Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Rabu, 26 Januari 2011

CIK GU MALA DENGAN PONCO CLINT EAST WOOD




MAT INDERA




SARONG UNTUK CHUA SOI LEK

Kalau tidak ada pilihanraya kecil di Tenang tidak mungkin aku akan bermalam di Yong Peng. Aku sampai ke pekan kecil ini sesudah lewat tengah malam. Sebenarnya aku telah memesan kamar tidor dua minggu lebih awal - sebaik sahaja aku dengar ada YB yang meninggal dunia.

Pagi itu, aku hanya mencari dimana bangunan hotel ini. Memang nasib baik kerana hanya ada dua buah hotel sahaja dipekan ini. Pekan kecil ini hanya ada dua deretan bangunan kedai yang selari dengan jalan raya. Jadi, aku tidak perlu hura hara ke hulu ke hilir ditengah malam buta yang senyap dan sunyi.

Yong Peng seperti Taiping bermakna ‘wilayah aman damai’ dalam bahasa Tionghua. Aku mengerti kenapa pekan ini dipanggil sedemikian. Ini kerana wilayah ini sering berlaku bentrokan diantara pejajah dan nasionalis. Di wilayah ini adalah kawasan politik Mat Indera – seorang nasionalis yang telah bangun mengangkat senjata melawan penjajah British.

Ahmad bin Indera atau Mat Indera berasal dari keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak. Mat Indera bergerak di Lenga , Labis, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong - dan di sekitar Muar. Mat Inderalah yang telah memimpin pasokan gerila Tentera Pembebasan Malaya yang menyerang rumah pasong British di Bukit Kepung.

Ketika aku ditahan dalam Penjara Air Molek Johor Bahru pada September 1974 dahulu, ada seorang Warder Melayu – yang aku rasa bersimpati - dengan berbangga dia telah menunjukkan kepada aku sel Mat Indera. Kemudian si Warder ini telah membawa aku ke satu kawasan disebelah belakang dan menunjukkan kepada aku kawasan tiang dimana Mat Indera mati di gantung British.

Esoknya jam enam pagi aku telah meninggalkan Yong Peng menuju ke Labis untuk bersama puluhan ribu yang lain sebagai penyataan sokongan kepada calon Pakatan Rakyat. Lalu aku berhenti dipertengahan jalan - di Chaah - kerana dari maklumat yang diterima disini ada sebuah kedai yang kopinya dianggap baik. Sarapan aku di pagi ini gagal - mungkin aku tersalah kedai.

Sesampai ke pekan Labis aku hampir pengsan kerana pekan ini telah ditawan oleh kelompok-kelompok kecil – bukan seperti gerila Mat Indera – tetapi oleh perempuan yang berbadan gemok gemok, pendek pendek, muka bulat bulat dan kulit hitam hitam. Mereka seragam memakai kain tudung merah. Mereka berjalan berkumpulan menuju entah ke mana. Aku tidak ada pilihan terpaksa menyelam sama dalam kumpulan ini berjalan ke hadapan tanpa satu tujuan yang jelas.

Sesampai ke satu simpang aku ternampak seorang Abang yang dibajunya ada gambar bulan. Dia melintasi jalan dan pecah dari kumpulan perempuan gemok-gemok pendek-pendek ini. Aku juga keluar dan meninggalkan kumpulan ini untuk mengekori si Abang. Akhirya kami berkenalan. Abang ini datang dari Melaka bersama sang Isteri. Mereka telah memulakan perjalanan dari Bukit Katil seawal jam 4 pagi. Dia bertanya ini dan itu. Sesekali dia mengeluarkan ayat-ayat berbahasa Inggeris. Lalu aku membuat kesimpulan pastilah si Abang ini seorang profesional yang menyokong Pas.

Hampir tiga kilomter kami berjalan menuju ke arah dimana SPR telah membenarkan warga dan penyokong Pakatan Rakyat berkumpul. Aku rasakan kami dalam suasana perang. Kawat-kawat berduri dipasang disana sini dan ini mengingatkan aku Kem Kamunting. Atau tepat lagi seperti filem Hollywood tentang Perang Dunia ke Dua. Setiap lima kaki disepanjang jalan yang aku lalui menuju ke kawasan Pakatan ada sahaja anggota polis tercegat berdiri lengkap bersenjata.

Aku perhatikan mereka memiliki senapang bermoncong besar bersedia dengan peluru gas pemedih mata. Dipinggang terselit sepucuk pistol. Aku mencuri-curi pandang dan cuba mengira jumlah peluru hidup ini – mungkin 12 butir atau mungkin 24 butir. Lalu aku terseyum : tikus mondok mana yang ingin di tembak oleh polis ini.

Untuk aku, apa yang jelas soldadu ini sengaja dipasang untuk memberi tekanan dan ancaman kepada berpuluh ribu penyokong Pakatan Rakyat yang setiap kali ada pilihanraya kecil akan datang berkumpul. Penyokong Pakatan Rakyat ini datang tanpa diajak dan tanpa di beri duit saku. Sikap sukarela sedemikian cukup menakutkan sisiapa sahaja yang berniat jahat.

Akhirnya kami sampai ke simpang di tepi bangunan bilik gerakan Pas – disini kami berpisah. Aku menuju ke kedai kopi dimana aku ternampak muka anak anak muda dari Selangor. Kami bersalaman dan bertanya khabar. Aku memesan kopi kali ke dua untuk pagi ini. Jam belum lagi melintasi sembilan pagi dan orang yang datang ke kawasan ini tidak putus putus – bertali arus.

Di kedai kopi ini aku bertemu pula dengan sekumpulan anggota PKR dari Perak. Mereka ini pekerja parti dan telah datang lebih awal lagi. Aku nampak juga satu meja yang dipenuhi oleh anggota DAP. Sedang kami bersembang dan minum kopi tetiba ada suara yang kuat melaungkan Allah Akbar. Aku keluar dari kedai dan berdiri di gigi jalan untuk melihat ribuan penyokong Pakatan Rakyat sedang berarak mengiringi calon.

Bendera Pas, PKR dan DAP kelihatan berkibar berselang seli. Laungan Allah Akbar dan Reformasi bertukar ganti. Aku hanya berdiri digigi jalan untuk melihat pesta demokrasi. Tetiba nama aku dipanggil. Dalam lautan manusia itu rupa-rupanya ada Ronnie Liu. Dia manarik tangan aku lalu aku pun masuk ke jalan raya. Rupa-rupanya aku termasuk ke dalam di barisan ‘ para gedebe’.

Sebaris di belakang aku ialah Cik Gu Mala yang memakai ponco hijau a la Clint East Wood. Di sebelahnya Teresa Kok, Zuraidah dan Ketua Muslimat Pas. Tidak jauh dari barisan ini ialah sang Suami yang juga memakai sepasang baju Melayu hijau.

Aku mencuri-curi pandang ke belakang untuk melihat sejelas mungkin Cik Gu Mala. Nah! Memang cun. Jauh lebih bergaya dari semua perempuan-perempuan gemok gemok pendek pendek yang aku temui awal tadi. Tapi yang aku lihat hanya bentuk - aku masih belum tahu isinya lagi. Untuk seni politik menyerlah isi dan bentuk wajib sama kukuh.

Tak sampai satu kilometer kami berjalan kemudian semua terhenti kerana ada kawat duri yang direntang ditengah-tengah jalan. Kami hanya dibenarkan berarak hingga ke had ini sahaja. Hanya calon dan mereka yang bersangkutan dibenarkan melintasi kawat berduri untuk urusan mengisi borang di pejabat kerajaan. Aku megundur diri dan berpusing kembali.

Kini jalan raya tidak lagi berpusu-pusu maka jelas aku dapat melihat di tebing jalan penuh dengan barang dagangan yang bersangkutan dengan perjuangan. Perjungan kini telah menjadi satu industri yang besar. Baju t Nik Aziz, Anwar Ibrahim kelihatan bergantungan. Dan yang paling baru dan ‘hot’ aku ternampak satu kumpulan anak muda sedang menjaja baju t dengan muka Cik Gu Mala.

Aku semakin ingin tahu siapa calon yang telah dipilih ini. Lalu aku ingin mencari dimana Cik Gu Mala akan berceramah malam. Aku diberitahu bahawa pada malam ini ada ceramah kelompok di Kampong Sawah Baru. Aku diyakinkan bahawa Cik Gu Mala pasti akan ke sana.

Kampong Sawah Baru di Labis? Wow ! Ini samalah seperti mencari durian dalam kota New York. Jauh sekali kampong ini dari pekan Labis. Aku melintasi kawasan gelap, kawasan hutan, kawasan kampong – masih tidak bertemu juga kampong ini. Dua tiga kali terdorong ke jalan yang salah. Sekali kami terdorong ke ke daerah di mana pihak musuh sedang menayangkan filem untuk memastikan orang kampong akan lalai dan tidak akan pergi mendengar ceramah.

Akihrnya aku sampai juga. Kampong ini agak gelap. Kawasan ceramah juga tidaklah terang benderang sangat. Hanya lampu biasa yang dihalakan ke halaman rumah . Ini kampong Melayu tradisional – kampong jalan mati kalau mengikut peta Lebai Google Ini bukan Bukit Bintang jadi aku terpaksa berjalan berhati-hati dalam gelap ini. Dari jauh aku terdengar suara Anwar. Anwar sedang mengulangi jemputan untuk berdebat dengan Najib. Disana sini dalam ceramahnnya Anwar membut lucu. Didalam gelap aku terdengar suara hilai ketawa menyambut lawak si Anwar.

Anwar juga berkata kalau hendak berdebat tentang kesah pribadi pun dia tak ada halangan. Lalu Anwar membuat lucu tentang Altantuya gadis cun kenalan Najib. Sayang sekali Anwar pada malam itu tidak membuat lucu tentang kesah seorang lagi gadis cun di tepi pantai Port Dickson. Selesai ceramah si Anwar mengundur. Tak lama kemudian sampai orang yang aku tunggu-tunggu.

Normala Sudirman dengan baju hijau dan poco Clint East Wood yang dipakai siang tadi mula berucap. Ucapan ini bukan tentang syurga atau neraka tetapi tentang realpolitik. Mala memberitahu para pengundi kenapa mereka di Tenang wajib melakukan perubahan. Ucapannya jelas, terang dan penuh dengan keyakinan. Lalu aku terfikir inilah pemuka-pemuka baru didalam Pas yang bukan heboh heboh tentang api neraka tetapi heboh tentang api leterik yang harganya naik.

Cik Gu Mala tidak berucap panjang kerana dia perlu bergerak lagi. Di kampong Sawah Baru ini adalah tempat ke lima yang dia telah mucul. Dari dalam gelap aku bergerak menghampiri kawasan ceramah untuk melihat sejelas mungkin sosok yang semakin berani mencabar kubu United Malays National Organisation.

Dari dalam gelap aku melihat bayangan Cik Gu Mala berundur dengan penuh keyakinan. Maka aku teringat akan kesah Mat Indera. Baginlah caranya Mat Indra berkempen untuk Angkatan Pemuda Insaf. Mat Indera berpindah dalam gelap dari satu kampong ke satu kampong untuk menyedarkan orang ramai tentang pentingnya berjuang untuk menghalau penjajah British untuk merdeka. Malam ini Cik Gu Mala berkempen mahu mennyedarkan Dr. Chua Soi Lek agar memberi contoh yang baik kepada jenerasi muda untuk memakai sarong agar terhindar dari jangkitan AIDS. (tt)

34 ulasan:

Stupid University berkata...

Masa tengah berseronok dengan perempuan dalam bilik hotel tu, adakah uncle chua terlupa memakai sarung untuk "adik"nya tu? HAHAHAHAHAHA!

Anti TELAN berkata...

...aku juga seperti dirimu mahu kesana pada detik-detik manis itu.

...tapi apakan dayaku tibe-tibe arah perjalananku tersasar ke barat.

...bila aku sedar,diriku telah berada di Oman, Saudi dan Bangladesh...kah kah kah kah

...disana aku hanya menelan..menelan..menelan...kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Puuhh...! bestla lu punye olahan bro...wa terasa mcm berada di sana plak....tahniah bro...teruskan perjuangan ini...

tikus kantor berkata...

"12 butir atau mungkin 24 butir"
WHY? WHY do they need this much amount?

Kurus KurusTinggi Tinggi berkata...

hahhaha..

Bro..Cikgu Mala mmg sesangat cun
dari segi perwatakan dan segala2nya.. bertuah suami dia dapat Cikgu Mala... wa salute sama dia!!

tapi aku tak tertahan nk gelak ttg gemuk gemuk pendek pendek
wargkkakkkakka mengingatkan aku kat Ketua Puteri AMENO yg aku terrrjumpa semasa dia sedang bershopping dkt ALAMANDA, Putrajaya.... Mak haih bro.. MANTOPPPP dari segenap sudut...

Tanpa Nama berkata...

bro tt kompem xbaca utusan ni. ada suara - suara halus dalam diam perli bik mama. dia siar dalam sisipan mega cerita pasal tunisia. tajuk 'angkara leila, suami tersungkur'. hahaha.. buat pertama kali aku rasa elok orang malaysia baca utusan ari ni. mana tau hati diorang tergerak nak samakan dengan bik mama.

Dakwat Basah! berkata...

rupanya orang tua berjanggut ni dah lama sampai di tenang. kahkahkah..
teruskan memberi update. kami menanti.

bro, saya bakar sebatang rokok utk ulasan ini ~ salute.

cicit ngah layor berkata...

Yong Peng,seperti Taiping bermakner "wilayah yang damai" kater org Tionghua,kater miker.Tapi kalau Chin Peng,aper pulak maknernyer TT?Bulih jadi Ciner yg damai kot.

kingkonglee69@gmail.com berkata...

kalu lu jumpa ronnie liu, ok lah. tapi kalu lu jumpa kaled samad, t. chua, sivarasa lagi baik. tapi gua tau lu takot jumpa sifu nik aziz.

pasai lu tak mau jumpa itu puteri umno.

Tapi kalu lu jumpa C. S. Lek cak puki memang lu manyak cibai.

Tanpa Nama berkata...

bro TT , this writing is A PIECE OF ART !!

Tanpa Nama berkata...

cikgu mala...

we love you!!!

Tanpa Nama berkata...

salute juga utk abg hisham semua perjuangan mu menemui titik kegembiraan yg pasti utk kita semua rkyt jelata. Terima kasih hishamudin teruskan melangkah.
Dari:siti ;melaka

Tanpa Nama berkata...

Woi TT, bila masa ko shave jambang?? Macamana nak jadi komrade????

Tanpa Nama berkata...

bro, kalau lu beritahu awal nak menginap kat Yong Peng, wa tentu boleh uruskan penginapan lu.. boleh ngeteh dan borak2 warung lori depan maybank, makan tomyam kat restoran kuning org pekena roti ketiak kat warung member wa.. isk isk.. rugi arr lu dah ada dekat wa tak dpt jumpa.. lu lepak hotel Zaifa atau Soon Kee?

din kaki lutu dreba berkata...

31 jan nanti, kalu lu jumpa zul bisul di yong peng, sampaikan salam gua padanya.

lu tolong cakap pada zul bisul, bila dia nak bayar hutang?

kalu lu jumpa a.d.o, lu tanya sama dia. Ada lagi ker tanah mau kasi lelong?

Lau Tze berkata...

inilah sastera melayu yang sebenar.. Tiada pengganti lain lagi yg dpt buat usus aku gelak tiap hari..

Tanpa Nama berkata...

salam semua,

celah sikit, cuba tengok majalah hello terkini-muka depan john travolta-ada gambar aktiviti bini agun dan bini sorang raja gopal di waktu senggang.

citt...buang masa saja. dan org2 kita dok pi sembah depa tunggang terbalik

-saya sudah bosan-

Tanpa Nama berkata...

Bro, Cikgi Mala kita tu bukan sekadar cun ... tapi cun muuuaaah!

Tanpa Nama berkata...

Bro TT.
Komentar lu bagus dan melucukan.
Tak payah gua ke Tenang.
Masa mengundi nanti lu bikin lagi.
Kasi gua dan peminat lu ketawa guling-guling.
Yang gemuk-gemuk pendek-pendek tu siapa.
Solek menyolek punya member ke.

mae berkata...

jahat la you chua....sarong pun tak mau beli...

mat peon berkata...

bro TT, apa cerita mat indera ni...lu ni memang puak puak kominis bangsat la...suka membunuh kalau tak sokong....elok la lu bawak fahaman lain plak...kat blog aja tulis macam kan hebat....bila ada demonstrasi...ko yang paling mencelah awal...duduk tepi tepi....lepas tu agak agak ketua pkr lain boleh setel ko pun menyempit...ko ingat konsert ko dulu kat kelana jaya sama carburator dung ape cerita...mari menjilat burit korporat...ko pun lebih kurang lagu ni gak...pastu slalu hantam pas...orang macam ko ni duri dalam daging...musuh dalam selimut....cuba ko tulis skit blog ko ni tanpa memasukkan unsur unsur kominis,...rejimen ke 10 la,..mat indera la...chin peng la....jangan cuba cuba nak idup kan ideologi ni...kat nepal ok...dalam ramai anak muda suka tulisan ko...tapi jangan cucuk jarum mau kasi cerita kominis ni baik....ada paham...kalau berani publish la....

Tanpa Nama berkata...

ulasan selari yang mantap.tak hairan kalu si nazri aziz mangkok nak sekat.amat terharu dengan gemuk gemuk,pendek2 dan muka hitam2,
syabas tt

zymy

LibangLibu berkata...

Tn. TT,

t/k memperkenalkan Mat Indera

'Lalu aku terfikir inilah pemuka-pemuka baru didalam Pas yang bukan heboh heboh tentang api neraka tetapi heboh tentang api leterik yang harganya naik' - best!!

Tanpa Nama berkata...

chua derhaka krn xpki sarung,cilakak tul..

sali berkata...

salam,tt bro,u r genius...gemuk gemuk
pendek pendek,bulat bulat..ha ha ha.what a lovely perbandingan..u make up my day..dl prk lama dl..nenek kebayan.krg gemok2 pendek2 ..ha ha cian..raya nanti nak kena minta maaf ni.tapi cikgu mala tu seblh sana dah bagi title'sophia loren' pas.ok apa,cantik cun elegan la sophia loren pelakon tu,tapi yng ni lagi cantiik bb seorng muslimah yang sejuk mata memandang.

Tanpa Nama berkata...

"Lalu aku terfikir inilah pemuka-pemuka baru didalam Pas yang bukan heboh heboh tentang api neraka tetapi heboh tentang api leterik yang harganya naik."

HAHAHA.. INI AYAT GILA BABI... DAH KELUAR.. KEJANG ABIS ISI PERUT GUE.. lu punyer tulisan, gue salute!!
shahmetal..pergi mapuss..
(baca dgn intonasi pyanhabib)

Tanpa Nama berkata...

adui! sakit kepala aku....kesimpulannya si sham suruh orang pakai kondom kalo nak bersenggama....kahkahkah...

Bro, lu punya gelecek memang power!

kahkahkah! wa salute lu!

lawan tetap lawan! hingga berjaya!

hidup buku jingga!

Non-Governmental Individual berkata...

mantap!

Tanpa Nama berkata...

baik ko tak yah letak approval je. ko ni block menda apa hah, nak cakap spam, ada jugak kadang2 aku tengok.
tp tulisan lu memang ok, tak panjang sangat. ok. kalau ada 5 bintang aku kasi ko 3 bintang 1/2. mat peon ko hantar je apa2. TT komfirm approve punya. ko cakap kontol TT pendek pun dia approve jugak...
ni bukan blog barua uMno, atau blog zul bisul.

Azizan Zolkipli berkata...

pengkisahan yg menarik.
membuatkan saya seolah berada di alam kamu.

ishhh, kenapalah baru hari ni saya terjumpa blog ni.

(* blog ini direkomendasi oleh sahabat saya, Zulhabri Supian)

Tanpa Nama berkata...

I cried reading this entry.What happened in Tunisia, Egypt would come this way too.We pray it would.Thank you for this write up.Good luck to Cikgu Mala.

saypocek berkata...

aku banyak promot blog ni kat kawan2 aku..tp ape nk bt.kwan cume reti berfacbook ye..so aku terpakse copy 'upload di fb aku.....bodoh punye bani melayu ''ade k byar tenet rn60 sblan utk fb....kah kah kah
Tt...minta kebenaran copy artikel

Tanpa Nama berkata...

Bro.

demo ni memendam rasalah..carilah muslimah sorang sblm poi x kombali

Tanpa Nama berkata...

TT..jiwa kacau..what a sad human being..umur pun bukan muda lagi..kahwinlah..berkeluarga..barulah lu tahu bertanggungjawab..asyik hentam keromo aje..nonsense la beb..