Sabtu, 21 Februari 2026

MAT LEKEH BERNAMA ANWAR BIN IBRAHIM


KAH KAH KAH

ANWAR 

BIN IBRAHIM

KATA RAFIZI

HANYA MAT LEKEH

KAH KAH KAH

RAKYAT SEMAKIN

RAMAI SEDAR

SAPA MAT LEKEH

KAH KAH KAH

KHALAS


Kes bos SPRM: Anwar macam 'cybertrooper', kata Rafizi

Rafizi Ramli menyatakan keraguan terhadap hasil jawatankuasa khas yang menyiasat Azam Baki dengan mendakwa tingkah laku Anwar Ibrahim sebagai “seperti cybertrooper” dan ia bukanlah petanda yang baik.

Bercakap dalam program audio siar Yang Berhenti Menteri malam tadi, bekas Timbalan Presiden PKR itu menegaskan aktiviti media sosial Anwar – termasuk memaparkan kandungan yang selari dengan Azam – menunjukkan perdana menteri “tidak berminat” untuk menyiasat dakwaan salah laku Ketua Pesuruhjaya SPRM berkenaan.

“Tapi apabila keluar Anwar sendiri yang jadi cybertrooper duk forward perkara-perkara yang menunjukkan, mengiakan naratif sekarang kononnya Azam Baki ini diserang oleh kumpulan-kumpulan yang korup, itu naratif dia, itu menunjukkan itu pendirian dia (Anwar).

“Maksudnya perdana menteri berpandangan bahawa Azam Baki ini bersih dan semua yang telah disiarkan oleh Bloomberg itu, dia tak berminat langsung untuk tahu pendedahan-pendedahan itu.

“Dia tak berminat untuk disiasat kerana dia sendiri yang jadi peddler yang dok sibuk nak tunjukkan dan membesarkan naratif seolah-olah Azam Baki ini menjadi bahan serangan kerana buat kerja,” kata Rafizi.

Sambil menyatakan tiga orang yang dilantik menganggotai jawatankuasa khas siasatan itu semuanya melapor kepada perdana menteri, Rafizi menyuarakan kebimbangan betapa kurangnya kebebasan mereka dan mengibaratkan keadaan itu sebagai “kawan siasat kawan”.

Secara sinis Rafizi berkata jawatankuasa khas tersebut tidak mungkin membuat kesimpulan yang bertentangan dengan pendirian jelas Anwar.

“Apabila perdana menteri, sebelum siasatan bermula pun sudah bertindak seperti cybertrooper dan telah pun membuat kesimpulan, kita tahu ke mana akhirnya perkara ini.

“Apabila perdana menteri sendiri menyebarkan naratif bahawa Azam diserang kerana menjalankan tugasnya — itu jelas (bertujuan) untuk menutup sepenuhnya persoalan yang timbul mengenai integriti Azam,” tambah Ahli parlimen Pandan itu.

Calonkan Tengku Maimun

Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar, mengetuai jawatankuasa tersebut manakala dua lagi anggotanya ialah Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, dan Setiausaha Perbendaharaan, Johan Mahmood Merican.

Kenyataan terdahulu Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar menunjukkan skop siasatan jawatankuasa itu hanya tertumpu kepada isu pegangan saham Azam seperti didedahkan Bloomberg.

Perkara itu kemudian disokong oleh Mohd Dusuki, yang menyatakan bahawa siasatan jawatankuasa tidak melibatkan sebarang penelitian unsur jenayah.

Terdahulu, timbul dakwaan bahawa pegawai SPRM bersekongkol dengan individu tertentu di pihak swasta untuk menekan pesaing perniagaan mereka dan mengatur pengambilalihan saham korporat.

Semalam, anak Anwar yang juga Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, mengalu-alukan keputusan kerajaan menubuhkan jawatankuasa yang dipengerusikan Mohd Dusuki, namun memberi peringatan bahawa langkah itu tidak memadai jika skopnya terhad.

Dia yang mengalahkan Rafizi dalam pemilihan tahun lalu turut mencadangkan penubuhan sebuah jawatankuasa yang mempunyai kuasa arahan dan pemantauan sebenar serta melapor terus kepada parlimen.

Pihak lain sebelum ini mencalonkan bekas Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat untuk mengetuai panel bebas bagi menyiasat dakwaan terhadap Azam.

Terdahulu dalam audio siar sama, Rafizi memaparkan tangkap layar mesej yang didakwa dihantar oleh Anwar dalam kumpulan WhatsApp pro-PKR.

PM tetap bertanggungjawab

Ia memaparkan video TikTok yang menurut Rafizi tidak mendapat perhatian meluas sehinggalah Anwar menyebarkannya.

Video tersebut dikatakan mencemuh kritikan Muda terhadap Azam dengan menuduh parti itu “dibiayai” dan bertindak sebagai “alat” pihak yang sebelum ini disasarkan oleh agensi antirasuah terbabit, termasuk Dr Mahathir Mohamad dan Daim Zainuddin.

“Orang luar mungkin tidak tahu bahawa selain menjadi perdana menteri, (Anwar) juga sekali-sekala menjadi cybertrooper di WhatsApp,” seloroh Rafizi.

“Mungkin ada yang terkejut. Saya sudah lama bersama beliau (justeru) saya tidak terkejut. Dia memang begitu.”

Bekas menteri ekonomi itu turut menyorot tindakan akaun rasmi X milik Anwar yang menyiarkan semula kandungan daripada “akaun tanpa nama atau cybertrooper.”

Menegaskan bahawa dia sendiri tidak dapat memastikan sama ada hantaran itu dibuat sendiri oleh Anwar atau pihak lain, Rafizi berkata, Presiden PKR itu tetap bertanggungjawab atas apa yang disebarkan.

“Kalau pasukan saya retweet sesuatu dan saya tidak setuju, memang mati kena ‘hempuk’ (ditegur dengan keras) dengan saya.

“Sama ada Anwar sendiri yang retweet (kandungan itu) atau orang lain, itu bermakna dia tidak kisah akaun rasminya menyebarkan perkara yang membuatkan sebahagian daripada kita kurang senang,” kata Rafizi.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan bahawa akaun X Anwar menyiarkan semula satu hantaran yang menyorot kenyataan SPRM mengenai laporan terhadap Rafizi, sambil membuat perbandingan dengan skandal saham Azam.

Hantaran itu berbunyi: “Jika Bloomberg boleh memperbesarkan isu Azam Baki ‘bermain’ saham bernilai RM1 juta, sudah tentu ia tidak akan memejamkan mata terhadap seribu juta.”

Isu itu timbul ketika siasatan SPRM sedang berjalan melibatkan perjanjian kerajaan dengan syarikat semikonduktor British, Arm Holdings, dengan Rafizi dituduh tergesa-gesa memuktamadkan perjanjian yang didakwa melibatkan kos RM1.1 bilion.

Rafizi juga sedang disiasat berhubung dakwaan kedua melibatkan projek tenaga solar berskala besar oleh UEM Lestra. Dalam kes itu Rafizi didakwa mengarahkan kontrak bernilai RM2.5 bilion diberikan kepada sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengannya.



Tiada ulasan: