasat bagaimana laporan diterbitkan," katanya menerusi kenyataan video yang dikongsi di TikTok.

Nurul Izzah berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan keyakinan awam terhadap institusi penguat kuasa dan badan pencegahan rasuah terus terpelihara.

"'You don't want to shoot the messenger'. Kita mahu SPRM dan semua agensi dalam negara benar-benar menjadi benteng pertahanan kita semua," katanya.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, M Kumar, dalam kenyataannya pada 14 Februari lalu, berkata polis sudah membuka kertas siasatan berhubung penyiaran artikel oleh Bloomberg yang didakwa mengandungi kenyataan berunsur fitnah terhadap Azam.

Beliau dilaporkan berkata, siasatan sedang dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5), JSJ Bukit Aman, mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Selain siasatan polis, pada masa sama, Kabinet sudah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan membabitkan Azam sebelum sebarang tindakan susulan diambil.

Jawatankuasa siasatan itu dipengerusikan Peguam Negara,  Mohd Dusuki Mokhtar dan dianggotai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, i Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan,  Johan Mahmood Merican.

Bloomberg dalam artikelnya sebelum ini, melaporkan Azam memegang 17.7 juta saham dalam Velocity Capital Bhd atau 1.7 peratus berdasarkan penyata tahunan syarikat pada 3 Februari tahun lalu.

Perkara ini didakwa melanggar Pekeliling Kerajaan 2024 yang menyatakan penjawat awam boleh memegang saham dalam syarikat yang diperbadankan di Malaysia, dengan syarat pegangan tidak melebihi lima peratus daripada modal berbayar atau RM100,000 nilai pasaran, yang mana lebih rendah.

Azam dalam kenyataan belas, menegaskan beliau tidak mempunyai perkara disembunyikan dan telah membuat pengisytiharan kewangan dan harta selaras peraturan perkhidmatan awam yang berkuat kuasa serta melalui saluran rasmi.

Susulan itu, Azam turut memulakan tindakan undang-undang terhadap Bloomberg dan dilaporkan menuntut ganti rugi RM100 juta susulan laporan agensi berita antarabangsa itu.



Tiada ulasan: