Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Selasa, 15 September 2009

RAYA TAK SAMPAI SEMINGGU LAGI !




KAMUNTING

bangunan dalam bangunan dalam bangunan
tembok belakang tembok belakang tembok
bilik dalam bilik dalam bilik
dalam pagar dalam dinding dalam tembok dalam kawat berduri

jam 7.00 petang pintu ditutup
jam 7.00 pagi pintu di buka

kamunting evin guantanamo abu gharaib negev bagram
percubaan manusia

layarkan mata ke dunia yang bebas
layarkan hati melepasi tembok batu
layarkan perasaan merentas kawat berduri
layarkan perahu dan tinggalkan pulau itu

layarkan hidup ini untuk menjadi manusia yang berani
layarkan hidup ini untuk merombak tembok kongkongan
layarkan hidup untuk memecah semua bingkai

jadilah manusia yang bebas
hidup hanya sekali




6 ulasan:

Johan berkata...

kita harus sedar ramai orang di luar sana yang tidak boleh buat banyak perkara yang kita pandang remeh-temeh dan mampu buat tiap-tiap hari/bila2 tanpa perlu berfikir dua kali..


Dilarang melarang..kebebasan itu hak asasi..

Tanpa Nama berkata...

Najib dan Hishamuddin telah membebaskan 5 orang tahanan ISA yang diwartakan dalam berita TV3.

Md.Sah diantara orang yang dibebaskan. Kita percaya pembebasan ini berkaitan dengan pilihanraya kecil di NS.

cucupakkasim berkata...

kamunting..masa suai kenal..sebulan gelap gelita,sebulan terang benderang..

Tanpa Nama berkata...

kambing telah jadi gulai,
daun telah jadi asap,
kadang-kadang kita lalai,
tidaklah sedar mulut sedang menghisap..

dalam hisap-hisap,
kadang keluar kepulan bulat,
lidah telah jadi kelat,
rupanya terlupa untuk memadat,

hoi bebaslah sudah ayah-ayah,
hoi penuh makna maka berayalah,
hoi sebenarnya tiadalah payah,
hoi rupanya penuh dengan susah,

dimakan masa,
kambing semalam telah jadi tahi,

dimakan masa,
kambing semalam telah jadi daging,

tujuh tahun menjadi barah,
tujuh tahun penuh antah berantah..

hulurkanlah tiga helai janggutmu isham,
untuk kuanyam jadi ketupat,
hulurkanlah tiga harakat hilaimu isham,
untuk kuderingkan di telefon lipat..

-loharisan-

Tanpa Nama berkata...

Salam Bro Isam, Sajak ke 24 yang berguna dan telah dikutip.

Puisi begini yang kami tunggu-tunggu.Temanya kebebasan yang dicalar.Bukan menjadikan manusia takut malah lebih berani demi mempertahankan kebebasan diri.
Kebebasan demi kebenaran.
Kebebasan yang hak.Mereka hanya mampu memenjara.Tapi tidak dapat meragut rasa hati dan semangat manusia yang berani. Badan mereka terpenjara di belakang tembok namun jiwa dan semangat mereka bebas mengalir dalam nadi rakyat Malaysia.

Salam bro.

Nunca Caminaras Solo berkata...

Selamat Hari Malaysia.. Raikan kehidupan..