Rabu, 1 Disember 2010

GAJI CEO SYABAS 425 RIBU RINGGIT SEBULAN




AHAD 5 DISEMBER DI MASJID NEGARA




PENSWASTAAN AIR : MENGFARAIDKAN HARTA ORANG RAMAI

Sebelum dasar penswastaan diperkenalkan oleh Mahathir Muhamad bekalan air untuk warga diseluruh negara dikendali dan diuruskan oleh PWD - Public Works Department atau Jabatan Kerja Raya – JKR.

PWD/JKR ini bukan syarikat kroni dan tidak pernah berniat untuk mencari untung. Tidak ada individu atau Pun Seri yang memiliki saham dalam lembaga JKR. Saham JKR dimiliki oleh seluruh warga Malaysia kerana JKR ini adalah harta awam. Jabatan ini bertugas untuk menjaga kebajikan orang ramai. Berkhidmat untuk kebajikan semua warga negara adalah niat dan rukun iman JKR.

Semuanya berubah apabila dasar penswastaan diperkenalkan. Dasar penswastaan adalah dasar kapitalis dimana semua hak milik rakyat yang dibawah jagaan kerajaan di jualkan kepada orang ramai. Sebenarnya penswastaan ini adalah satu projek silap mata dimana harta rakyat disonglap oleh para kroni.

Caranya bagini:

Loji air dan semua yang bersangkutan dengan pembekalan air sebelum penswastaan adalah milik orang ramai. Penswastaan adalah dasar dimana harta milik orang ramai ini diambil alih dan difaraidkan kepada para kroni, cukong dan mereka yang berduit untuk membeli sham.

Cara mengfaraidkan harta orang ramai ini kepada kroni cukup senang – tak perlu silap mata. Loji dan semua yang bersangkutan dengan air yang awalnya milik orang ramai ini diubah suai untuk dijadikan sebuah syarikat. Lalu Menteri Keewangan meletakan nilai terhadap saham air syarikat ini

Kementerian keewangan mengeluarkan pink form. Tertera di pink form inilah jumlah saham yang telah difaraidkan kepada sang kroni. Sang kroni atau kawan atau kenalan Pak Menteri boleh membawa pink form ini ke bank. Bank dengan berbesar hati akan menyediakan pinjaman berlandaskan jumlah saham yang tertera di pink form. Pinjaman dari bank ini untuk membolehkan sang kroni membeli saham yang akan diapongkan.

Sebelum ini Menteri Keewangan akan meletakan harga terhadap saham air disyarikat baru ini. Biasanya akan dinilai dengan harga yang agak rendah. Ini untuk memastikan mereka yang dapat anugerah saham dan pink form akan dapat menjualkan balik dengan harga yang lebih mahal. Saham ini diapongkan – kerana dinilai murah - maka apabila diapongkan ramai pembeli sanggup membeli dengan harga yang mahal.

Maka tuan empunya pink form dan tuan empuya saham akan menjualkan saham dengan harga mahal. Inilah cara dasar penswastaan dimana kaum kerabat , kroni dan elit kawan kawan United Malays National Organisation dapat membuat – bukan mee segera tapi duit segera.

Justeru – para kroni, anak bini, kaum keluarga dan kawan kawan Pak Menteri akan jadi kaya raya melalui dasar penswastaan ini. Kerana mereka semua ini mendapat manafaat maka pastilah mereka akan menyokong dasar ini hingga ke liang lahad.

Tetapi bukankah amat jelas dasar penswastaan – memfaraidkan harta orang ramai - ini adalah kerja merompak disiang hari?

Betul. Ini satu rompakan resmi melalui penswastaan. Ini adalah dasar yang diajukan oleh United Malays National Organisation. Rompakan ini juga menggunakan parlimen untuk menghalalkan cara merembat harta orang ramai. Inilah caranya bagaimana air rakyat Selangor tetiba dimiliki oleh syarikat Syabas.

Kesah rompakan ini diteruskan lagi :

Untuk memastikan harta rompakan ini akan terus membawa keuntungan, United Malays National Organisation telah mengikat perjanjian dengan Syabas ketika menjual harta rakyat ini. Dalam perjanjian jual beli ini Untited Malays National Organisation telah memastikan setiap dua atau tiga tahun harga air wajib dinaikkan.

Kenapa kah ini berlaku? Tidak kah sesiapa nampak akan butir isi perjanjian ini?

Rompakan ini cukup licik – orang yang merompak dan orang yang membuat perjanjian adalah malaon yang sama. Ertinya Pak Menteri yang bertanggung jawab membuat perjanjian adalah juga pemegang saham dalam syarikat yang di swastakan ini. Pelik? Silap mata? Tidak!

Kalau diselidik nama menteri ini pasti tidak akan ditemui. Menteri ini bukan bangang. Pak Menteri akan menggunakan pelbagai cara – lihat bagaimana Khir Toyo menggunakan si pemandu pribadinya untuk menerima geran tanah seluas 200 ekar. Semua boleh diurus. Ini dasar Malaysia boleh !

Perlu diberitahu bahawa surat perjanjian ini tidak pernah diketahui oleh orang ramai. Perjanjian antara Syabas dan kerajaan Selangor telah menjadi rahsia dan jatuh di bawah Akta Rahsia Kerajaan. Ini lah cara si perompak merompak harta orang ramai dan menjaga hasil rompakan mereka.

Hanya apabila kerjaaan Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat barulah diketahui semua isi perjanjian ini. Kerajaan Selangor telah membakul sampahkan Akta Rahsia Kerajaan. Sekarang semua maklumat kerajaan Selangor boleh ditemui tidak ada lagi yang berahsia rahsia.

Rahsia Syabas sudah kantoi !

Hari ini kerajaan Pakatan di Selangor ingin mengambil alih kembali syarikat air Syabas. Ertinya dikembalikan kepada kedudukan asal dimana air dan semua yang bersangkutan dengan air di Selangor bukan milik syarikat atau saham individu tetapi milik kerajaan. Dari syarikat swasta dikembalikan untuk menjadi hak milik orang ramai sekali lagi.

Kenapa kerajaan Pakatan Selangor berbuat demikian?

Semenjak tahun 1997 apabila air di Selangor di swastakan amat jelas ianya telah merugikan orang ramai. Syarikat air Syabas selama 10 tahun ini telah dijadikan lombong emas untuk memperkayakan para kroni dan kaum keluarga. Buktinya amat jelas. Ini bukan fitnah dan tohmah. Bukti ini muncul dari laporan audit tahunan yang diteliti oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Tahukah warga Selangor dan warga Malaysia anak semua bangsa : bahawa gaji CEO Syabas, Tan Sri Rozali Ismail ialah 5.1 juta ringgit setahun atau 425,000 ringgit sebulan. Bayangkan kalau 5 juta ringgit ini duit lima sen sudah tenggelam seluruh tasik air di Hulu Langat.

Perlu juga diberitahu dari laporan audit ini , syarikat Syabas ini telah memberikan 72% kontrek bernilai 600 juta ringgit kepada syarikat kroni melalui rundingan sap sap sui. Juga dari laporan yang sama telah diketahui bagaiman 325 juta ringgit ‘tenggelam lesap’ entah kemana.

Melihatkan ini maka kerajaan Selangor sedang bertempur kuat untuk mengambil alih kembali kawalan terhadap syarikat Syabas. Sekarang ini warga Selangor telah mendapat 20 kubik meter air percuma. Air percuma ini diberi ketika Syabas masih lagi syarikat swasta. Bayangkan jika Syabas ini milik orang ramai. Berapa banyak keuntungan yang dapat kita sama sama rasa. Bukan hanya Tan Sri Ghazali sahaja yang dapat minum champagne Dom Perignon – malah seluruh warga Selangor dapat berenang dengan duit yang telah diselamatkan dari dirompak.

Apa yang sedang dilakukan oleh kerjaan Pakatan Rakyat di Selangor ini adalah permulaan untuk mengembalikan hak rakyat. Mengembalikan harta rakyat yang telah difaraidkan oleh Mahathir Muhamad dan konco-konconya. Perjuangan untuk mengembalikan hak rakyat masih jauh lagi. Api, lebuh raya, hospital, klinik – adalah diantara harta rakyat yang telah dirompak melalui dasar penswastaan.

Orang ramai – anak semua bangsa – tidak ada pilihan melainkan menolak dasar penswastaan. Amat jelas dasar ini adalah dasar yang tidak membawa kebajikan untuk orang ramai. Dasar ini hanya imembawa laba, untung, kekayaan dan kebajikan untuk pemilik saham.

Justru marilah kita turun sama berjuang di jalan raya pada 5 Disember ini. Pada hari Ahad yang akan datang ini warga Selangor akan berkumpul di Masjid Negara. Warga Selangor akan bersama Menteri Besar dan pimpinan Pakatan Rakyat untuk berarak menyampaikan memo kepada Yang Dipertuan Agong. Memo menuntut hak air mereka dipulangkan kembali.

Anak semua bangsa mari kita bersetikawan dan bersolidariti dengan warga Selangor yang berjuang untuk mendapatkan hak air mereka Hari ini air Selangor - esok api leterik dan hopital yang perlu kita sama-sama perjuangkan.( TT )

nota:
tulisan ini telah difaraidkan
untuk kebaikkan orang ramai

NOTA:
tukar tiub akan mencuba
memberikan laporan selari
pada hari ahad 5 disember nanti !

hanya TT pemecah berita !

35 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Masalahnya bro, ada lagi geng2 bengap tak nampak benda ni.

Dah lah tak kaya, tapi masih sombong

Tanpa Nama berkata...

bro! gua sokong lu bro dan rakyat selangor bro..dan tak lupa kepada kerajaan pakatan rakyat selangor..bro gua org perak bro..

Tanpa Nama berkata...

1 je aku nak tgk
aku nk tgk TT sama2 berdemo
duduk barisan dpn!!!
ada bran?
kecoh je lbh

.... berkata...

WOW!!....memang sesuai utk tahap tahap kuli ...sikit jer tuuu... kalau bole dptkn figure gaji tuannya... hehehe.....

Tanpa Nama berkata...

Kalau gaji ceo stengah juta ringgit sebab disebabkan dia jadik ceo syarikat jimatkan kos 10juta ringgit sambil menurunkan harga air kpd pengguna, OK la, berbaloi, pandai dan cerdik la ceo macam tu. Ini tidak! lagi mau naik harga. Kecik2 taknak mampos, dah besar menyusahkan orang ramai! BABI HARAM JADAH! khhrrkkk ptuih!! Ini smua Tun Dr MAHATHIR punya hasil tangan la niii!!!!Smua bende nak di-swastakan! Habis jahanam cacamarba negara ni!!!! khhrrrrkkkk ptuh!!hah kau!!!kah kah kah kah.

matstimketum berkata...

rakyat selangor penyokong gerombolan masih baik hati sebaba air naik 37% pun mereka rela dan terima dengan dada yang terbuka, termasuklah penyokong wanita. tetapi rakyat yang membantah kenaikan ini akan dilabel tak patriotik! ketuanan melayu untuk melingkup harta rakyat!

Tanpa Nama berkata...

nak tunggu apa lagi ???

bangkitlah rakyat semua !! kuburkan UMNO !!

UMNO = penyamun harta rakyat

ampangboysince1988 berkata...

semoga rakyat selangor bersama2 menuntuk hak..

Tanpa Nama berkata...

Tapi TT perlu ingat untuk penyediaan prasarana industri air dan lain2 kos overhed juga bukan sifar tapi bilion rm. Ertinya syarikat perlu meminjam drpd bank. Bila hutang kena bayar TT.

Gaji 450ribu rm tu, siapa pun tak boleh terima.

masmerah

Tanpa Nama berkata...

baru aku faham.... asal usul cerita syabas ni..., kalau IPP punya perjanjian lagi sadis agaknya..

1Crony berkata...

Salam Bro TT. Itulah sebenarnya makna "ketuanan malayu", ambil wang orang ramai agihkan kepada kroni disamping pak menteri mendapat persen melalui perjanjian sulit yang tak boleh dihebohkan kerana menyalahi OSA. Ini lah projek besar "menipu melayu" namanya. Yang kaya raya tu hanya pemimpin kutty dan kroni yang layak digelar sebagai lintah darat, laut dan udara. Manakala "kontrak sosial" pula ialah beri apa sahaja kekayaan dan harta benda kepada ketua pemimpin kaum, terutama MCA dan MIC supaya tutup mulut kaum masing-masing, supaya tidak bising, hatta para pemimpin gerombolan nak gasak wang dan harta rakyat> Kalau boleh sokong dan tolong tipu sekali bangsa masing-masing, lagi baik. Kepada mereka yang berjaya menipu rakyat, tahniah! Kepada pak menteri yang beragama islam, mereka akan dituntut oleh berjuta umat islam, hak mereka yang telah kamu rampas di akhirat nanti (ini pendapat Bro TT tak setuju pun tak apa). Kepada yang mengaku islam, seperti Madey mamak kutty tu. Insyaallah, Allah akan tunjukkan apakah hasil dan kesan rasuah dan korupsi yang dilakukan sewaktu pemerintahan kamu di negara ini semasa kamu masih lagi bernyawa (sebelum mampus).

Tanpa Nama berkata...

SYABAS!!!

kpz:)

Tanpa Nama berkata...

Salam.
Tadi tgk kat website syabas. CEO syabas ialah Dato' Ruslan Hassan & Tan Sri Rozali Ismail tu ialah Executive Chairman.
Rasanya gaji CEO mmg byk jugak tapi tak capai tahap tu. Mungkin yg gaji byk tu Pengerusi Eksekutif kot..

naimisa berkata...

welldone! gaya cerita yang bagus. Kami tunggu 5 haribulan nanti...

Tanpa Nama berkata...

GAji aku pun hanya 2800+, tolak loan ada lah 1500. sekarang nak bikin harta pun payah. org kampung dan yang masih blur2 aka bengap nak mampus, asyik2 makan subsidi je. aku pun asal kampung, tapi sebab susah aku usaha. masauk u, buat loan, habs u bayar balik. dapat keta dgn loan, dpt rumah dng loan, pantat2 ceo yang tah study mana2, dapat gaji 400k sebulan. betapa senang kalau hang pa kaki kipas sang pemerintah... itu aku je... ramai lagi kengkawan 90% dgn isi rumah kurang dr 800 sebulan nak hidup dan kebanyaakn melayu. jgn ckp ketuanan melayu kalau melayu makin 'mati' sebelum mati. AKU SUMPAH PERIKATAN 1Malaysia, HANCURRRR sblm anak2 aku merempat tak da harta... singapore ada lee kuan yuu, sbb tu dia maju. malaysia ada najebbbb, asyik2 main bureet. pemimpin gagal tunjuk etika budaya cemerlang... memang patut kena buang.

magua_putra@2000

mosabit berkata...

ini namanya pengswastaan terpimpin...

hasiL daripada demokrasi terpimpin..

baru ada anjakan BRABIKMA....

MAH MAH MAH MAH MAH MAH .....WOWW!!!

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,

abih tu, camno pula kerajaan negeri Pulau Pinang dan Kedah buleh pulak menaikkan harga air? tak pulak mereka nak mencontohi kerajaan selangor. Kerajaan P.P dan Kedah bukan Pakatan Rakyat punya geng ke?

Sobona eh Kerajaan Negeri Selangor dah terperangkap kerana memberi air percuma kepada rakyat selangor. Gaji baca meter air, gaji kerani dan pegawai tu sapo nak bayar nanti kalau KDSB dah takde duit?

Ni cuma lebih kepada isu politik aje... Macam Penang tu Kerajaan Negeri yang jadi Major Shareholder, Selangor ni Pulak Puncak Niaga S/B yang jadi Major Shareholder. Kalau Kerajaan Negeri Selangor jadi major shareholder benda ni tak jadi hal punya la...

Setakat bayau RM5 sebulan duit air ape ade hal.. banyak sangat ke orang miskin kat selangor tu?

Wassalam

-Parti Jahat-

Tanpa Nama berkata...

masmerah... lu ma cibai.. sohai.. gambateh gerombolan..

sapa suruh pandai2 nak berhutang, tanggung sendiri la.. ini semua kerja kerajaan, bukan kerja syarikat swasta.. harta rakyat tanggungjawab kerajaan, bukan tanggungjawab swasta.. apa pasal swasta menggatal nak jaga kebajikan rakyat walaupun disuruh gomen, patut awal2 kena malu dengan diri sendiri la.. pasal nak merembat duit la, apa pun sanggup.. kan? cibai sohai..

Jiwa Kacau berkata...

Syabas syabas bete,
mere nam rozali he....

Unknown berkata...

kah kah kah
nak tau tak
naper gaji ceo tu mahal
bab separuh nak bg kat umno
untuk tabung pilihanraya
kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

di sarawak lagi lah dasyat... CMS(Cahaya mata sarawak) dulu milik kerajaan negeri aka milik rakyat...

lepas diswastakan tahun 1994, 85% saham dlm CMS milik kroni2 taib,termasuk keluarga taib...

bermakna segala keuntungan CMS masuk ke kocek Taib sekeluarga.. bukan lagi ke kocek rakyat..

nota:CMS juga dpt kontrak tanpa tender dari kerajaan negeri aka (nagotiate contract)... berjuta juta ringgit dorg dapat, slh satu ialah projek bakun... berapa penyamun2 ni juta dia dpt? boleh imagine?
=============
AKU DARI DULU LAGI TAK SOKONG PENSWASTAAN!!! SBB PESWASTAAN NI ADALAH TAKTIK UTK MERAMPAS SUMBER PENDAPATAN KERAJAAN NEGERI...!


-- Iban Sarawak Anti Taib --

Tanpa Nama berkata...

nak kata penswastaan ni boleh meningkatkan kualiti perkhdmatan tak jugak...

cth: syarikat yg dpt kontrak maintenence jalan kat sarawak ialah CMS, jaln raya lat sarawak lah yg terburuk di Malaysia..

-iban sarawak bangkit-

Tanpa Nama berkata...

Hello bro yg komen pada 2010 Disember 1 12:03.Utk pengetahuan bro sahabat kita ni dah jenuh keluar masuk lokap sebab berdemo la,bukan cakap tak serupa bikin tetapi cakap serupa bikin la bro.Yg ada telur hanya PR sahaja tetapi UMNO mana ada tulur sebab sudah potong kasi itu anjig MCA makan.

Tanpa Nama berkata...

KENAPA

UTUSAN MELOYA
BERITA HAIRAN

masih menyiarkan berita yang memihak kepada syarikat ini,
masih menyalahkan kerajaan pakatan rakyat
sedangkan tujuan penswastan ini hanya menguntungkan kroni gerombolan

yang rugi rakyat yang kais pagi makan pagi


kepada pengarang2 ini

kau memang melayu yang SIAL
kecik2 tak nak mampos
cakap berdegar-degar pasal ketuanan melayu
tapi hasilnya hampeh
kau orang juga yang kenyang

APA PUNYA SIAL LA COW ORANG NI

Tanpa Nama berkata...

Long Live Tan Sri Khalid Ibrahim!!!

Tanpa Nama berkata...

adik najib, nazir ceo bank cimb tu, lagi dasat gaji dia.. pendapatan purata sekitar rm760-820 ribu sebulan.. ini aku tengok waktu bising2 nak naikkan gaji CEO GLC dulu.. gaji dia setahun rm9.2 juta!

ini bulum gaji zeti akhtar aziz dan beberapa malaun dalam KWSP, Tabung Haji, PNB dan LHDN! Pernah tak dengar gaji pegawai tadbir dalam Tabung Haji mencecah rm28k sebulan? ini orang TH sendiri yang bising dalam surat khabar jugak dulu nih.. patut la TH boleh bagi saham sap sap sui dalam Carlsberg..

Tanpa Nama berkata...

Swasta satu hal.. lepas tu bila dah rugi mcm MAS, bleh pulak bagi balik kat kerajaan tanggung liabiliti.. Time untung, makan sendiri pulak..

Tanpa Nama berkata...

aku dah baca blog tiub bocor tentang penswastaan "eeee" ni dah lama...yg kenyang ceo dan kroni.ada suami isteri beergaduh pasal bil air,elektrik yang cekikkkkk darah rakyat...gara-gara keranamu EEEEEEEEEE
=pak malau=

asyMok_Aambo berkata...

memang lu otai bro!

Tanpa Nama berkata...

Bro,
Minta huraikan, kenapa sampai sekarang penghuni rumah flat tak dapat air free... apa masalahnya???
Takkan nak diam je.. padahal kat flat tu 98% miskin. Kalau ada hal dedahkan le..ye

Tanpa Nama berkata...

Ainon: 23:48..

Isu meter Pukal..Kerajaan Selangor tengah usahakan ..banyak masalah..terutama Tunggakan yang tak berbayar oleh penghuni rumah tersebut kepada SYABAS. Banyak pakai duit..lo.

Itu pasal Kerajaan Negeri kena ambik alih SYABAS baru boleh settle isu tunggakan Meter Pukal...kira Two Bird Killed with One Stone laaa...

Tanpa Nama berkata...

yg naikkan harga setiap 2-3 tahun skali sbb beban kewangan - syabas pinjam duit dgn issue bonds..kalu harga air taknaik, camne nak bayar balik bond..

kalu tak pinjam bond, mcm mane nak dapat modal capex utk pemberian kualiti perkhidmatan air kat selangor..takkan nak jadi mcm negara kelantan kot?17 tahun lagi baru dapat air bersih..atok ko pun da mati time tu kempunan tak dapat air bersih..

nuar juburi..

Tanpa Nama berkata...

adoi, blog ko ni tak demokrasi plak..nak kena lulus dulu..baru aku nak lancar serangan besar2an..

aku baru tau blog ni..keluar dalam utusan..

time to attack!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

tapi berdemo ni selalunya melayu aje, mana kaum-kaum 1 malaysia yang lain, awat senyap je

Tanpa Nama berkata...

Datuk berkata...
kah kah kah
nak tau tak
naper gaji ceo tu mahal
bab separuh nak bg kat umno
untuk tabung pilihanraya
kah kah kah

2010 Disember 1 15:59

kah.. kah.. kah.. abis kalau Pakatan Rakyat naik diorang tak buat tabung untuk kepentingan politik? sama aje la bro.. orang politik semua gila kuasa.. yang baik, jujur, amanah dan tak buat macam tu adalah PAS, itu pun dah jadi lembu DAP...

kah.. kah.. kah..

- Abang Beca -