Rabu, 25 Mac 2009

MEMAHAMI KAPITALISMA



DARI MANA HARTA KEKAYAAN DATANG


Harta kekayaan datang dari tenaga manusia. Harta Qaroon sekali pun ianya terkumpul dari hasil tenaga manusia. Kena loteri pun duitnya berpunca dari tenaga manusia yang telah di tipu. Justeru semua harta kekayaan didalam duna ini adalah hasil tenaga kerja manusia. Sejarah dunia ini ialah sejarah manusia membuat pekerjaan. Tidak ada harta terpijak.

Tulang empat kerat dan otak fikrah manusialah yang melahirkan dunia yang kita lihat hari ini. Semua kebaikan dalam dunia ini adalah hasil perbuatan manusia. Semua kebejatan dan kerosakan alam ini juga adalah hasil kerja tangan manusia.

Apabila manusia bekerja dia melaburkan tiga pekara asas: tenaga, masa dan fikrah. Tiga pekara inilah yang menjadi asas ekonomi. Dari Zaman Batu, ke Zaman Gangsa, ke Zaman Wap, ke Zaman Leterik, ke Zaman Nuklear hingga ke Zaman Internet hari ini – yang menjadi asas ekonomi masih lagi tiga perkara ini.

Semua harta kekayaan – dalam apa sahaja bentuk - yang di miliki oleh sesiapa pun didalam dunia ini tidak dapat tidak berpunca dari tiga asas ini.

Pak Tani ke sawah – dia membanting tulang – menghabiskan masa dan tenaga untuk menghasilkan padi dan beras. Dia menggunakan akal fikiran untuk mencari masa dan ketika yang baik untuk menyemai, mengubah, merumput dan menuai padi. Pak Cik Felda bertungkus lumus menanam sawit, membaja pokok, memotong buah dan mengumpul buah. Pak Cik Felda juga menggunakan akal fikiran tentang cara terbaik untuk membaja, menarah pokok dan memilih buah.

Tiga pekara ini tidak akan lari sebagai asas ekonomi – masa , tenaga dan fikiran.

Jika sesiapa yang telah membaca buku The Godfather tulisan Mario Puzo akan bertemu dengan ayat – di belakang semua kekayaan ialah jenayah. Kata-kata ini ada unsur-unsur kebenaran. Semua manusia yang kaya raya didalam dunia mendapat harta kekayaan hasil dari merompak – tenaga, masa dan fikiran orang lain.

Towkay atau Tok Peraih yang membeli padi dari Pak Tani akan membelinya dengan harga yang murah. Ertinya Tok Peraih membeli dengan harganya yang tidak setimpal dengan nilai masa, tenaga dan fikiran Pak Tani. Tok Peraih akan menjual padi ini sekali lagi dengan harga yang tinggi – ini dipanggil untung. Untung ini sebenarnya ialah nilai lebihan hasil dari tenaga, masa dan buah fikiran Pak Tani yang menanam padi.

Padi yang telah menjadi beras ini akan bertukar tangan sahingga sampai kepada pengguna. Dalam perjalanan dari sawah ke meja makan - orang-orang tengah ini menokoh tambah nilai harga tenaga asal titik peloh Pak Tani. Si Pengilang, Si Pembungkus, Si Pengangkut, Si Pengiklan dan Si Peruncit – semua ini adalah orang tengah yang hidup kaya raya diatas titik peluh Pak Tani.

Orang-orang tengah ini berligar-ligar memusing-musing perniagaan untuk mendapat keuntungan maksima. Justeru – Pengilang beras jadi kaya, Pengedar beras jadi kaya atau Pembekal beras jadi kaya. Jangan terperanjat ada diantara peniaga beras – di Bursa Saham Wall Street New York atau City of London - tidak pernah melihat sawah dan padi tetapi mereka kaya raya berniaga padi dan beras. Yang terus miskin ialah si Pak Tani. Ini lah satu contoh dalam sistem ekonomi kapitalis dimana harta kekayaan boleh dibuat dengan menggunakan tenaga, masa dan fikiran orang lain.

Mekanisma yang dikatakan menilai harga padi dari Pak Tani ialah Pasaran atau Market. Ini sebenarnya satu pembohongan. Pasaran ini di kawal oleh tuan-tuan pemodal sendiri. Tok Peraih, Si Pengedar, Si Pembekal – semuanya memiliki persatuan yang menjaga kepentingan mereka. Dengan modal besar yang terkumpul mereka mengawal harga untuk memastikan mereka terus mendapat keuntungan maksima. Mereka memastikan harga padi atau apa sahaja yang mereka beli akan terus murah dan manakala harga beras atau apa sahaja yang mereka jual untuk pengguna akan terus mahal.

Pak Tani telah dipisahkan dari orang yang ingin membeli beras. Ruang pisah ini telah dimasuki oleh Orang Tengah atau Lintah Darat yang kerjanya hanya mengaut untung. Untuk mengindah muka hodoh Lintah Darah ini mereka memanggil diri mereka – Ahli Perniagaan, Usahawan, Pemaju, Pengimpot, Pengekpot atau Pengedar. Hakikatnya mereka hidup diatas usaha orang lain.

Kita juga selalu melihat, membaca atau mendengar ada Sang Kontrektor atau Sang Pemaju menjadi kaya raya. Ini bukan bermakna si Pemaju ini hebat, bijak atau dia berjemur dalam panas terik membanting tulang. Apa yang lakukan oleh si Pemaju ialah mencari tenaga kerja buruh termurah. Kerana itu di Malaysia kita mengimpot buruh dari luar negara untuk membayar upah tenaga kerja dengan murah.

Kita panggil ini gaji. Gaji ialah pertukaran masa, tenaga dan fikrah si Buruh yang membuat kerja. Jumlah duit yang dibayar untuk pertukaran ini akan dinilai oleh si Pemaju. Si Pemaju sama seperti Tok Peraiah akan menilai masa, tenaga dan fikrah Buruh ini dengan nilai yang terendah. Gaji yang murah akan menjanjikan keuntungan yang lebat untuk si Pemaju. Justeru si Pemaju binaan tidak akan mengambil buruh dari New Zealand atau Sweden – tidak mungkin – mereka mengambil dari Indonesia, Burma dan Nepal.

Harus kita sedari bahawa seorang buruh Sweden keupayaan kerjanya adalah sama dengan buruh dari Nepal atau Indonesia. Tetapi ada perbezaan bayaran. Perbezaan bayaran ini untuk memastikan si Pemaju mendapat keuntungan yang maksima. Rumah atau bangunan yang di dirikan oleh tenaga buruh dari Indonesia atau Nepal dapat dijual dengan keuntungan lebih banyak. Keuntungan berlaku kerana tukaran tenaga, masa dan fikrah itu tidak setimpal dengan nilai tenaga pemburuhan itu.

Justeru terbukti Si Kontrektor dan Pemaju jadi kaya raya bukan kerana mereka hebat tetapi kerana mereka hidup mengumpul titik peluk dan tenaga beratus-ratus kaum buruh yang kemudiannya dijadikan keuntungan dan modal. Lagi ramai tenaga buruh yang di gunakan lagi besar modal yang dapat di kumpulkan.

Jika kita telah memahami asas dari mana punca modal dan keuntungan datang maka amat senang untuk kita memahami kenapa pula negara-negara Dunia Ketiga – Asia, Afrika dan Latin Amerika terus miskin dan susah. Dari sini kita juga akan faham kenapa Eropah, Jepun, Amerika, Canada dan Australia terus menjadi kaya dan dapat mengumpulkan modal untuk warga mereka hidup lumayan.

Dalam konteks ekonomi kapitalis global - semua negara-negara Dunia Ketiga tarafnya samalah seperti Pak Tani dan Buruh Imigran. Malaysia, Singapura dan China ini adalah buruh-buruh imigran. Thailand, Cina, Indonesia, Vietnam adalah Pak Tani yang mengeluarkan makanan. Hasil dari sistem ini warga di Asia, Afrika dan Latin Amerika terus hidup dalam kemiskinan. Tenaga, masa dan fikrah warga di negara-negara ini di nilai dengan rendah justeru upah untuk masa, tenaga dan fikrah mereka amat sedikit.

Dalam sistem kapitalis ini, yang mendapat kekayaan adalah kaum pemodal antarabangsa yang berpusat di New York, Paris dan London. Kaum pemodal antrabangsa ini mengajukan kepada kita semua agar menggunakan sistem ekonomi kapitalis yang telah mereka cipta. Warga di Asia, Afrika dan Latin Amerika di taburkan dengan pelbagai tipu helah dan paksaan agar menerima sistem ekonomi kapitalis tanpa apa-apa pilihan. Kaum pemodal Anglo-Amerika mengatakan bahawa tidak ada sistem ekonomi yang lain melainkan sistem kapitalis. Ini bohong.

Jadi dalam konteks ekonomi kapitalis global, kita di Malaysia dilihat sebagai buruh imigran oleh kaum pemodal Anglo-Amerika. Justeru, buruh imigran tidak memiliki banyak hak. Buruh imigran ini selalu ditakut-takutkan dengan pelbagai undang-undang dan akta. Mereka tidak ada kesatuan yang ampuh untuk memperjuangkan hak mereka.

Buruh imigran ini tidak mungkin akan dapat mengubah dam memperbaiki hidup dalam sistem yang ditaja oleh Tuan Empunya Modal atau Kilang. Sebagai buruh kilang kita akan terus mendapat gaji yang rendah. Kita tidak akan memiliki kualiti kehidupan yang lumayan untuk kita memperluaskan keupayaan diri sebagai insan untuk membuat kebaikan. Malah kita juga dilarang untuk berilmu dan berfikiran bebas.

Seperti Pak Tani di Kuala Muda Kedah hidup mereka akan berterusan dalam kemiskinan kerana Tok Peraih Beras dan Tuan Punya Kilang Beras tidak akan membenarkan Pak Tani ini faham akan susur galur perjalanan sekampit padi itu. Pemodal pemodal antara bangsa di Bursa Saham Wall Street dan City of London tidak akan membenarkan Pak Tani dan Buruh Kilang mengubah cara urus niaga ini. Mereka menyediakan mandor-mador yang ganas untuk memastikan sistem ekonomi ini berteruskan.

Di Malaysia mandor yang telah di pilih oleh kuasa pemodal Anglo-Amerika semenjak tahun 1957 ialah gerombolan United Malays National Organisation. Mana mungkin Tok Peraih dan Sang Pemaju dan para mandor ini mahu berubah sistem kerana sistem kapitalis ini telah memberi memberi mereka keuntungan maksima dan modal yang melimpah tanpa mereka membanting tulang bekerja. TT





27 ulasan:

Cob Nobbler berkata...

Kapitalisme.Lebih bahaya dari HIV.Membuatkan anda ketagihan wang dan menjadi pink form junkies.

Abu Tasneem berkata...

assalamulaikum...
Semua kekayaan di dunia ini adalah dari Allah s.w.t. Harta seseorang itu adalah amanah Allah. Bekerja kerat hanyalah asbab. Semuanya datang dari Allah.

Melayu Sejati berkata...

Bro,

1. Pak Politik...memasuki ladang UMNO serta membanting tulang dan menggunakan akal fikiran untuk menuai kekayaan seberapa banyak yang mungkin.

2. Maka terhasillah ekonomi "Haram Jadah".

3. Maka terNGANGAlah pekerja-pekerja Pak Politik tadi kerana tak cukup mengkedarah.

Tanpa Nama berkata...

Tepat sekali bro...

Kita yang rakyat marhaen ini dikulikan oleh Gerombolan sasau UBN itu...

Marilah kita menghapuskan kumpulan kontraktor ini untuk kesejahteraan semua.

Aki

Tanpa Nama berkata...

Ingin saya tambah sedikit, saudara Hisham.

Benar bahawa harta kekayaan manusia dibentuk daripada daya tenaga dan fikiran manusia, tetapi jangan lupa bahawa sumber asas yang menjadi punca kekayaan ialah tanah (land) dan sumber aslinya (resources), termasuk kesuburan tanah (soil fertility). Tanpa sumber asas ini, tiadanya kekayaan.

Sekian.

Tanpa Nama berkata...

Dari Najis ke Kutty

Tanpa Nama berkata...

ni yg gua ketagih dgn fikrah lu ni. masuk akhbar 'mainstream' bolih memberi kesedaran kepada seluruh warga.

tokei kelab dangdut juga telah menerima pakai sistem ekonomi kapitalis.

menggunakan minah-minah dangdut dari dunia ketiga untuk beronggeng kerana upah yg lebih murah dari minah geneva dan awek stockholm.

kahkahkah. kahkahkah. kahkahkah.

Tanpa Nama berkata...

Seperti biasa tulisan Comrade Isham yang mantap dalam konteks politik negara. Teruskan tulisan ilmiah begini Comrade. Hidup Komunism, Ganyang Kapitalis !

yang benar,

Lan Anarkis

Tanpa Nama berkata...

Syabas Bro Isham atas kupasan isu tersebut yang mendalam dan bernas... Cara perdagangan boleh menjadi baik apabila prinsip "keuntungan maksima" boleh diketepikan.

Tanpa Nama berkata...

Betul tu Pak Hisham..contoh terdekat ialah Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) yg mengambil keuntungan atas dasar ini. Tak tahu apalah yg dibantu oleh BERNAS kepada petani2 kita. Bila sampai hujung tahun declare rugi. tapi bos2 nya dpt gaji puluh2 ribu. Ish2..x malu ka???

AnakSemuaBangsa berkata...

Sistem kapitalis telah memusnahkan fikrah dan hak Asasi semua golongan manusia dibumi yg di panggil dunia ketiga.
keuntungan berganda adalah ajenda kapitalisma, menburuh dengan harganya yang tidak setimpal dengan nilai masa, tenaga dan fikiran dari warga buruh.
Kapitalisma telah menbunuh kemakmuran di dunia ini.

Tanpa Nama berkata...

NAJIB MUNGGUNAKAN KONSEP KAPITALISMA BARU...."KAPASELAMISMA, SUKHOISMA, DAN ALTANTUYAISMA ( TAK NAK SHARE COMMISSION C4 AJE).....

Tanpa Nama berkata...

Wow bro, ini heavy stuff, tak tahu nak komen tapi tak suka mandorlah!....hau hau hau hau

Tanpa Nama berkata...

Maaf,iklan…

VOTE EARTH by simply switching off your lights for one hour, and join the world for Earth Hour. 8:30PM local time, wherever you live on planet earth. Saturday 28 March 2009.

for more info plz log on to http://www.earthhour.org/

Tanpa Nama berkata...

Abg Hisyam...teruskan dengan kuliah2 ekonomi abg Hisyam..saya saya ini amat bermakna untuk generasi muda macam saya untuk memahami erti ekonomi yang sebenar.

sheikh mustafa kamal al aziz berkata...

Braboo.....,
u memang hebat! Bro, tulisan u padat, jitu dan berfakta. Sekarang kita benar-benar faham apa itu kapitalisma!



sila layari: http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/

sheikh mustafa kamal al aziz berkata...

braboo...
sekarang kita fahan bebenor apa itu kapitalisma...

tq bro...

sila layari: http://sheikhmustafakamal.blogspot.com/

tq

Tanpa Nama berkata...

Penerangan berkaitan kapitalisme yang "simple" tetapi tidak "
simplistic" ...

Tanpa Nama berkata...

pergi jahanam ketuanan melayu ! sultan dan UMNO pencuri hak rakyat

Tanpa Nama berkata...

70% kekayaan dimiliki oleh Cina seberang laut. so ko jangan salah tengok dan mengelirukan pembaca, ia bukan lah United Malays National Organisation semata-mata, Malaysian Chinese Association pun sama! kita dapat lihat bagaimana Kuomintang menjadi MCA...ini semua juak-juak British dahulu kala!

Tanpa Nama berkata...

mmg benar ape yang dicatatkan oleh bro isham.. kan lebih baik kalau sistem ekonomi di malaysia mengikut ekonomi islam sama ada mikro mahupun makroekonomi.. insyaallah semuanya akan berjalan dengan lebih baik tanpa merasa ada penindasan dan sebagainya..

Tanpa Nama berkata...

perghhh..ngm lo bro,ko kena sedar kn org2 melayu dgn tulisan2 ko..byk lg menulis perkara2 cmni,biar marhaen,pak tani n org2 kg th perancangn jahat kapitalism n konco2 dia(umno)....arap PR jgn guna cara kapitalism ni,tlg2 la rakyat yg ssh ni.

Tanpa Nama berkata...

Zaman penjajahan British, mandor beruniform seluar pendek dan berstokin putih.

Mandor Anglo-Amerika di Malaysia sekarang beruniform merah putih.

Tabik tuan !!!

Mandor-mandor ni sedang bermesyuarat.

hafiz berkata...

betol bro!
Jangan jadi bodoh wahai kawan. Kita ini adalah manusia dan kita punya rasa yang sama untuk menikmati sebuah kehidupan. Merayakan kehidupan untuk sebuah tempoh tertentu.

Tidak perlu jadi bodoh wahai kawan. Kita merayakan hidup dengan segala beban dan semua rasa. Kita meraikan kehidupan dengan segala yang ada, dengan segala yang termampu. Dari jerih dan payah sendiri. Untuk itu, jangan jadi bodoh wahai kawan.

Jangan jadi bodoh wahai kawan. Segala retorik rasis fasis harus kita sama-sama padamkan. Segala retotik taat setia yang jumud wajar kita cerahkan. Segala retorik yang membangkit api permusuhan wajib kita sejukkan. Jangan jadi bodoh wahai kawan.

Jangan jadi bodoh wahai kawan. Segala raja dan segala kepala. Segala ’pemimpin’ dan segala dikeliling mereka. Kitalah yang membayar mereka. Dengan segala cukai dan segala titis peluh kita. Kita bayar mereka dengan segala makanan yang kita makan, dengan batang-batang rokok yang kita hirup asapnya, dengan segala kondom dan segala KY yang kita beli, dengan segala jenis arak yang kita minum dan dengan segala babi yang terjual beli. Cukai ini adalah gaji untuk mereka. Jangan jadi bodoh wahai kawan. Kitalah yang membayar mereka. Maka, berbanggalah kamu wahai kawan!

Jangan jadi bodoh wahai kawan. Kita ini berada disebuah sistem yang gagal. Manusia manusia disini. Yang belajar. Yang terpelajar. Menjadi sebuah produk untuk dijual beli mengikut permintaan pasaran. Produk yang teracu mengikut acuan beku dan pramatang. Ini bukanlah sebuah ejakulasi yang nikmat. Apakah itu kamu kita kami dia bangga? Melainkan mereka yang mampu untuk berpikir dan tidak bodoh seperti mereka.

Kamu jangan bodoh wahai kawan. Perpecahan??? Sila buktikan padaku tamadun mana yang tidak mengalami perpecahan? Malah ais dikutub juga semakin terpisah pecah cair dari hari ke hari. Sila buktikan padaku mana dia tamadun itu? Hukum kekutuban tak pernah gagal! Perpecahan adalah fitrah alam! Lebih lebih lagi, adalah semakin bodoh dan dangkal untuk bersatu dengan enjin kejahatan yang nyata!

Jangan kau bodoh lagi wahai kawan. Mereka juga duduk disana dengan sebuah sistem yang bukan pun punya originaliti lokal.Untuk segala sejarah yang terzahir. Untuk segala realiti silam yang tercipta. Berterimakasihlah pada British! Ya. British yang manusia-manusianya menyalat punggung dengan kertas.Ya British. Yang datangnya dengan 3G. Gold ,Glory and Gospel. Ketahuilah olehmu bahwa sesungguhnya kerana Britishlah telah menyatukan kita. Tanpa mereka. Kesultanan Kelantan mungkin akan memerangi kesultanan Selangor , Kesultanan Johor mungkin merampas takhta kesultanan Perak. Sejarah takkan menipu, apa kamu masih tidak ingat apa yang berlaku kepada kesultanan Johor setelah kedatangan kapal dari seberang laut itu? British menyatukan kita dengan sistem yang terjilid ini. Raja Berpelembagaan. Jangan kamu buta sejarah wahai kawanku. Inilah realiti! Britishlah menyatukan kita dari Perlis hingga Temasik.

Wahai kawanku ketahuilah ini. Dengan segala cukai yang terpungut. Dan segala wang pelaburan internet yang terbeku. Segala hasil mahsul bumi ini. Kita, jika tidak lulus loan dengan bank, kita hanya mampu untuk membuat loan dari peminjam wang berlesen.... dan mereka terus disana dengan segala wang hasil cukai yang diperah dari titis peluh kita. Maka ketawalah kita semua sekarang ini! Hahahahah -hafiz

Tanpa Nama berkata...

hafiz, apa kau merepek? british mungkin ada betul kerana menunjukkan jalan pada kita. tapi tak bermaksud kita kena teruskan apa yang dibuat british. faham tak ni? perjuangan kaum kiri menentang penjajah dahulu diluputkan sejarah. jika Malaya jadi sebuah republik Komunis yang merdeka, tentu kita tak perlukan Kapitalism lagi dalam mengejar kemakmuran. Malangnya Komunis kalah kerana UMNO dan barua inggeris menjilat penjajah, spesis2 bodoh yang senang ditipu dan tak berjati diri. InsyaAllah, dimasa hadapan Malaysia bakal merdeka dibawah tangan Komunism.

yang benar,

Lan Anarkis

Tanpa Nama berkata...

Sosialiskan bagus apa kejadah kita nak guna komunisme...

Tanpa Nama berkata...

good explanation, more & more bro...