Isnin, 4 Oktober 2010

SALUT UNTUK MEREKA YANG BERANI





SALUT !


PERCUBAAN MENDEMOKRASIKAN DIRI

Saya memerhatikan dengan penuh teliti apa yang sedang cuba dilakukan oleh Parti Keadilan Rakyat. Apa yang saya maksudkan ialah percubaan PKR untuk membawa dan merayakan demokrasi kepada semua ahli-ahlinya melalui satu ahli satu undi.

Sekali imbas kelihatan ianya amat radikal. Radikal dalam konteks kewujudan demokrasi di Malaysia. Untuk pertama kalinya ahli parti PKR membolehkan diri mereka memilih ketua pimpinan dari ranting, cabang hingga ke pucuk pimpinan pusat. Memang radikal.

Syabas! Tahniah! Kerana memiliki niat untuk merayakan demokrasi dalam parti. Syabas kerana memiliki niat dan akidah untuk memperkasakan ahli-ahli dengan hak pengundian mereka.

Tetapi dalam hidup ini – niat yang baik tidak semestinya membawa kebaikkan. Niat sahaja tidak mencukupi. Obama juga berniat baik apabila dia bersetuju untuk menambahkan lagi bala tentera Amerika di Afghanistan. Najib Razak juga berniat baik apabila dia menikahi seorang janda.

Niat bukan hakikat. Niat tidak memiliki apa apa makna. Berniat hendak pergi ke Mekah untuk menunaikan haji, bunyinya baik dan gah tetapi kalau tidak menyimpan duit atau memohon pasport antarabangsa – niat ini tidak memiliki apa-apa makna.

Permasaalahan yang sedang dihadapi oleh PKR ini ialah pucuk pimpianan PKR cuba membawa demokrasi dengan membezakan diri mereka dengan demokrasi yang diamalkan oleh musuh politik mereka. Ini adalah kesilapan besar. Mereka ingin meng– ada–adakan demokrasi.

Kewujudan demokrasi bukan melalui perbandingan dengan musuh politik. Demokrasi wujud bukan kerana adanya fasisma. Demokrasi wujud bukan kerana adanya ditaktor. Satu ahli satu undi dalam PKR seharusnya diwujudkan bukan kerana United Malays National Organisation menjalankan sistem undi perwakilan dalam pemilihan pimpinan mereka.

Jika kerana ingin berbeza dari United Malay National Organisation maka itu hanya reaksi. Demokrasi bukan reaksi. Kalau demokrasi sebagai langkah reaksi maka ini bukan demokrasi tapi reaksionari. Demokrasi adalah wadah yang diajukan dimana idea, pandangan akan di debat dan di canai secara terbuka.

Demokrasi bercita-cita untuk mewujudkan warga yang memiliki ketrampilan intelek dan keilmuan untuk berfikir, berhitung dan mengambil tindakan dan keputusan secara rasional setelah menilai semua fakta.

Sayugia di ingatkan pemilihan satu undi untuk satu ahli ini belum menjamin kelahiran demokrasi. Bunyinya memang lunak – satu ahli dapat memilih dari bawah hingga ke atas – hebat !

Apakah ini hakikat atau hanya satu ilusi?

Pada hemat saya , disini amat jelas kesongsangan pemahaman tentang apa itu demokrasi. Pengundian ini hanyalah satu manifestasi dari jalur demokrasi. Kalau hak mengundi wujud dalam sesebuah persatuan atau kumpulan bukan bermakna persatuan itu mengamalkan demokrasi.

Jangan lupa Hitler juga di undi untuk di jadikan Chancelor German. Jangan lupa Mussolini juga di undi untuk memimpin National Fascist Party. Jangan lupa Barisan Najib Rosmah yang mentabir Malaysia hari ini juga diundi untuk mereka ke Putrajaya.

Pengundian tidak menjamin demokrasi. Pengundian sahaja tidak memiliki makna yang hakiki.

Sistem baru yang sedang dicuba oleh PKR ini amat jelas bukan mengembangkan demokrasi malah menguncupkan demokrasi. Kalau sebelum ini ahli-ahli PKR memilih pimpina mereka melalui perwakilan - kali ini pengundian di seluruh negara – disetiap cabang. Seharusnya dilihat berkembang. Hakikatnya mengempis.

Saya berani berkata sedemikian kerana dari apa yang saya perhatikan ketika ini besar kemungkinan PKR ini akan menjadi parti towkay – parti orang-orang kaya. PKR akan menjadi parti untuk mereka yang memiliki dana dan modal. Rintik rintik dan awan hitam ini telah mula kelihatan dimana PKR berkemungkinan akan dibajak.

Pasti ada ahli PKR atau gedebe PKR akan menganggap kenyataan saya ini lucah. Kenyataan kurang hajar dari seorang NGI yang bermazhab Marxist Groucho. Mungkin saya dianggap kurang siuman kerana berani menulis sedemikian. Biar saya berikan hujah-hujah kenapa saya berpendapat sedemikin.

Sistem pemilihan Parti Keadilan Rakyat yang sedang diperkenalkan hari ini amat terbuka. Keterbukaan ini telah dihebang hebohkan sebagai merayakan demokrasi. Ini silap. Sebenarnya keterbukaan ini hanya telah membawa masuk ramai ahli-ahli baru ke dalam PKR. Ini memang di alu-alukan. Dalam masa yang sama keterbukaan ini telah juga menjemput masuk pelbagai jenis hantu dan jembalang ke dalam Parti Keadilan Rakyat.

Watak-watak ‘reject dan recon’ kelihatan banyak diterima masuk untuk menjadi ahli PKR. Janjinya cukup enteng - asalkan mereka berkeupayaan mengeluarkan dana lumayan sebanyak dua ringgit untuk membayar yuran keahlian – maka mereka saheh menjadi ahli. Apa garis parti, apa perlembagaan parti dan apa perjuangan parti tidak ditimbulkan. Terbuka disini di difinasikan sebagai merayakan demokrasi.

Hasilnya, keterbukaan ini telah membawa masuk pelbagai bentuk gedebe, kaki pukul atau kaki buang kerusi. Para gedebe ini masuk dengan membawa penyokong-penyokong mereka. Ini samalah seperti Don Barzini dari South Bronx datang berjumpa Don Vito Corleone di Lower Manhattan dengan menjanjikan kaki kaki pukul dan penyokong yang baru.

Kerana ingin membezakan diri dari musuh politik maka PKR telah tidak menapis kemasukkan ahli ahli baru ini. PKR telah membenarkan ahli-ahli yang tidak dikenali hujung pangkal – tidak diduga kesetiaan – jauh sekali pemahaman tentang perjuangan – untuk mengundi dalam sistem satu ahli satu undi.

Hasilnya: Apa yang umum baca dimedia dan laman laman web adalah manifestasi dari sistem keterbukaan ini. Melalui sistem pemilihan baru ini watak-watak ‘reject dan recon’ dan para gedebe yang sedang bergelawak dan berkuntau untuk berebut kuasa. Justeru kemungkinan PKR akan di bajak tidak mustahil.

Pemilihan yang sedang berjalan sekarang ini akan dibayar dengan harga yang mahal- dalam erti kata ‘ringgit dan sen’. PKR akan mengeluarkan dana yang banyak untuk memastikan pengundian satu ahli satu undi ini berjalan lancar. Untuk saya ini satu kesanggupan yang wajib kita semua hormati.

Parti Keadilan Rakyat sedang mengajukan politik baru. Dalam politik baru ini, warga wajib sedar dan sanggup membayar dengan nyawa dan darah untuk merampas ruang demokrasi dan memperkasa hak kita sebagai individu.

Tetapi disini , apa yang ingin saya huraikan bukan bab ini – tetapi bab perbelanjaan berkempen untuk ahli-ahli PKR yang ingin menawarkan diri sebagai calon. Satu ahli satu undi memang romantik bunyinya tetapi hakikatnya tidak seromantik bunyinya.

Sistem satu undi untuk satu ahli ini menjadi beban yang mahal. Dengan mensenaraikan nama sebagai calon dan berharap akan dipilih adalah kerja politik gila dalam budaya terkini PKR. Bakal calon wajib menonjol diri dengan berkempen. Berkempen di seluruh Malaysia belanjanya bukan kecik anak. Malah untuk dipilih menjadi ketua cabang juga memerlukan dana.

Akhirnya hanya mereka yang memiliki dana yang cukup sahaja yang boleh berkempen ke hulu ke hilir. Lihat dan saksikan lah - cita-cita untuk meluaskan ruang demokrasi kini telah dibajak oleh mereka yang kaya – oleh mereka yang berduit.

Bagaimana pula untuk mereka yang memiliki ciri dan watak pemimpin yang unggul, telah terduga dalam pejuangan tetapi tidak memiliki modal untuk berkempen. Sosok dan watak sebagini yang amat diperlukan oleh PKR. Tetapi tanpa modal dan dana sosok ini akan terpinggir dan tersisih.

Tunggu sebentar! Nanti dahulu ! Jika sosok yang tidak memiliki dana tetapi masih ingin menawarkan diri maka sosok ini wajib bertemu dengan para towkay dan tuan tuan besar yang memiliki dana. Sosok ini mesti sanggup merendah diri untuk menjadi kuda tunggangan para towkay – tidak kiralah towkay judi atau towkay lendir China Doll. Pasti ada tuan-tuan besar yang berbini besar yang sanggup menaja. Disinilah berlakunay pembajakaan.

Untuk kaum pemodal dan orang kaya-kaya - dana yang dihulurkan kepada orang politik ini adalah perlaburan masa depan mereka. Kaum pemodal – dalam sistem ekonomi kapitalis – akan menaja sesiapa sahaja untuk memastikan lurah peniagaan mereka tidak dihalang.

Justeru dimanakah demokrasi yang cuba dipekenalkan oleh Parti Keadilan Rakyat? Pusing pusing sampai ke situ juga.(TT)

( bahagian 2 akan menyusul )










27 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yang pasti berpolitik di Malaysia adalah satu bidang kerjaya yang lumayan.

Semua orang berlumba-lumba untuk menjadi orang atas dalam sesebuah parti politik.

Bila dah jadi orang atas, maka boleh TELAN dan MENGKEDARAH kenyang. Lepas tu boleh tambah BETINA & BUNGLOW.

Semua orang-orang atas samada UMNO, PAS, PKR dan lain2 semuanya sama 2x5. Mereka adalah BERUK PALA BANANG.

Poorahh demi perjuangan...Pooorahh demi Rakyat...Poorahhh demi agama, bangsa dan negara !

Tanpa Nama berkata...

Tepat sekali brader! dari pemerhatian saya memang itu lah yang sedang berlaku. Demokrasi celup dan songsang dan berpura pura hanya menggunakan gerombolan sebagai Yard stick.
Aduh... pemimpin nya sama maka rakyat akan terus bodoh.
Yang diperlukan revolusi, yang diperlukan rakyat itu sendiri. Yang di perlukan kertas ada gambar agung. Hahahahhaha demokrasi lancau......

Tanpa Nama berkata...

Apakah Nurul Izzah, Anuar Ibrahim, Tian Chua, kartunis Zunar, Azmin dan Wan Azizah tidak nampak gejala bahaya ini sedang menyusup masuk dalam kandang PKR? Sesorang mesti berani menegur perkara ini jika tidak PR dan UMNO sama aje.Balik ke amalan kapitalis tetapi diselaputi dengan slogan 'reformasi, tranformasi atau perubahan' yang mana akan mengecewakan rakyat jelata kerana dimanupilasi di putar belit secara halus bagi menggantikan UMNO/BN
Orang PAS dan DAP pun nampak terlepas pandang. Hey bahaya ni justeru Raja Petra kena buat komen tajam dan ulasan perkembangan satu undi satu orang yang nampak indah tetapi mengundang gejala yang sial.

Tanpa Nama berkata...

itu belum system 2 parti

Tanpa Nama berkata...

harap2 TT dpt usulkan cadangan pula di bahagian 2 nnt...kalo nk hentam,sume org blh hentam..kalo bhgn 2 nnt TT sekadar hanya hentam lagi tanpa cadangan,maka TT pun mungkin adalah 1 sosok yg sedang dibajaki....amacam?

*madey kimak*

Tanpa Nama berkata...

jika tiada pembaharuan, maka perubahan kerajaan dari BN ke PR ibarat sama sahaja...

mereka2 dari yang kalah dari BN tapi mempunyai sumber & dana yg kuat pasti akan membentuk ahli di dlm PR. segelintir dlm PR akan menerima mereka atas dasar kebebasan berparti.

Akhirnya perjuangan & legasi lama akan berterusan menyambung tugasan lama. Di kala baru menubuhkan kerajaan, maka meluap2 api perubahan. tapi sekejap..

Apabila sudah lama pegang, maka amalan tradisi kembali ditaut.

Oleh itu tanganilah ia dari sekarang, PERUBAHAN MESTI SEKARANG..., KITA MAHUKAN KERAJAAN & PEMBANGKANG YG EFEKTIF!!

Kita mahu Kerajaan berjaya, Pembangkang pun berjaya. Jika Pembangkang lembik, Kerajaan pun naik tangan & turut lembik.

Tanpa Nama berkata...

Ini baru permulaan,nanti dulu ,apax pun kita tengok dulu sebeb semuanya baru ,tentang tegur itu wajib ...kita belajar atas kesilapan,tak apa kan.Baru.... maklumlah,teruskan tuan tt.mogax ada kesedaran....amin.

bonforag berkata...

Ulasan saudara TT memang tepat. Kalau terus dibiarkan PKR pon sama mcm UMNO-APCO.. Cepat2 betolkan aligment korang sblm PRU-13 supaya gerombolan dpt dikuburkan..

Tanpa Nama berkata...

haha..selamat buat PKR kerana anda telah berubah menjadi parti hindraf..haha

Tanpa Nama berkata...

Satu ahli satu undi telah berjaya dilakukan di negara jiran kita Brunei Darussalam. Dalam pemilihan kepimpinana mereka bsru-bsru ini, meeks telah bejaya melakukannya dengan penuh berhemah. walaupun demokrasi mereka tidak sehebat kita konon tapi kepimpinsn mereka lebih berjaya dari mula kerana telah meletakkan landasan yang betul kepada ahli-ahli parti mereka dslsm memilih pemimpin.Hidup Brunei!
www.aspirasi_ndp.com

Tanpa Nama berkata...

PKR ada Larva Yang menetas dari kepompong UMNO .
Bapa Borek anak rintik .
Bagus pendapat You brother Tukar Tiub
Mereka ini berpolitik adalah untuk memuaskan hawa nafsu
Pas , PKR , Umno , semua sama , masing2 ada matlamat tersendiri ,
Semua mereka ini hanyak cakap sahaja .
Betul kata You , niat sahaja tidak baik , yang betul2 baik adalah beramal dengan ajaran islam . Bertindak sesuatu adalah lillah hi taala .
Kita berbuat sesuati adalah kerana kita " The slave Allah "
Kalau berjuang sekadar untuk menang dan mendapat kerusi sahaja , kelak segala amalan tersebut menjadi debu .
" Barang siapa ingin bertemu dengan Rabb nya , maka hendaklah dia beramal soleh dan janganlah dia menyengutukan segala amalan itu dengan sesuatu selain Allah " . Maksud Alquran .
Ini membawa maksud .......... hanya tujuan beribadah semata2 . Bukan ada tujuan lain selain itu . Kemenangan itu adalah satu pertolongan dari Allah kepada hamba2 yang benar - benar soleh mengikut penilaian Nya ( Allah) .
Maksud Alquran : " Apabila pertolongan Allah itu sampa , kamu akan melihat manusia itu berduyun - duyun memeluk islam " surah An nasr .

Mudah2an kita semua beroleh petunjuk .

Tanpa Nama berkata...

buku dah bertemu ruas...hehe
nampat tajam tapi pepat di dlm...
Ikan yu ekor pari...hehe..padan muka penyokong pkr!
patut org mcm tt yg jadi pemimpin....bukan jd pak lawak je...hehe

Orang Kelawar berkata...

Tepat sekali telahan TT tu.Niat memang cantik tetapi bukan semuanya bergantung pada niat jika tiada usaha.Memang niat Anwar murni kerana mahukan keadilan bagi setiap ahli khususnya dan rakyat amnya jika pakatan memerintah nanti.Tetapi Anwar kena juga ingat manusia pelbagai ragam dan unik.Jangan menganggap seperti semasa beliau bersama ABIM.Kerana Ahli ABIM berbeza mentaliti,intelek dan wibawa mereka jika dibandingkan ahli PKR.Dari satu segi pula,mungkin ini usaha permulaan kerana jika tidak dicuba bagaimana nak melaksanakannya.

Tanpa Nama berkata...

Inilah penyakit PKR yang sudah ramai orang ketahui... tapi takder siapa mampu buat ulasan sebegini kerana menjaga kerukunan rumah dan tangga dan jiran dan tangga juga...

Tapisan demi tapisan untuk menjadi pemimpin bukan kerana senioriti. Bukan kerana setakat diuji, tetapi ada "sesuatu" yang PKR terlepas pandang dalam menyaringkan "pelapis2" pemimpinnya.

Lihat saja PAS menyaringkan "pelapis2"nya. Mungkin PKR perlu mencari identiti tersendiri ataupun menciplak "ala2 pelapis PAS" sendiri. Yang pasti, identiti UMNO amat jelas dan kuat dalam PKR. Lihat saja anak bini harta benda dan seluruh kehidupan seseorang pemimpin PKR, ini adalah cermin kepada peribadi pemimpin yang kita bakal pilih. Tidak hairan Tanpa Nama 10:15 berpandangan demikian. Percampuran kemajmukan ahli2 PKR dan tindak tanduk ahli2 PKR masih perlu diperkemaskan kerana identiti gerombolan amat2 sukar dikikis buat masa sekarang.

Aku pun tak tau nak bagi idea, tapi aku rasa ahli2 PKR perlu bertindak untuk mendapatkan "sesuatu yang baru" supaya rakyat tidak melabelkan mereka sama saja dengan gerombolan. Cuma berbeza namanya saja.

Tanpa Nama berkata...

pkr memalukan pakatan rakyat dan secara tidak langsung umno dapat bonus percuma untuk pru13...aku berani ramal pakatan rakyat akan tumbang tanpa apa apa usaha keras dari pihak umno and the gang..menang free

- tukang urut -

Tanpa Nama berkata...

ramai orang kuat PKR dari benih UMNO, mula2 ni dalam proses penapisan untuk lahir menjadi identiti PKR mungkin perlu masa, jika duk tapis tak jernih juga carilah orang lain terajui PKR. Lambat-laun PKR harus menerima ia bukan Parti Keluarga dan Sahabat Keluarga, ia mesti menerima ia Parti Rakyat, dan setiap cabang, ranting sampai ke Pusat mesti adakan Sekolah Politik Rakyat kepada ahli-ahlinya supaya memahami apa itu Demokrasi sebenarnya, Yang Buruk Yang Lalu (UMNO)jadikan Sempadan,yang baik (Pakatan Rakyat) jadikan Tauladan.

Tanpa Nama berkata...

Perjuangan apa pun kalau tidak diasaskan diatas dasar Iman dan Takwa kepada Allah semuanya sia - sia sahaja .

" Sesungguhnya hidup dan mati ku adalah lillahita'ala " .

jamaludin kaki lutu berkata...

Tuan......
beberapa ulasan tuan amat tepat dan sukar ditepis.

namun, ulasan tuan hanya andaian tanpa kajian, contoh dan pemerhatian yang terperinci.

tuan hanya membuat andaian dari sejarah lampau dan dilihat seperti sukar menerima pembaharuan.

kalau tuan tidak berani berubah mencari sesuatu yang baru, maka selama-lamanya politik malaysia tidak akan berubah. rakyat akan terus tertindas di bawah.

sesuatu yang baru atau dalam percubaan memang banyak halangan, dugaan malah kekangan. yang baru juga biasanya jadi bahan tawa seperti mat saleh dulu-dulu ketawakan pencipta kapal terbang...

jangan hanya berani melingkar dalam kepompong lama kerana kepompong itu akan memenjara kita. cuba keluar dari kebiasaan dan nikmati dunia luar yang pelbagai. pkr dilihat masih mentah tapi jangan lupa, kental semangatnya seperti bara. satu pergi, seribu kembali.

tuan tt....
tuan harus belajar mencari dan menerokai.

Tanpa Nama berkata...

kalo diberi pilihan antara demokrasi gerombolan & PKR...give me demokrasi ala PKR anytime!...it may not be perfect but its wayyyyyy better than gerombolan!!

Tanpa Nama berkata...

harus di ingat bahwa PKR lahir dari gelombang yang ganas dan mereka dididik dengan cara yang ganas,tak hairan kenapa mereka berkelakuan yang ganas, dari sembol nya sudah cukup untuk kita menilainya. Tahniah kepada DSAI kerana memberi ruang yang cukup untuk ahlix PKR menjadi lebih matang dalam jangka waktu yang sengkat.sekian.

mat lendir berkata...

kalau aku pulak diberi pilihan
aku akan pilih yang baru... pkr

cuba korang bayangkan...

mana korang nak pilih
isteri lama ke isteri baru??
korang nak isteri baru kan???

isteri baru bukan saja begetah malah dia punya 'tuttt' masih menganjal

isteri lama atau bini tua...macam amno... dah kehilangan anjal. umpama kereta dah kehabisan bush. dah habis spring..jalan lama sikit, jalan jauh sikit selalu jem, sengut-sengut.

kalu korang pilih amno, korang tak ubah macam pilih bini tua sedangkan bini muda ada. macam korang naik kereta tua....badan sakit-sakit ooiiii

Tanpa Nama berkata...

siapa jamaludin lutu nih???
si-lutu nih kenal ke siapa tt???
"dilihat seperti sukar menerima pembaharuan"???
"tuan harus belajar mencari dan menerokai"???
eh, hello??!! kau ni si-peluto baru sampai dari plenet pluto ke???

-average joe-
klakka-la.blogspot
klickdefella(klakka-la)
twitter: averagejoeMY

Tanpa Nama berkata...

pada pendapat aku, lebih baik kita buat sistem pemerintahan 51 % kerajaan dan 49 % lagi adalah pembangkang di dewan rakyat.

kekuatan pembangkang perlu hampir kepada kuasa kerajaan pemerintah agar pemerintah berhati-hati dalam setiap tindakan yg dibuat seperti membuat dasar, kuatkuasa undang2, pengurusan ekonomi, hak asasi rakyat dan lain2.

cara ini hanya sesuai dilaksanakan dengan sistem 2 parti. tapi ini hanya cadangan aku.

kalau ikut sistem sekarang iaitu tahap populariti undi, memang tak adil. Persempadanan semula kawasan pilihanraya boleh dimanipulasikan. dan lagi satu seperti apa yang ditulis oleh TT. Aku pun tak pernah percaya mana2 orang politik. PAS gunakan agama, UMNO mainkan isu bangsa Melayu. Setiap parti ada senjata yang boleh dimanipulasikan.

cadangan aje.......

Tanpa Nama berkata...

Demokrasi adalah tunggangan Kapitalisme... yg sedang menuju kehancuran senasib dengan komunisme...


kmt65.

shahmetal berkata...

PKR baru usia setahun jagng dah jadi mcm ni..

10 tahun lagi, kalau dah memerintah, dah ada kuasa.. jadi macamane?

Kita mahu orang2 yg merampas takhta BN, orang2 yang lebih hebat, lebih berkaliber, lebih adil, tak songlap duit.

Jelas dan nyata, penubuhan PKR adalah jawapan kepada keburukan BN, bukan jawapn kepada kemahuan rakyat.

Aku tak mahu undi untuk Barisan Nasional no 2.

ha ha ha berkata...

ha ha ha..

Abis Shah ..ko nak undi untuk siapa..BN No 1..ha ha ha..

Udahler...ko undi aje BN No 2 ni..sekurang-kurangnya BN No 1 taklah bongkak dan Sombong sangat.

Tak pun ko buat Refomasi dalam UMNO kalau berjaya aku sokong ko ha ha ha..Tapi garenti Kao kena Tendang keluar UMNO...ha ha ha..

Bila agaknya aku melihat Pemimpin Kanan Parti dari Golongan Anak Muda???

Bila agaknya Persatuan Belia di terajui oleh anak Muda 30-an...Kenapa anak muda masih mengikut Golongan Tua seperti Syed Alba???mana hilangnya telur-telur anak muda mengikut telunjuk Golongan Tua..ha ha ha..

shahmetal berkata...

@ha ha ha:

Reformasi dalam UMNO?

Hurm.