WAJIB BERSEDIA
INFLASI SAMPAI
HARGA BARANG
AKAN NAIK
AMIN
ORANG RAMAI
BERSEDIA
JIMAT DAN CERMAT
AMIN
PEMBANGKANG
BERSEDIA
DAPAT PELURU
BOLEH HASUT
TURUN
TURUN TURUN
KHALAS
Konflik Asia Barat: Malaysia dijangka berdepan tekanan inflasi – Akmal Nasrullah
JOHOR BAHRU – Malaysia dijangka berdepan tekanan kenaikan inflasi susulan gangguan rantaian bekalan tenaga global akibat ketegangan geopolitik di Asia Barat.
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, gangguan terhadap bekalan minyak dan gas di peringkat global itu berpotensi memberi kesan domino kepada peningkatan kos pengeluaran, logistik serta harga barangan di pasaran.
Menurutnya, walaupun Malaysia berjaya mengekalkan kadar inflasi yang rendah sekitar 1.4 peratus sepanjang tahun lalu, perkembangan terkini geopolitik dijangka memberi tekanan baharu kepada harga barangan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
“Kesan konflik ini bergantung kepada beberapa keadaan iaitu intensiti atau kerosakan yang berlaku dan seberapa lama konflik ini akan berlarutan.
“Ketika ini, masih belum ada tanda-tanda bahawa konflik ini akan tamat.
“Justeru, kerajaan telah pun mengambil beberapa pendekatan untuk menjamin bekalan minyak mencukupi, memastikan kegiatan aktiviti ekonomi masih berjalan dan aspek kesejahteraan rakyat terus dipelihara sebaik mungkin,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas meninjau Program Jualan Rahmah di kawasan Pangsapuri Desa Dato’ Hajjah Hasnah, di sini hari ini.
Terdahulu media melaporkan, kadar inflasi negara dijangka boleh meningkat sehingga tiga peratus sekiranya harga minyak dunia terus melonjak sehingga mencecah AS$150 (RM595) setong.
Pensyarah Kanan Ekonomi dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Bashir Ahmad Shabir Ahmad dilaporkan berkata, kerajaan perlu mengambil langkah sewajarnya bagi mengurangkan tekanan ekoran peningkatan tersebut terutama dalam aspek pemberian subsidi.
Mengulas lanjut, Akmal Nasrullah berkata, konflik di Asia Barat boleh memberi kesan besar sekiranya berlaku gangguan terhadap laluan perkapalan utama dunia seperti Selat Hormuz.
“Gangguan terhadap bekalan minyak dan gas akan memberi implikasi langsung kepada produk berasaskan petroleum seperti petrol dan diesel.
“Selain itu, minyak juga merupakan komponen penting dalam proses pengeluaran banyak barangan, sama ada dari sudut input mahupun output. Jadi apabila berlaku gangguan bekalan, ia akan meningkatkan kos pengeluaran serta kos logistik dan rantaian bekalan,” katanya.
Tambahnya, kerajaan ketika ini sedang merangka langkah terbaik bagi mengurangkan permintaan terhadap petrol termasuk cadangan pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) membabitkan penjawat awam.
Sebelum ini, beberapa negara ASEAN termasuk Thailand, Vietnam dan Filipina mengumumkan langkah berjaga-jaga antaranya WFH bagi mengurangkan penggunaan tenaga selain menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik dan hibrid. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan:
Catat Ulasan