Selasa, 15 September 2009

SELAMAT BERBUKA PUASA




INI UCAPAN SELAMAT HARI RAYA TAHUN INI DARI MB PAHANG !



H1N1: MB PAHANG TIDAK ADAKAN RUMAH TERBUKA
- bernama

BENTONG 15 Sept Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob berkata hari ini beliau tidak akan mengadakan rumah terbuka Aidilfitri tahun ini kerana bimbang dengan penularan selesema babi atau influenza A (H1N1) yang disifatkannya kini berada ditahap serius.

Adnan berkata, beliau tidak mahu membiarkan orang ramai terdedah kepada bahaya penyakit tersebut.

“Kita tidak boleh memandang ringan wabak influenza A atau H1N1 ini kerana mengikut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ia akan memasuki gelombang kedua pada pertengahan bulan depan.

“Mengikut laporan WHO itu, lebih ramai penduduk dunia akan menjadi mangsa gelombang kedua H1N1,” kata Adnan kepada pemberita selepas menghadiri majlis Rahmat Ramadan di masjid Felda Sungai Kemahal, dekat sini.




9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

h1 hadiran kurang kah kah kah
n1 no money hutang kerajaan negeri melempah kah kah kah

Johan berkata...

Duit hasil balak da kering ke,Bang Nan??kahkahkah

kahkahkah..lawak Adnan = minah ronggeng ni mmg classic la..wlupun da lama pun masih buat gua tersenyum..

ni dia gambar Nan Yaakob menghalau org Pahang dr dtg rumah dia," woit,takde rumah rumah terbuka lah!":

http://3.bp.blogspot.com/_xCW4Jfa-SWE/SjZwufR1TaI/AAAAAAAAHG4/0IKscf1aMpQ/s1600-h/adnan1.jpg

Tanpa Nama berkata...

Dah takde duit..asik kena saman jer...

Johan berkata...

woit,da tkr gamba lak..kahkahkah

Keliwontron berkata...

Muhahaha .... baik punya gambo halau org jangan mai rumah terbuka ...kah kah kah
Aku dengar mamat nie dah lama tak makan nasi mcm mana nak buat rumah terbuka

Cob Nobbler berkata...

Pahang diisytiharkan sebagai kerajaan yang pertama bankrap di dunia.

Satu rekod yang tercatat dalam Guiness Books of Record kah kah kah!

Semi De-Value berkata...

Takut orang unjuk rasa ke?

Tanpa Nama berkata...

Aku tak takut sgt dengan H1N1. Aku lebih takut dengan B1N1( BN ) dia kalau melahap mak aii... tak pernah cukup...BN ni dah kira VIRUS paling tegar ler. Tak pernah jumpa vaksin lagi yg mampu merawat... Kalau jumpa pun Vaksin yg menyuburkan... Habis 1 Malaysia dia sapu.. ni aku dengar pulak nak lancar formula 1 malaysia.. ha ha ha.. mamposssss... ada2 jer keja kerajaan kita nih.. semuanya tak senonoh ... biarlah hai..pegi melingkup. Lumba basikal pun tak pernah menang ni nak lumba keta.. buat kena gelak dgn mat saleh jer ler jwbnyer....rasa malu pulak aku jd rakyat Msia nih.. nak buat camana dah nasib badan...

Tanpa Nama berkata...

Masa bukak ruang komen ni aku dengan anak aku umur dia 7 tahun. Dia tanya pak cik dalam gambar tu buat apa? ( rujuk gmbar abg nan kita) aku cakap dia tengah panggil kawan dia. anak aku kata oooo ...
malam tadi masa balik terawih anak aku jumpa atuk dia kat surau ( bapak aku ler tu) dia panggil,tp tak dengar orang tua tu maklumlah jarak dia agak jauh,, anak aku ni pun datang la dekat sikit sambil dia buat isyarat macam abg nan kita ni buat... puhh,, nak tergelak pun ada, nak marah pun ada, tp aku buat keputusan aku kena bterus terang dengan anak aku perkara sebenar... br dia paham. Aku xnak la ada dari keturunan aku yg sama mcm abg nan ni... mintak dijauhkanlah.. bapak aku pulak ckp anak aku ni cepat terikut2.. Dia tak tau yg anak aku ikut tu perangai seorang pemimpin... Persoalannya: kenapalah org mcm ni boleh jd pemimpin??? ni lah masalah BN dari dulu kini dan selamanya. Pemimpin=samseng=pemimpin.. 2x5= BN