Rabu, 1 September 2010

SELAMAT BERBUKA PUASA




DARI SYED PUTRA KE SASARAN


kelmarin aku cuba mencari pasar ramadan di kuala selangor
aku ingin melihat bagaimana orang di luar kota kuala lumpur
berpesta merayakan bulan puasa.
lalu aku menuju ke jeram.

bila aku masuk menyimpang ke arah tepi laut aku lihat
anak anak muda sedang memasang lampu untuk
menyambut malam tujuh liku – indah dan menarik
aku lihat lampu lampu minyak mereka diikat seperti bintang dan
dicacakkan di tepi jalan. satu trend baru yang mungkin akan
aku cuba tiru kalau kau pulang awal ke jelebu.

aduh ! aku salah info – jeram memang wujud . wilayah
pesisir pantai bukan untuk mandi – kawasan berlumpur.
beratus kereta beratur dan bersusun – bukan untuk pasar ramadan tetapi
untuk menikmati ikan bakar. ianya sedang menjadi wilayah kelas menengah
melayu dari kuala lumpur atau klang.

nah ! ini untuk aku lucah – aku tidak mahu di kelilingi oleh kumpulan ini.
berbuka puasa seharus nya dengan kueh mueh
dari pasar ramadan – ke meja restaurant ikan bakar bukan pilihan aku.
kelas menengah melayu ini bukan yang aku minati.

aku mengundur hingga sampai ke sungai buluh – jangan silap ini sungai buluh
sasaran bukan sungai buluh rumah raja petra. aku berhenti di tengah pekan
dan cuba mencari pasar ramadan. gagal.
lalu aku bertanya dimana seharusnya dapat aku beli kueh. si minah penjaga kedai
mengatakan di kawasan pasar dan aku perlu cepat kerana dalam beberapa minit lagi
waktu berbuka sampai.

aku melintas jalan – dari masjid dihadapan azan kedengaran .

beberpa minit kemudian aku sampai ke kawasan pasar
hanya ada beberapa warung yang terbuka.
tuan empunya warung juga sedang menikmati hidangan.
aku tergesa gesa mencari entah apa
yang aku cari aku sendiri pun tidak tahu.

lalu bertemu gulai ikan senangin – aku beli kepala dan badan –
senangin masak lemak kuning
di campur sadikit lobak masin.
untuk manis aku bertemu dengn cik mek molek
baru aku tahu rupa rupanya cik mek molek ini
bukan anak zaid ibrahim tetapi sajenis kueh.
sedang aku berurusan membeli ikan senangin
tetiba seorang minah datang menghampiri aku.
dia kelihantan cun dan gagah. berbaju t hitam –
stye dan feshen tuan empuanya warung.
bertanya apakah aku ini tukar tiub. lalu kami ketawa .

ini rahimah penjual air soya.
suaminya kamal menjual burger dan pelbagi minuman. kedai mereka sebuah
lori kecil yang telah di ubah suai untuk dijadikan kedai.

mereka adalaah peniaga melayu yang berusaha tanpa tiket bumiputera.
bulan puasa mereka berjulalan di tepi pasar. hari hari biasa lori mereka
menunggu pelanggan di tepi pekan sungai buluh sasaran.

aku kagum melihat pasangan muda yang telah 5 tahun berumah tangga ini. bila aku
bertanya berapa anak – mereka ketawa kerana rezeki belum sampai. bila aku betanya
berapa lama telah berniaga jawabya lima tahun. lalu aku hitung pastilah sang suami
setelah berkahwin terus mengajak sang isteri untuk membuka kedai bergerak mereka.

apa yang menakjubkan aku ialah si rahimah ini pembaca tt yang tegar. bayangkan
dua sosok proletar melayu mengikuti blog tt. aku merasa bangga seolah olah hari raya
aku telah sampai kelamrin. kalau anak kota atau anak mahasiswa aku tidak hairan.
ini tuan warong burger juga pembaca tt yang setia.
menurut sang isteri dia melayari tt lewat malam sesudah pulang dari berniaga.
di baca untuk santai dan ketawa.

lalu aku membeli ta fu fah yang di sadur dengan durian. sesiapa melintasi wilayah ini
berhenti dan cuba lah burger rahimah dan kamal

untuk berbuka aku pergi memesan nasi dan sayur disebuah kedai india yang tak
jauh dari pasar ramadan. minuman air suam dan kopi o kosong.

wow! ikan senangin masak kuning cukup enak. sesiapa yang duduk berhampiran dengan
pekan ini sila pegi cari warong kakak ini. terbaik – maxim di kota paris tergelincir jatuh.
kakah ini juga menjual ayam panggang golek. ini bukan propaganda. jarang aku makan
habis nasi sepingan kelmarin aku ingin meminta nasi tambah. tapi kerna ingin
menguarngkan kilo aku gagalkan selera aku sendiri.

selamat berbuka puasa. petang ini aku ke jalan petaling untuk berbuka puasa.

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku rasa TT skang dh stop smoking la...kalo dulu pas berbuka je mesti ada kopi dan kretek,skang dh xde lagi....

-madey kimak-

Tanpa Nama berkata...

woit! tt syoknya jalan2 cari makan, itu macha pula, tarak kenal kau ke tt... kah kah kah

apakhabar puan rahimah dan bro kamal... harap murah rezeki dapat zuriat dimasa akan datang....

kodok berkata...

hahaha...TT jgn terkejut kalo wak ramnah pembuat pecal kt tanjung karang juga pembaca tegar blog TT ni

syahid berkata...

hidup TT!

Tanpa Nama berkata...

Salam.

Bro, sah mereka tu penyokong tegar PR!

Mat Dangdut berkata...

saya pun pembaca setia tukar tiub tegar...juga tinggal berhampiran dgn sungai buluh...rezeki belum ada nak jumpa tim tukar tiub...

JBS berkata...

Untuk bro tt, bro punya blog tak jemu dibaca..sebab? Memang bro seorang pejuang kebenaran.. dan ikhlas serta tepat memberi komen. Blog paling berani dan amat sesuai untuk membasuh minda Melayu yang tersumbat dek angkara gerombolan.. teruskan, kami akan menyokongnya hingga ke broadband terakhir..salam

Tanpa Nama berkata...

kak rahimah n bro kamal!!
sebar2kan lar yeh blog tt ni utk kebaikan org ramai!!

Hidup bro kamal n kaka rahimah!!

Husin Kg. Baru berkata...

catatan bro isham membuat hati saya tersentuh...

saya paling suka apabila setiap petang di bulan ramadhan ini bro isha selalu membuat catatan begini.


seperti ada nilai sentimental yang terlalu sukar saya nyatakan...

benarkah begitu bro isham?

Tanpa Nama berkata...

internet office aku sudah 8 hari tak jalan... TM net buat hal lagi. kesian budak2 pejabat aku.. menggigil tak dapat layan TT. aku ingat, aku sorang jer peminat tegar TT, rupa2nya aku silap... perasan sorang2...

apa kabar kak rahimah? apa kabar abang kamal? bagus keje sendiri.. jangan makan gaji... jadi kuli ni tak besh...

"menurut sang isteri dia melayari tt lewat malam sesudah pulang dari berniaga.
di baca untuk santai dan ketawa."
- tak ada kerja lain ke kak? aku pun sama jugak... tapi aku sakit hati la shahmetal dan pejuang jemapoh (sudah mampus ke haper, senyap lamo dah ni) bagi komen.. rasa macam nak bagi penampar Andre The Giant jer bangangnya..

proletar = marhaen.. tambah lagi kosakata aku hari ni...

Bukan TT berkata...

"menurut sang isteri dia melayari tt lewat malam sesudah pulang dari berniaga.
di baca untuk santai dan ketawa."
... bila masa nak 'main' - selalu2 la main baru dpt anak... kah..kah..kah...

TT... bila pulak nak dtg puncak alam...? dah dekat tu

AK berkata...

Bro Isham,

Boleh kut tanya soalan yg terlalu pribadi !

Bila lagi nak beristeri, macam kawan-kawan lain. Kami semua dah ada cucu ! Bukan apa, di penghujung senja ini, sepi akan terus .............memanjang, kalau kita masih kesaorangan !

SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN ! Saya masih terkenang dan terbayang episod tahun 74 di Mesjid Negara, bro isham menghulurkan tangan untuk saya berjaya memanjat pagar selepas dikejar sang kepala MERAH.

tn. ramadan berkata...

ramai penyokong pr tegar di mukim tu..termasuk atuk bini aku.cuma mereka offline.klau ingin merasai suasana kampung mudik ke lagi hulu.

AK berkata...

Bro Isham,

Boleh ke tanya satu soalan yang terlalu peribadi ? Bila Isham nak beristeri ? Bukan apa, kawan-kawan lain yang sezaman dengan kita dah bercucu pun ! Waktu senja akan memanjang sepinya, kalau bro masih kesaorangan. Saya masih teringat lagi akan kenangan di Mesjid Negara tahun 1974,saya berjaya memanjat tembok pagar dengan dibantu oleh bro Isham kerana dikejar oleh sang topi merah.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin.