Sabtu, 21 Februari 2026

PELUANG BAIK


BILA MUSUH

BERGADUH INI

PELUANG BAIK

AMIN

SOKONG DAN

 LAGAKAN

DENGAN YG LAIN

AMIN

TABUR MINYAK

BAKAR HINGGA

JADI ABU

KHALAS


Pemuda PH Johor perlu henti serang, lempar fitnah Kerajaan Johor

JOHOR BAHRU – Pemuda Pakatan Harapan (PH) Johor perlu berhenti menyerang serta melemparkan kenyataan liar dan naratif berunsur fitnah terhadap kerajaan negeri.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Dr Aswad Ithnain berkata, tindakan itu bertentangan dengan Johor iaitu negeri yang terbina atas dasar muafakat, santun budi dan tatasusila tinggi.

“Namun, kebelakangan ini, saya melihat dengan hati yang berat bagaimana landskap politik negeri kita dicemari dengan kenyataan-kenyataan liar dan naratif berunsur fitnah yang dilemparkan secara berterusan oleh rakan-rakan daripada Pemuda PH Johor.

“Ketegasan saya hari ini bukan bermaksud untuk mencari musuh, tetapi untuk mempertahankan maruah Bangsa Johor yang kian rimas dengan politik toksik.

“Rentetan serangan dalam isu agihan kerusi, ugutan bertanding solo serta cubaan memanipulasi isu bekalan air demi kepentingan politik sempit adalah tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab.

“Ia ibarat membakar kelambu kerana marahkan nyamuk yang menjadi mangsa akhirnya adalah rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terbaharu pada 12 Februari lalu, Pemuda PH mempersoalkan krisis air di negeri ini yang didakwa berpunca daripada projek pusat data selain menggesa penjelasan terbuka dan telus daripada kerajaan negeri berhubung isu tersebut.

Mengulas lanjut, Aswad berkata, tindakan Pemuda PH itu tidak matang sedangkan kerajaan negeri sentiasa memperbaiki kehidupan rakyatnya.

“Di mana letaknya kematangan apabila setiap perbezaan pendapat diakhiri dengan serangan peribadi dan tohmahan melulu terhadap kepimpinan Kerajaan Negeri?

“Kerajaan Johor sedang menjalankan pelbagai inisiatif bagi menangani cabaran ekonomi dan kos sara hidup, namun pimpinan Pemuda PH nampaknya lebih sibuk menagih kerusi dan jawatan Exco, seolah-olah kuasa itu lebih utama daripada keringat rakyat di bawah,” ujarnya.

Beliau mengingatkan Pemuda PH bahawa politik adalah amanah untuk berbakti bukan pentas untuk menyemai benih kebencian.

Justeru beliau meminta budaya politik tanpa fakta itu dihentikan kerana fitnah yang hanya akan memecah-belahkan keharmonian yang telah lama dijaga di bawah naungan Sultan Johor.

Beliau tidak mahu budaya politik fitnah menjadi punca retaknya perpaduan hanya kerana rakus mengejar kedudukan.

Aswad menggesa anak muda Johor menolak budaya politik yang merosakkan dan memerlukan pemimpin yang membawa solusi, bukan sekadar pandai mencipta kontroversi.

“Akhir kata, kepada rakan-rakan di sebelah sana, pintu muafakat sentiasa terbuka jika anda memilih jalan yang benar.

“Namun, jika jalan fitnah yang terus dipilih, kami tidak akan sesekali membiarkan maruah negeri ini diperkotak-katikkan. Biarlah kita bertelagah atas dasar idea, bukan atas dasar nawaitu yang jahat,” katanya. – MalaysiaGazette





Tiada ulasan: