SAH INI SATU
PROVOKASI
AMIN
30 TAHUN DULU
BILA MENTERI
SHARON MASUK
INTIFADA BERMULA
AMIN
HANYA SATU
SOALAN :
SEKARANG APA
MAHMUD ABBAS
NAK BUAT ?
KHALAS
Menteri Israel masuk kawasan Al-Aqsa buat provokasi kepada rakyat Palestin
BAITULMAQDIS: Menteri Hal Ehwal Keselamatan Israel berhaluan kanan, Itamar Ben-Gvir memasuki kawasan sekitar Masjid Al-Aqsa, semalam yang juga ketika solat Jumaat pertama Ramadan.
Rakaman yang dikongsi di media sosial menunjukkan beliau tiba melalui Pintu Maghribi dengan diiringi Pesuruhjaya Polis Israel, Daniel Levy serta Komander Polis Daerah Baitulmaqdis, Avshalom Peled.
Menurut laporan agensi berita Palestin, Wafa, Ben-Gvir kelihatan membuat kenyataan berunsur provokasi yang ditujukan kepada rakyat Palestin di hadapan pegawai polis Israel.
Pintu Maghribi yang terletak berhampiran Tembok Al-Buraq, adalah antara pintu utama ke Masjid Al-Aqsa dan berada di bawah kawalan Israel sejak 1967.
Pintu itu kerap digunakan pasukan keselamatan dan penduduk penempatan Israel untuk memasuki kompleks masjid berkenaan.
Sementara itu, menurut laporan ArabNews, pentadbiran Gabenor Baitulmaqdis memaklumkan tindakan menteri itu berlaku ketika Israel mempertingkatkan langkah keselamatan serta bertindak mengenakan sekatan lebih ketat terhadap rakyat Palestin di Baitulmaqdis yang diduduki sepanjang Ramadan.
Walaupun demikian, menurut angka yang diberikan Jabatan Wakaf Islam di Baitulmaqdis, dianggarkan 80,000 jemaah menunaikan solat Jumaat pertama Ramadan di Masjid Al-Aqsa.
Sejak awal pagi, pasukan keselamatan Israel mengenakan kawalan ketat terhadap rakyat Palestin yang melakukan perjalanan dari Tebing Barat ke Baitulmaqdis.
Puluhan jemaah warga emas dilaporkan diarahkan berpatah balik di sekatan Qalandia dan Baitul Laham selepas dimaklumkan mereka tiada permit yang diperlukan.
Menurut saksi, pasukan keselamatan turut menahan sementara empat anggota paramedik serta mengganggu tugas wartawan dan pasukan perubatan di Qalandia.
Langkah keselamatan tambahan turut dikuatkuasakan di pintu masuk Kota Lama Baitulmaqdis dan pintu-pintu Masjid Al-Aqsa dengan jemaah lelaki muda dikenakan pemeriksaan identiti manakala sejumlah jemaah dihalang masuk. - AGENSI


Tiada ulasan:
Catat Ulasan