Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Rabu, 21 Oktober 2009

JANGAN BAWA MUSUH - JANGAN BUNUH BUDAYA TEMPATAN



CIRI DAN WATAK MANUSIAWI KETIKA BERJUAL BELI




PENIAGA KECIL MENCARI MAKAN



PENIAGA KECIL YANG AKAN MENJADI MANGSA







MATA YANG SONGSANG


Dari negara atas agin - ianya datang dengan angkuh sekali. Besar tersergam - besarnya lebih besar dari semua yang besar. Orang ramai – orang ulu dan orang bandar - tercengang melopong – masuk lalat keluar cacing. Lalu orang ulu dan orang bandar berlabon sesama sendiri tentang betapa besarnya ‘unggun’ ini.

Orang ulu dan orang bandar tidak pernah melihat gunung yang sebesar ini. Mereka tidak pernah melihat pintu yang seluas ini. Maka mereka terus melangok dan melopong. Lalu orang ulu dan orang bandar ini mengheret anak anak mereka untuk turut sama menebeng dan melangok

Datuk Bandar tersenyum apabila melihat orang ulu dan orang bandar berduyun duyun datang untuk menyembah ‘unggun’ besar ini. Juak juak istana pun berkata inilah kejayaan yang telah di bawa. Inilah dia apa yang dipanggil pembangunan. Inilah dia kejayaan.

Jangan lupa wahai orang ulu dan orang bandar lima tahun lagi undilah aku sekali lagi.

Adalah seorang Mamat yang telah melihat ‘unggun’ ini. Dalam tercengang dan terlopong. Si Mamat ini hampir tidak percaya apa yang dilihat. Maka dianya pun berlari lari pulang ke kampongnya yang maha jauh di hulu. Maka apabila si Mamat sampai ke sebuah pekan di hulu maka dia pun bercerita pada kawan dan taulan. Maka ramailah anak muda melopong dan ternganga apabila mendengar kesah ‘unggun’ yang besar dari negara atas angin ini.

Maka cerita dan kesah ini sambung menyambung. Maka sampailah cerita ini kepada Tok Sidang lalu Tok Sidang membawa kepada Tok Khatib lalu di bawa kepada Tok Penggawa lalu di bawa kepada Tok Guru. Tok Guru yang belum pernah melihat ‘unggun’ yang bagini besar seperti yang di kesahkan amat amat berahi. Maka si Tok Guru telah menghantar wakil untuk menjemput tuan empunya ‘unggun ‘ agar datang membawa unggun ini ke kampongnya.

Demikianlah kesah adanya:

Hari ini kita semakin diasak oleh kaum pemodal antarabangsa untuk membuka pasaran dalaman negara kita. Dengan licik sekali kaum pemodal antarabangsa melalui jaringan badan-badan dan lembaga dunia seperti World Trade Organisation, FTA, APEC, Bank Dunia telah memaksa negara-negara di Asia, Afrika dan Latin Amerika untuk membuka pasaran mereka. Semua dilakukan berasaskan akidah dan firman : perdagangan bebas.

Justeru – hasilnya - negara kita sedang dilanggar oleh bencana unggun besar dari gedung Carrefour , Tesco dan Giant.

Gedung-gedung membeli belah ini sebenarnya adalah musuh kepada kita semua – musuh yaang datang dari negeri atas angin.

Memang sekali pandang kita akan melihat gedung-gedung memberi khidmat kepada pelanggan. Ini adalah pandangan yang amat juling dari mata yang bula. Pandangan juling ini lahir dari sesiapa sahaja yang tidak memiliki fikrah atau fikrah yang telah bonsai.

Amat disedari bahawa ramai warga berbangga dengan wujudnya gedung gedung ini yang dikatakan memberi khidmat dan keselesaan kepada mereka. Tetapi pendapat ini adalah pandangan juling berjangka pendek – sependek keupayaan otak mereka berfikir.

Betul – sekali pandangan – gedung ini sedang melambakkan bahan-bahan keperluan harian dari sayur mayur, ikan, daging, keperluan dapor, pakaian, pinggan mangkok, perhiasan rumah - malah semuanya ada untuk keselesaan para pembeli. Hanya gajah dan telor naga sahaja tidak ada – yang lain semua ada.

Disebalik semua keselesaan ini – ada racun ekonomi - yang sedang di bawa oleh gedung membeli belah ini. Racun ini meresap dengan perlahan-lahan tetapi yakinlah ianya akan membawa porak peranda ke atas ekonomi kita.

Dalam masa berjangka panjang gedung-gedung ini adalah pemusnah asas ekonomi negara bangsa. Dalam jangka panjang gedung-gedung ini akan menindih, menghimpit dan akhirnya akan mematikan perniagaan tempatan. Dalam jangka panjang gedung gedung ini akan membunuh kedai-kedai kecil. Akan mematikan petani kecil. Akan melupuskan Tok Peraih. Akan mengkebumikan kedai-kedai anak beranak – kedai adik beradik - yang berniaga di pekan dan badar yang menjadi watak pekan pekan kecil kita semenjak beratus tahun.

Ini bukan pandangan orang politik. Orang politik hanya dapat melihat dengan adanya bangunan tegak berdiri maka dengan bangganya mereka menjerit dan melolong - inilah dia pembangunan yang mereka bawa. Para politikus inilah yang membenarkan gedung gedung ini semakin berselirat di tanah air kita.

Wajib kita sedar - ramai orang politik ini tidak faham tentang ekonomi politik. Ilmu politikal ekonomi mereka amatlah kontot lagi cetek. Pembacaan dan pengkajian ekonomi mereka amatlah terhad. Tetapi mulut dan poket mereka amatlah besar. Kerana mulut besar dan akal kontot maka mereka tidak memiliki keupayaan untuk membuat kerja-kerja lain. Yang terbuka hanya menjadi orang politik atau macai politik atau menjadi rakan tidur kaum pemodal antarabangsa.

Orang politik yang tidak memiliki kesedaran ekonomi ini telah dilobi dan dirasuah oleh tuan empunya gedung. Orang-orang politik ini dijadikan orang depan – mungkin diberi saham/mungkin diberi menjadi ahli lembaga pengarah/mungkin diberi amoi - untuk melobi pengelulusan lesen-lesen agar gedung-gedung ini dapat membeli tanah-tanah di kawasan yang stratejik untuk beroperasi dalam tanah air kita.

Memang betul – sekali imbas – dilihat gedung-gedung ini memberikan harga yang murah berbanding dengan kedai runcit di pekan kecil. Memang betul dibawah bumbung gedung ini kita dapat memilih semua yang kita perlukan. Memang betul kita selesa dengan kesejukan hawa dingin ketika membeli belah dalam gedung gedung ini.

Tetapi waspada. Gedung berjaya meletakan harga yang murah kerana mereka menjual dengan volume/jumlah yang amat banyak. Ini dapat dilakukan kerana gedung ini datang dengan modal yang mengunung. Gedung-gedung ini bukan lagi membeli barangan dari Tok Peraih dari kampong sana dan kampong sini. Gedung ini memiliki segala macam gudang untuk mengeluarkan barangan yang akan dijual digedung mereka sendiri.

Untuk gula – gedung ini bukan hanya memiliki kilang gula malah memiliki ladang gula. Bagitu juga untuk tepong – bukan hanya kilang malah ladang gandum sendiri dimiliki oleh gedung ini. Bagitu juga untuk ayam , daging, sayur dan barangan dalam tin atau kotak. Semua adalah milik gedung ini.

Jika kilang itu bukan milik gedung ini seratus peratus besar kemungkinan tuan empunya gedung ini memiliki saham dan kepentingan dalam apa sahaja barangan lain yang akan di jual di dalam gedung. Banyak bahan bahan yang dijual datang dari negara atas angin. Justeru kapal laut dan kapal terbang juga dimiliki oleh gedung ini untuk menghantar barang-barang.

Tesco adalah syarikat membeli belah yang ketiga besarnya dalam dunia. Jaringan kepentingan gedung ini berselirat diseluruh dunia. Kerana ianya bagitu besar maka syarikat ini boleh menentukan harga barangan yang ingin dibelinya. Gedung ini boleh menekan harga bahan yang ingin mereka beli. Ini berlaku apabila mereka telah memonopoli pasaran.

Akan sampai satu ketika di mana kedai kedai kecil tempatan akan lupus kerana tidak dapat menandingi gedung gedung ini. Kedai-kedai runcit di pekan kecil akan tutup. Tok Peraih dan peniaga kecil – pekebun yang bejaja sendiri – akan lupus. Mak Cik penjual sayur, Pak Cik penjual ikan, Abang penjual daging di Pasar Khatijah akan hilang dengan sendirinya apabila Tesco muncul di Kota Bahru. Pasar borong Selayang atau Pasar Chow Kit akan terkapai kapai apabila gedung –gedung ini terus dibiarkan berkembang.

Gedung-gedung ini sedang membunuh pekan pekan kecil. Gedung-gedung ini yang akan mengambil tanah yang amat luas untuk dijadikan tempat letak kereta. Perhatikan rupa bentuk gedung ini. Ianya tidak memiliki nilai-nilai estetika tempatan langsung. Ianya bukan pekan atau bandar. Gedung ini adalah unggun yang menyesakkan pandangan.

Tidakkah disedari bahawa gedung ini tidak akan melahirkan silatulrahim antara pembeli dengan penjual. Tidak ada hubungan kemanusiaan antara si pembeli dengan si penjual – kerana yang menjual hanya kuli-kuli yang diupah seperti robot. Ini amat berbeza dengan hubungan kemanusian antara Mak Cik menjual sayur di pasar Khadijah dengan si pelanggannya. Mereka berkenal suai. Mereka berbual. Mereka merayakan diri mereka sebagai manusia. Mereka bukan hanya robot yang kerjanya hanya membeli sebagai konsumer.

Sedarlah - di kota-kota tradisional di Eropah – gedung-gedung ini dilarang untuk menjalankan perniagaan didalam badar. Mereka dinyahkan ke luar kota. Gedung ini tidak dibenarkan merosakan rupa bentuk kota asli. Kota San Sebastian di utara Sepanyol terus tidak membenarkan gedung ini dibuka didalam pekan. Gedung-gedung ini dilihat sebagai pemusnah budaya tradisional Sepanyol.

Dalam negara kita – kita amat juling – kita amat songsang. Kita gagal untuk melihat mudarat yang dibawa oleh gedung gedung ini. Kita dengan tidak tentu hala – tidak senereh harah mengikut kata orang Negeri Sembilan - merasa bangga kerana wujudnya ‘unggun’ ini di sebelah kawasan rumah kita. Inilah contoh fikrah yang bonsai. Inilah contoh slogan lompong : rakyat didahulukan. Tetapi sebenarkan orang yang berslogan – rakyat didahukukan itu sedang medahulukan kepentingan pemodal antarabangsa.

Tidakah ada kesedaran bahawa gedung ini sedang mengambil alih pekan pekan kita. Tidakkah disedari gedung gedung ini akan membunuh pasar malam kita.(TT)




24 ulasan:

Nikjoe berkata...

Hebat!! Membuka minda saya untuk hari ini. Terima kasih TT

mulut_manis berkata...

terima kasih, mata dah tak juling lagi ;)

jab sp berkata...

Isham,
Yang membunuh kehidupan kita adalah dikalangan kita sendiri.Sewaktu kita mempersoalkan kerakusan "mereka" mengaut keuntungan berganda,sebenarnya kalangan kita lebih kejam dari "mereka".Tanpa sewa tanpa kos pelbagai,mereka yang kita bela menekan kita dari segi harga.Ulam dipungut,sayur hampir busuk dijual dengan harga gila.
Perangai dan budaya kita sebenarnya juga dibunuh olih mereka daripada kalangan kita.Sombong,bongkak dan kesat pada pelanggan adalah cabaran lebih besar yang perlu dikenalkan etika.Selepas semua diperbetulkan ,datanglah siapa juga ,rezeki tak akan kemana.
Isham,bandingkan makanan harga kedai kita dengan kedai kaum Cina.Berbeza.RM3.50 sepinggan mee sup harga kita,RM2.50 sepinggan harga depa.Sebenarnya salah siapa?.

seliparjepun berkata...

SALAM...

THANKS BRO ISHAM...

SAYA BERSETUJU DENGAN FAKTA..! PEMODAL UNTUNG...TETAPI BUDAYA MASYARAKAT HANCUUSS....AKHIRNYA RAKYAT DIHULUKAN...

FIKIRKAN..!

Tanpa Nama berkata...

Rakyat bahlol dan cerdik kita lebih memilih gudang unggun itu kerana ia lebih selesa( ada penyaman udara), bersih, harganya mungkin lebih murah sementara tempat hidangannya lebih teratur dan ada resit pula selepas transaksi jualan. Mereka tidak boleh memikir aspek ekonomi politik semasa nak membuat pembelian, aspek membeli barangan keperluan adalah keutamaan. Mereka tak ada masa dan nak fikir nak sembang dengan jurujual unggun ini.
Yang nampak unggun ini akan musnahkan program peniaga kecil adalah orang yang boleh berfikir, orang biasa dan pemimpin UMNO, ustaz, pak imam, mufti, pakar motivasi, tetamu panel pembicara di AWANI/RTM/TV3/ dan malahan Naib Canselor atau beribu Profesor Kang Kung di IPTA sana yang fikrahnya dah dibonsaikan oleh sistem pendidikan kita tak nampak langsung. TT kena banyak buat kerja kesedaran untuk 'unlearn, relearn'. TT kena tingkatkan usaha kerana kerja nak celikkan oarang bahlol ni banyak sulitlah

JimAlifSiin berkata...

..bacaan buat renungan...best rr

Syukri Sapuan berkata...

insaf baca artikel ni

roime berkata...

betul...aku pg hagen germany dan aku lihat xda sekor pun makhluk bernama tesco atau carfur bertenggek...bahkan kota2 besar germany macam koln pun jangan harap bole tgk menatang2 nih...tp pekan mcm kat kulai, boleh ada la plak..hahaha....kulai lagi membangun dari koln bro..

Abuarif berkata...

Pemimpin kerajaan(UMNO/Bn)memang bijak dalam merealisasikan kemahuannya dengan berselindung disebalik sesuatu isu.Mereka merasakan semua orang bodoh dan tak tahu cara mereka menipu untuk mengenyangkan puahnya saja.Satu perkara saya lihat sekarang adalah bagaimana untuk mengKAYAkan syarikat insuran.Yang menjadi mangsa adalah kaum marhaen yang punya kenderaan yang lama sebagai keperluan.Mereka terpaksa bayar lebih (berganda-ganda)kepada syarikat insuran bagi menampong syarikat membayar pa,pasan keda pemunya kereta baru(kerana yang kemalangan adalah kenderaan yang baru).Kereta lama hanya diguna dalam jarak dekat dan pemanduannya tidak selaju dan gelojoh pemandu kereta baru dan besar.Ia juga menjadi satu kaedah secara tak langsong menekan rakyat supaya membeli kereta baru bagi menolong syarikat pengeluar kereta kononnya.

Syarikat insurah telah diminta menekan pemunya kenderaan lama agar membeli kereta baru.Setelah gagal arahan tersebut telah ditarik dengan senyap,rakyat tak tahu.Syarikat insuran pula meneruskan siakap tamaknya untuk mengaut keuntungan.

Kalau betul selogan rakyat didahulukan saya cadangkan supaya pengambilan insuran kenderaan sebagai syarat membaharui cukai jalan dijadikan sebagai pilihan.Kita lihat bagaimana tindakbalas syarikat insuran dan pemimpin kerajaan.Kalau tidak eloklah Najib sebut saja slogan ini AKU,KRONI DAN AHLI DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN SYARIKAT DIUTAMAKAN.....HANCUR UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Aku bersetuju ngan TT. Thn lepas aku pegi audit satu company pengeluar beras tempatan. Mengikut kata pegawai pemasaran company tersebut, gedung2 hypermarket ni dapat jual barang ngan murah kerana mereka menekan pengeluar2 barangan yg ingin menjual barang mereka kat gedung hypermarket tersebut. Profit margin utk beras yg dijual di hypermarket mengecut, sbb hypermarket hanya akan membayar harga beras pada harga yg telah ditetapkan oleh mereka. Take it or leave it la kata omputeh. Tapi company pengeluar beras tu takda cara lain sbb trend pembeli sekarang lebih suka pegi hypermarket. Lama kelamaan, hypermarket ni akan membunuh satu per satu perniagaan lain yg ada disekelilingnya.

Tanpa Nama berkata...

Bagos artikel ni. Boleh diemelkan kepada rakan2 utk dibaca. Saya dolu pernah beritahu rakan taulan mengenai bahana monopoli daripada Hypermart ni tapi dicemuh saja. :(

ubilepih berkata...

Bila tiba musim pilihanraya orang2 ulu akan di bawa juak2 partai keramat melawat kulompo,tgok SOGO...tunjuk malaya sangat makmur kunu..ha..ha..org ulu tekulat2 tgk gedung2 besor...

mtgbertam berkata...

Bro,

Cuba link kan article ni pada blog raja petra. Pasti ramai mamat2 yg educated kununnya yg akan hentam isi article ni.

Johan berkata...

begitu jugak dengan kota Edinburgh di Scotland..tiada gedung2 besar Tesco,Asda,Sainbury's di pusat bandar..memang betul tiada gedung2 besar ni di tengah2 kota dan pekan di Eropah..

lain pulak dengan negara kita ni yang sering dipropagandakan dengan ayat2 seperi ' kita mempunyai budaya ketimuran yang unik' tapi dengan bodoh dan mudah sekali kita 'embrace' kaum2 kapitalis yang menghakis budaya..

penanggah berkata...

menarik serta membuka minda.. tahniah..

Jebat Musibat berkata...

ada lagik..

Toyota

Honda

Mercedes (kat Pekan Najib!)

Volvo

dan sebagainya...


Toyota menarik sekurang-kurangnya 700 juta setahun ke jepun!.

Ia juga adalah Unggun api.

Tanpa Nama berkata...

heyyyyyyyyyyyy jebaaaatt!
janganlah kau durhaka!
turunlah cepaaaaatt!
temankan aku mari kita sama2 pergi ke gedung belibelah terkemuka yg berdekatan dgn anda...
kau bukan tak tau ini tengah time mega shopping carnival 1malaysia ni, nak terkucil aku jalan seluruh hypermarket tu punya la besssaaar!
kahkahkah
klakka-la!

Tanpa Nama berkata...

1. Gedung besar umpama dinosaur. Dinosaur pupus apabila bencana besar melanda. Kedai kecil umpama lipas. Lipas terus hidup dan berevolusi walau seberapa bersarpun bencana datang melanda. Di rumah kita sendiri pun susah hendak menghapuskan lipas sama sekali. Ia terus ada. Hari ini kita bunuh lima ekor lipas. Tetapi beberapa hari kemudian ia terus ada.

2. Sistem ekonomi umpama baldi. Gedung besar umpama batu besar. Batu-batu besar yang diisi ke dalam baldi boleh memenuhkan baldi. Tetapi masih ada ruang kosong di antara batu-batu besar itu. Hanya pasir boleh memenuhi ruang kosong di antara batu-batu besar tadi. Pasir yang dicurahkan ke dalam baldi mengambil tempat kosong yang tidak boleh dipenuhi oleh batu-batu besar. Pasir inilah kedai kecil.

3. Soalan cepu emas pertama? Dimanakah gedung-gedung besar tempatan? Kita melihat PERNAMA sebagai calon yang utuh. Tetapi adakah PERNAMA hanya mampu menjadi jaguh kampung sahaja? Bilakah mahu menjadi jaguh global? Demikian juga FELDA trading, cukupkah sekadar dengan jaringan D'Mart? Di manakah gedung-gedung besar tuan-tuan?

4. Lidi-lidi yang dihimpun dalam satu berkas lebih kuat dari lidi-lidi yang terasing di antara satu dengan lain. Falsafah ini ialah falsafah Melayu. Ia boleh diaplikasikan supaya kedai-kedai kecil menjadi kuat seperti gedung-gedung besar. Menghimpun lidi bukan seperti TDM menyuruh organisasi bergabung dengan mengumpul saham. Ia juga bukan seperti menggabungkan syarikat ladang Sime Darby dengan Guthrie. menggabungkan lidi mengikut falsafah Melayu ialah menyeragamkan polisi dan operasi.

5. Perkara pokoknya ialah ilmu mengurus gedung. Berapa ramaikah orang Melayu yang mempunyai ilmu mengurus gedung-gedung besar kalau tidakpun setanding dengan mereka yang mengendalikan Giant, TESCO, Carefour dan sebagainya? Apakah ada IPTA yang berkualiti tinggi untuk menghasilkan mereka yang mampu memiliki dan mengendali gedung-gedung besar seperti Wal-mart?

Tanpa Nama berkata...

Jumpa bomoh siam yg pandai kaw punya. Kasi bomoh tu sihirkan 'unggun besar', agar tiada sesapa pun yg sudi bershoping di situ. Biar mereka dan pekerja mereka bersawang dgn sarang labah2, mcm kedai2 kecik kampung. Alah..macam, org2 melayu sihir rakan2 saing niaga mereka yg maju.Ada beran??? Oooo dgn kaum sendiri yg kecik2 berani la buat sihir. Kalau peniaga yg besar!!! Ada beran??

Tanpa Nama berkata...

Hi Pak Isham

Ever thought of opening up another blog or forum for alternative economy? In my random surfing I have come across comments or article about shifting away from supermarket economy to local community economy, ie self-sustaining committees. This matter arises due to neccessity of the economic crisis now tearing apart the fabric of material wealth in the western world. I didn't followed them seriously but now is as good a time to examine them further.

One that I am aware of and for which I can do even in my sub-urban area home is growing vegetables. And should we are the kind that is generous we can give away the extra produce to our neighbour. Any they will pass whatever that they have to us. I know that from time to time I give some banana away, not consistent but worth to throw out ideas for sustaining community.

This is my short 2-cent piece.

mf

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama 2009 Oktober 21 10:45, harga belian sebenar sebuah gedung besar ialah 30% dari harga jualan. Justeru, apabila ia mengadakan jualan murah dengan potongan harga 30%, ia masih mampu untung sebanyak 40%.

Pergerakan koperasi berjalan rancak pada tahun 70'an. Tetapi pada realitinya pergerakan koperasi menjadi tempat berlonggoknya pakar skim piramid dan pinjam meminjam wang. Tiadakah koperasi yang mahu membuka gedung-gedung besar di seantero dunia?

Tanpa Nama berkata...

"5. Perkara pokoknya ialah ilmu mengurus gedung. Berapa ramaikah orang Melayu yang mempunyai ilmu mengurus gedung-gedung besar kalau tidakpun setanding dengan mereka yang mengendalikan Giant, TESCO, Carefour dan sebagainya?..."

hey hey heyyyyy jebaaaaatt!
kau jangan durhaka haaaaa!
kau bukan tak tahu, melayu sangat terkenal dgn kebijaksanaan ilmu mengurus jauh lebih geliga dari mat2saleh tu - kalau kau tak percaya, kau tanya:
1.raja2
2.pemimpin2 umngok

kalau engkau baik dgn depa, pasti kau pun boleh menuntut jadi ligat bergeliga mcm depa untuk mengurus -
iaitu menguruskan harta negara bagi poket engkau gemok!
dan menguruskan rakyatjelata menjual konsep gayahidup sehat bagi seluar engkau membesar, serta menguruskan anak2dara dan gadis2sunti manisjelita tanpa menghirau emak bapak nenek mereka, bagi yg dalam seluar kau pun ikut membesar!
kahkahkahkah
klakka-la!

Keylee Daud berkata...

terima kasih isham.berair airmata gagaga

Tanpa Nama berkata...

Ingat tak cammana leiaut Pasaraya2 Tembok Besar & yang sewaktunya yang beroperasi 25 tahun dulu? Depa lah yang dah tutupkan banyak kedai runcit mak bapak hock char kan? Bukaknya semerata alam. Barangannya berrak2 tin2 cendawan, itek & dagaing hewan kita tak boleh jamah dari Tanah Kg Amoi. Arini selali ayer bah, pantai dah berubah. Sempadan dah beranjak. Keluaran SMI Kg Melayu dah dapat tempat selit atas rak. Patut pun. Sebab kita pembeli. Ye tak?