Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Rabu, 1 Disember 2010

KE JALAN RAYA 5 DISEMBER




ANAK MUDA JADI BARISAN HADAPAN



nota:
perhatikan tarikh
ialah ahad - 5 disember
jam 12.00 tengah hari
tempat di massjid negara

nota:
pertama kalinya dam sejarah jalan raya
demi ini diatur dan disusun oleh sebuah kerajaan

nota:
mb selangor akan di barisan hadapan



AIR : MB SELANGOR YAKIN SOKONGAN RAKYAT
– harakah daily

Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yakin rakyat negeri ini bersama kerajaan dalam menuntut hak air.

Sehingga kini katanya, kempen ‘Kembalikan Hak Air Selangor’ telah mencecah 50,000 tandatangan rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Sehubungan itu katanya, perhimpunan pada Ahad, 5 Disember ini akan diteruskan seperti dirancang.

Menurut Khalid, rakyat diseru turun beramai-ramai ke Masjid Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.
Beliau juga turut menyatakan komitmen untuk hadir mengetuai perarakan tersebut.

"Saya akan turun bersama-sama rakyat untuk berhimpun di Masjid Negara.

“Jika perlu, rakyat akan bergerak ke Istana Negara untuk serah memorandum untuk minta Yang di-Pertuan Agong beritahu Najib supaya penswastaan air dihentikan.

"Beri peluang kepada rakyat agar diberi harga yang munasabah," katanya.
Himpunan itu merupakan kemuncak siri kempen membantah penswastaan air di Selangor, yang dianjur kerajaan negeri.


PUSAT BELANKANGI RAKYAT ISU AIR DI SELANGOR – harakah daily

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad mencadangkan agar gaji Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dipotong sebanyak RM10 di atas kegagalannya menguruskan dasar penswastaan dalam sektor berkaitan.

Beliau sewaktu mengemukakan usul berkenaan berkata, menteri gagal melaksanakan tarif yang dijanjikan dalam perjanjian konsesi penswastaan dahulu dan untuk mendapatkan pulangan yang telah mereka janjikan, kerajaan terpaksa sama ada membayar pampasan dan subsidi dengan mengorbankan wang rakyat.

"Contoh empat konsesi air di Selangor, tiga yang merawat, satu yang mengagih. Puncak Niaga, Splash dan Abbas yang mengagih dan Syabas yang merawat air manakala empat konsesi ini menanggung hutang RM6.4 bilion," kata beliau.

Menurutnya juga, sehingga kini masalah penstrukturan air di Selangor gagal diselesaikan kementerian berkenaan.

"Pertikaian di Selangor sehingga kini setelah dua tahun lebih Selangor di bawah Pakatan, sehingga kini persoalan penstrukturan air tidak dapat diselesaikan.
"Nyata dalam perkara ini wujud kecenderungan yang menyaksikan masalah yang terbit kerana air tidak diurus secara baik padahal Span telah diwujudkan," katanya.
Beliau turut menyentuh mengenai audit yang tidak dijalankan dengan baik menyebabkan banyak berlaku kepincangan.


KE JALAN RAYA 5 DISEMBER !


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

air pun boleh beri untung kepada golongan kapitalis...air adalah hak rakyat..
demo jangan tak demo..turun ramai2

Abby berkata...

jgn lupa bwk Vaseline... mane tau FRU spray acid... vaseline bleh buat kulit kalis air... kalau tekak pedih bawk sekotak susu. minum bila dah terasa perit... hehehe... hidup rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Agong tak ada kat istana.....dia pi naik kuda...rakyat tidor berpanasan kat rumah kecik...kuda dia tido pasang air con....inilah dia...Raja berjiwa ----.....kahkahkah

mosabit berkata...

kat perlis jer ada raja...

negeri lain pakai setan....

macam kata p. ramlee..setan aminurrasid...

kah kah kah kah kah kah ...